P1250005
Salam semua, hmmm..kadang2 kita rasa masa begitu singkat, baru je rasa tahun bertukar angka, tau2 hari ni dah masuk hari ke-12 dalam tahun baru 2011. Perasaan pun ada kala macam tu, semalam kita suka, riang gembira, esok lusa sapa tau kan. Bila sebut masalah, mana manusia dalam dunia ini tak dilanda masalah. Mat sendiri pun ada juga menghadapi masalah. Ada kala masalah ini akan tiba2 timbul dalam perasaan kita. Ianya terlalu misteri, dan tak pasti puncanya dari mana. Kadang-kala teguran teman2, sedara mara waima mak dan ayah kita pun ada kala boleh mencuit perasaan dalam diri, walaupun ianya hanya satu soalan biasa2 saja..hmm ntah lah...pada mat, jika teguran itu ada kebenaran dan akan memberi impak yang lebih baik pada diri kita, ok mat terima dengan ikhlas, kita manusia, bukan 100% sempurna..betul tak...

P1250009
Malam ni mat mat share satu resipi yang mat ambik dari blog teman blogger masak2 iaitu "Rima", di sini. Mat buat tak de lah secantik dan sehalus kerja rima. Tapi rasa dia memang sedap, lembap, lembut dan ringan, walau pun rasa agak mewah. Mat guna jem strawberry tanpa gula sebagai bahan gulungannya. Terima kasih pada rima sebab sudi berkongsi resipi ini. Oh..yea dalam kesempatan ini, mat nak bagi tau lah pada semua, yang blogger "Kak Chik Ella" ada membuat contest agak "mewah" diblog beliau..Hadiah memang lumayan, mat pasti anda memang teruja punya lah...TAPI ada syarat2nya...nak tau?..nak cuba?..ok, boleh klik sini, sapa lah tau kan rezeki anda....hmm esok2 kalau memang jangan lupa belanja mat gebu okeyy!. Jom semak resipi..

BAHAN-BAHANNYA :-)
5 biji telur gred "B"
100 gram gula halus
1 camca teh ovallate
25 gram serbuk koko*
30 gram tepung gandum*
1 camca besar tepung jagung*
1 camca besar susu tepung*(*disatukan dan diayak)
100 gram mentega, cair dan sejukkan
Jem strawberry atau buttercream secukupnya

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Putar gula dengan ovallate hingga mesra. Masukkan telur dan putar pada kelajuan tinggi hingga kembang, gebu dan pekat. Pada kelajuan perlahan, masukkan bahan yang diayak dan gaul hingga sebati.
  2. Tuang mentega cair dan gaul dengan spatula hingga sebati dengan adunan. Tuang dalam tin berukuran 10 inci x 10 inci x 1 inci yang telah dialas dengan kertas minyak, lenser juga kertas minyak tadi dengan mentega.
  3. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 190C selama 10 - 15 minit. Bila masak, biar suam, kemudian terbalikkan kek tadi atas sehelai kertas minyak. Buang kertas yang dibuat lapisan tadi.
  4. Sapu rata dengan jem strawberry dan gulung kemas2. Biar hingga sejuk dan boleh dikerat2 untuk hidangan. Mat cuma tabur serbuk koko saja...huhu.