Assalammualaikum, salam Isnin semua, lepas maghrib ini akan bertukar lah tahun hijrah 1431 kepada tahun baru 1432.(kalau ikut kalender masehi, esok, 7 hb December 2010 merupakan 1 Muharram 1432). Moga segala kebaikkan yang kita lakukan diterima oleh Allah swt...aminn. Sempena tarikh keramat ini, DTS - Mat Gebu mengucapkan Salam Maal Hijrah 1432 pada semua umat islam yang mengunjung di blog DTS....

P1240362
Ok, lepas ucapan maal hijrah, mat share pulak satu resipi simple dan senang. Ni kira resipi orang dulu2. Kebetulan ada nenas madu yang masak, jadi mat tiba2 teringin nak membuat sambal tumis nenas dengan udang. Hmm, kalau ada ubi rebus kaa, lagi sedap nihh. Mat buat sikit saja, dalam 1/2 biji nenas dan 20 ekor udang saiz sederhana. Kalau mengikut dari pemerhatian dari gaya bonda masak dulu2. Dia akan mencampurkan udang kering yang ditumbuk halus ke dalam sambal semasa menumis tu..Jadi mat gebu sebagai salah sorang waris, kena lah mengikut tatasusila perjalanan resipi dari bonda..yang ni waa tak berani derhaka, cuma tambah udang siaa, yang lain tu ikut 100%..hehhee..

BAHAN-BAHANNYA :-)
1/2 biji nenas madu, potong sederhana besar
20 - 25 ekor udang saiz sederhana, kupas kulit dan tinggalkan sedikit ekornya
1 biji bawang besar saiz kecik, hiris
1/3 cawan jus asam jawa
Garam dan gula secukup rasa
1 cawan cili kisar

BAHAN TUMBUK HALUS :-)
5 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 camca besar udang kering, rendam 10 minit dan toskan
1/2 inci belacan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan tumbuk halus hingga harum, masukkan cili kisar dan tumis hingga terbit minyak, gunakan api sederhana.
  2. Masukkan nenas dan kacau rata, tuang jus asam jawa, tambah sedikit gula. Masak hingga pekat. Masuk udang dan hirisan bawang besar. Biar masak sekejap.
  3. Tambah garam secukup, masak sampai sambal kelihatan pekat, rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi atau lempeng pekak...