P1240425
Salam...hmm, mat kan rasa macam bosan sangat, penat dan mood langsung tak de untuk berblog, tapi ntah lah, kalau tak masuk dan update waima satu n3 sekali pun, rasa macam rindu, dan mat terus rasa DTS ni macam tak guna dah kalau tiada sesuatu yang boleh memberi idea pada mereka yang datang ke blog ni. Terima kasih pada yang sudi singgah dan memberi sokongan. Sekarang ni mat tak kesah dah pasal traffic, pasal Nuff dan apa2 saja lahhh. Mat cuma nak share resipi dan benda2 lain tu malas nak fikir. Yang dulu2 mat letak hanya untuk suka2 dan memberi semangat pada blogger2 baru, yang sudi singgah ke DTS. Mat rasa macam nak buang semua benda2 di blog ni, biar tinggal resipi semata2...Bosann lahhh!...

P1240428
Hmm, petang tadi walaupun malas 200%, mat perintahkan juga breadmaker menguli roti kentang, sesuai untuk sarapan, mata mat kan mengantuk sangat, 2 hari mat tak tidur, baru semalam dapat lelapkan mata, itu pun selepas jam 4 pagi..huhu..hmm ntah lah, fikiran kusut. Berbalik pasa roti ni, mat pernah buat 2 kali kalau tak silap sebelum ini. Ianya lembut dan gebu, sedap dimakan tanpa disapu apa2 jem kerana kastard nya sudah cukup bertindak sebagai seri kaya.. Ok lah mat kongsi resipi dia yea..

Bahan Doh :-)
135 ml air sejuk dari peti ais
3/4 camca teh garam
1/2 biji telur (kurang lebih 30g)
60 g ubi kentang yg telah dilecek (rebus dulu)
300 g tepung roti (hi protein flour)
3/4 camca besar susu tepung
50 g gula halus
2 camca teh yis
1/2 camca teh bread improver
1/2 camca teh bread softerner

Bahan Kastard - Resipi Mat sendiri :-)
3/4 cawan susu segar
2 camca besar tepung kastard
2 camca besar gula halus
1 camca teh mentega
1/2 camca teh esen vanilla


CARA MEMBUATNYA:-)
  1. UNTUK DOH :-) Satukan semua bahan2 doh, uli hingga lembut dan kenyal. Bulat2kan dan alih ke dalam bekas, tutup dengan plastic cling dan biar naik selama 45 minit. KAEDAH LAIN :-) Masukkan semua bahan mengikut urutan ke dalam breadmaker dan pilih setting for dough dan tekan. Biar sampai siap.
  2. Keluarkan doh uli 15 minit. Bagi doh kepada 12 bahagian yang sama besar (kurang lebih 52 g sebiji), atau mengikut saiz yang diinginkan. Bulat2kan menjadi bebola dan susun dalam loyang yang telah digris dengan mentega dan biar 40 minit hingga naik.
  3. CREAM CUSTARD :-) Satukan susu, gula dan tepung kastard. Kacau dengan wisk hingga semua sebati. Masak atas api perlahan sambil terus mengacau hingga pekat. Angkat dari api, masukkan mentega dan esen vanilla. Gaul rata dan biarkan suam sedikit.
  4. UNTUK ROTI KENTANG :-) Isikan cream custard dalam beg plastik yg baru dan bersih. Gunting sedikit bucunya dan picit cream custard atas roti mengikut kreativiti masing2. Buat hingga habis dan bakar dalam oven pada suhu 190C selama 25 minit atau kuning keemasan. Keluarkan roti dan sapu dengan mentega semasa roti masih panas, sejukkan sebelum dihidang...