P1240907
Salam semua, hadoii peningg..peningg....pesal tenet seloww macam siput dot dot nihh, dari tadi nak update tak siap2..aku geramm kangg...haaa..ish malas nak cakap lahh. Apa khabar semua, jumpa lagi dalam edisi N3 sarapan lewat masuk blog. Sekarang ni di DTS macam musim lempeng dengan kueh talam pulak kan, pagi2 N3 lempeng, bila malam N3 kueh pulak...biasalah bermusim. Mat pun tak delah rajin mana, lagi pun kueh2 talam nikan kaya dengan lemak2 mewah, mau tak nya, santan, gula dan telur, serammmm. Ok pagi ni nak share satu resipi mat belasah jee, guna kreativiti sendiri dan hasilnya not bad lahh...yelah mat gebu yang buat, cuba koo bayangkan chef wan yang buat...sah..sah..satu donia jadi femess....erkkk...hehe..

P1240911
Resipi ni saya mat olah dari resipi2 yang lepas. Buat tak banyak dalam 3/4 cawan tepung macam tu dan dapat lah 7 keping pancake. Sedap dimakan bersama madu dan mentega, tapi mat guna buah stoberi, biasalah petik di Tesco...haipp..sapa tu bisik2 kata aku buat kerja tak elok di Tesco, kerja apa tu..tak macam ni, ok lah mat cerita. Kalau mat beli stoberi diTesco kan, aku bukak pack dia tu, sebab pack dia kan tak seal, mana buah2 yang lecur, buruk dan rosak, mat tukar lah dengan yang elok dari pack yang lain..tu salah ke?...Sapa nak beli benda mahal tapi kualiti tak de...ada orang kata "dosa", tapi mat rasa tak, sebab itu hak kita mendapat barang yang terbaik dari duit hasil titik peluh kita...betul tak?...erkk..ada yang kata tak..huhu...apa pun aiman tak kesahh yeaaa...

BAHAN-BAHANNYA :-)
3/4 cawan tepung gandum*
1/2 camca besar baking powder*
Secubit soda bicarbonate*(*disatukan, gaul rata dan ayak)
1 biji telur
2 camca besar mentega, dicairkan
1/2 cawan susu segar + 2 camca besar susu segar*
50 gram gula melaka, potong kecil*
1 camca besar gula pasir*
1 helai daun pandan, disimpul*(*disatukan dan masak dengan api kecil hingga gula larut, tapis dan sejukkan, asingkan daun pandan)
Sedikit mentega untuk mengris non-stick pan
Madu, untuk hiasan
Buah strawberry untuk hiasan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Masukkan tepung yang diayak ke dalam air gula sejuk tadi, kacau rata dengan whisk hingga larut, tambah telur dan mentega cair, kacau hingga tidak berbintil2. Rehatkan 10 minit. Boleh juga masukkan dalam blender dan kisar halus.
  2. Panaskan non-stick pan saiz 4 inci, oleh dengan sedikit mentega pada permukaan kuali. Tuang 1/4 cawan bancuhan no. 1 tadi, masak hingga permukaan nampak berbuih2 dan sedikit kering. Tutup non-stick pan tadi untuk lebih cepat masak.
  3. Kemudian berhati2 terbalikkan dan masak sekejap lagi hingga keemasan. Angkat dan alih dalam pinggan sesuai. Buat kaedah sama untuk baki bancuhan tadi hingga siap.
  4. Hidangkan bersama buah strawberry dan madu. Sesuai untuk sarapan dan minum petang.. Selamat mencuba..