Assalammualaikum, tiba2 macam nak join segmen ni, bukan apa saja lah terpanggil, mat cakap betul...Exceli mat malas nak join segmen2 Ben Ashaari tu, bukan nak berlagak, tapi biarlah blogger baru yang memanaskan arena blog buat masa ni, macam mat ni hanya memeriahkan majlis, tapi segmen yang ini agak berlainan sebab ianya PENTING untuk semua golongan (sama macam segmen YB, dulu tu kat sini...). Pada Ben, sori yea kalau macam kasar je aku tulis, biasa lah mental guaa lom stabil nih...Untuk ke N3 mengenai segmen ni sila klik gambar di atas..

Ceritakan satu kenangan yang pernah anda lalui melibatkan isu merokok ditempat awam..
  • Benda ni kerap berlaku, terbaru kes di satu tempat makan, tatau lah sapa tah yang bodoh sangat pi merokok kat situ, nak kata tak sekolah, nampak macam profesional, pakai pun nampak macam orang "ada-ada", tapi sayang mata "buta", tak nampak sign "no smoking". Selamba siput je merokok, paling tak bes bila habuk rokok tu saja je letak tepi piring cawan minuman (pantang guaaa tuuu!!). Hmmm susah punya olang, kalau nak merokok pun pi lah tempat yang disediakan, ni tak, ambik mudah jee...huhh..
Pernahkah anda menegur mereka yang merokok ditempat awam dan apakah tindakan yang diambil mereka?...
  • Menegur?...kalau Ben ke, aku tegur lahh, ni tah sapa2, gilaa ko nak tegur, kita kena faham manusia ni bukan semua jenis berfikiran terbuka, tegur sebarang kang tau2 koo kena maki, nak ke..Perkara terbaik pada mat lah laksakan satu undang2...merokok di kawasan larangan di tempat awam, dendan RM 100 kalau tak de duit, WAJIB buat kerja2 amal, macam cuci tandas atau kutip sampah di tempat awam....tanpa ada belas kasihan!!, tak de peluang pertama atau kedua.
Rayuan anda pada mereka yang suka merokok ditempat awam ...
  • Merayu?...Huhh, buang masa mat gebu jee nak merayu2 bagai...Cuma aku nak bagi tau, kalau nak merokok sangat balik lah rumah, tak pun masuk mana2 kawasan khas yang telah disediakan oleh pihak berwajib untuk anda merokok beramai2...lepas tu sama2 terbongkang kat situ, sebab masing2 lemas sedut asap rokok yang lazat tuu. Apa2 pun sila lah buka mata anda, apa nikmat merokok tu sebenarnya?..nampak jantan?..nampak macho?..nampak sasa?...Tak de langsung...
CATATAN MAT GEBU :- Ingat tak arwah abang mat yang meninggal tempoh hari, arwah pun agak kuat merokok sebenarnya...Tapi nak cerita pun tak guna. Cuma mat harap pada yang merokok atau ada angan2 nak rasa merokok tu macam mana, fikirkan lah...Memang betul, bagi perokok bila kita tegur depa kata, alahh tok aku merokok kuat juga, tapi mati umur dekat 90 juga...tu tok engkau, ni sekarang kita cerita pasal diri anda yang merokok....hmmmm...al-fatihah untuk arwah juga...