Salam semua, buat apa tuuu..hehe, ok jom skodeng skit barang2 apa yang mat gebu dok gunapakai untuk membaking tak hengat dunia. Ini mat letak atas permintaan blogger2, mat pun faham ada tu baru nak berjinak2 ke dapur, yelah dulu depa belajar sampai ke menara KLCC, jadi tak dann laa nak kenal semua benda2 ni, eh bukan semua, hanya "jarangg-jarangg"...hehe. Ok, gambar atas tu semua orang pasti dah tau kan, itu lah "Darling" mat gebu, haha, mesti lah mixer "Kitchen Aid" ku yang telah berkhidmat hampir 11 tahun..yeaa 11 tahun!...syukur alhamdulillah, sungguh berbakti kau pada ku...Seingat mat dulu harga mat beli RM 1799...


Dann yang ni kalau takde, sah kek aku rupa sepesen jeee..Sudah pasti lah koleksi tin kek, acuan dan ada lagi, kalau letak nanti tak muat gambar...itu cuma 1/3 dari apa yang mat simpan..huhu, dasar mata keranjang kan si mat ni, pantang nampakk yang kenan, mesti nak beli. Acuan ni semua penting, jadi beli sekali, kasi jaga elok, sampai ke anak cucu boleh tahan. Sebelah tu benda wajib ada di setiap rumah, alat penimbang kalau tak de, memang susah lah nak buat kek2 modern yang memerlukan sukatan yang betul...Jadi mana yang tak de tu, rembat leer satu.Mat ada 3 tau timbang ni..yang digital tu pemberian blogger masak2..terima kasih..


Kita skodeng benda lain pulak...Gambar kiri tu, antaranya mat letak, 3 jenis spatula, 2 jenis bersenggan dan 1 yang kecil jenis lurus, ni semua perlu kalau kita nak sapu krim atas kek, atau untuk cup cake, juga digunakan kalau nak alihkan pastry atau biskut jenis rapuh ke atas jaringan. Acuan pelbagai ragam dan bentuk tu mat pernah guna di sini...Ianya sebagai koleksi sahaja dan sekali2 boleh digunakan juga. Belah kanan pulak, ada pisau panjang bergergaji atau omputih panggail "shredded knife", guna untuk membahagikan kek kepada 2 atau 3 bahagian. Ada pulak alat mencorak pastry, seperti mat guna disini... Dan juga cawan sukatan metrik serta sudu, gunting kecil, alat membentuk telur untuk dibuat egg benjo dan akhir sekali macam pisau pengerat ahli silap mata tu ialah pemotong doh roti...perghh panjangnyaa nak tulis..hehe


Kalau yang ini tatau, hmmm memang nak kena rotan, tau tak apa kebendanya tu, gambar kiri tu?. Haa yang tu lah orang panggol "torak", kayu penggelek pun yea, omputeh gelar "rolling pin". Mat ada satu yang stainless steel nya, berat dan mat guna utk canai doh roti, ..kalau terhempap kepala, mau koma jadinya!. Ok gambar seterusnya, spatula juga tapi yang ni jenis plastik dan getah. Kalau buat kek, spatula yang ni amat2 penting, untuk mengaut adunan dari mangkuk adunan ke dalam acuan kek dan pelbagai guna lagi lahh...Dah ada?, kalau belum elok beli..


Ok, last sekali mat share salah satu peralatan wajib ada bagi semua suri rumah tak kesah samada anda tukang masak tegar atau pun suri rumah 1/4 masa, benda ini amat penting, untuk mengadun bahan2 mentah. Datang dalam pelbagai saiz, dan anda boleh beli mengikut keperluan anda memasak. Sebenarnya mat nak letak banyak lagi, tapi masa tak mengizin kan disamping aku "tak berapa nak rajin"..hahah senang cakap malassss...ok nanti lain kali mat share lagi, ni lupa nak letak "ayak"...huhu,salam sayang dari DTS-Mat Gebu..