P1240893
Assalammualaikum, salam Rabu, dah sarapan ke semua?.. Mat hari ni sarapan lempeng bawang, sedapp nihh, cicah pulak dengan kari ayam bongsu yang mat masak semalam tu, ingat tak alaa yang ini... Hmm memang ngam sungguh. Idea dan resipi mat dapat dari blog mamafami yang hebat tu, di sini... Hmm, lama juga mama menyepi diri, rupanya pi bercuti, ingat kan pindah ke Paris ke atau ke Parit Sulung ke..waaa tetiba2 pindah ke Batu Pahat pulak, dah alang2 tu, baik pindah Sedenak jee maaa, senang dekat dengan mat gebu..kat sini pun ada padang Golf, abg boleh pukul bola jugaa sambil2 tuu...

P1240896
Lempeng ni sedap, dan mat ada derhaka sikit dari resipi mama tu, hehe, sori..Kalau mama makan dengan sambal tumis, mat cicah kuah kari je, alternatif lain rasanya nak makan dengan sos cili pun sedap. Kalau dengan gula macam kurang ngam sebab ada bawang kat dalam dia. Tapi memang sedap lahh...mat buat dalam 2 cawan tepung dalam banyak dalam 10 keping macam tu sebab guna kuali non-stick saiz 8 inci. Mat cuma oleskan dengan sedikit minyak makan sebelum memulakan proses mendadar. Sebelum kita lihat resipi, nak bagi tau, sorang blogger meningkat naik, "www.shahazrin.com" ada membuat peraduan di blog beliau, berminat untuk menyertainya?..Hadiah menarik...sila klik sini....

BAHAN-BAHANNYA
2 cawan tepung gandum
2 1/2 cawan air (atau ikut lembut)
2 camca besar minyak makan
1 biji telur
1 biji bawang besar, didadu kecil
Garam secukup rasa

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Satukan semua bahan2 diatas kecuali garam, kacau rata dan tambah garam secukup rasa, bila dah ok, rehatkan adunan 10 minit.
  2. Panaskan non-stick pan berukuran 8 inci, oles sedikit minyak makan dan bila panas, tuang sesenduk bancuhan lempeng tadi, ratakan dan masak dengan api perlahan hingga permukaan lempeng kelihatan kering.
  3. Berhati2 terbalikkan dan masak sekejap lagi hingga kekuningan dan kelihatan sedikit garing. Angkat dan lakukan proses yang sama untuk baki bancuhan, buat hingga siap.
  4. Hidangkan bersama kuah kari, sambal tumis atau sos kegemaran anda..selamat mencuba.