P1240256
Assalammualaikum, salam 1 December untuk semua pengunjung DTS. Pagi2 lagi kampung mat dah mendung, berangin dengan begitu nyaman dan disulami hujan renyai2 halus. Dingin tapi tidak menyejukkan. Kadang2 idea nak memasak ni blurr, jadi buntu, nasib baik lah dunia maju sekarang ni membolehkan kita mendapat maklumat dengan hujung jari sahaja. Mat berterima kasih amat2 pada blogger masak2 yang sudi berkongsi pelbagai jenis idea masakan, mereka2 tu semua sumber inspirasi DTS - Mat Gebu. Kami blogger masak2 merupakan satu komuniti agak kecil kalau nak disamakan dengan mereka2 yang begitu bijak lagi arif perihal dunia cyber dan sebagainya. Tapi hubungan kami agak rapat walaupun ada tu tidak pernah bersua muka. Ini kerana kami sering berhubungkait antara satu sama lain....

P1240257
Satu lagi mat nak puji, sikap mereka yang tidak suka menghentam antara sesama sendiri, jika ada masalah atau kemushkilan dalam hal2 masakan, kami sama2 bertanya dan mencari kaedah yang sewajarnya. Ok, berbalik pada sarapan pagi ni mat dapat inspirasi dari blog "MamaFami " yang femes tu, dia ni kira orang lama. Roti canai pedas ni amat unik dan sedap dimakan selagi hangat. Rasanya untuk minum petang pun sesuai juga. Terima kasih pada mamafami...Jom semak resipi..

BAHAN-BAHANNYA :-)
2 keping roti canai, dicarik-carik
4 biji bawang merah, hiris
2 ulas bawang putih, cincang halus
2 biji telur, pukul sedikit
1/2 camca besar cili kisar
1/2 camca besar sos cili thai (mat guna jenama "LIFE")
1/2 camca besar sos tiram
1 camca besar jus asam jawa
3/4 cawan hirisan daging ayam
1 genggam taugeh (jika suka)
Hirisan daun bawang, sebagai hiasan
Bawang goreng sebagai hiasan
Sedikit gula

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Kalau guna roti canai segera, masak roti tadi macam biasa, biar suam dan carik2 kecil. Ketepikan. Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumis bawang merah, bawang putih dan cili kisar. Tambah sos cili thai dan sos tiram, kacau rata dan masak hingga terbit minyak.
  2. Masukkan ayam dan kacau. Tolak ke tepi kuali, masukkan telur dan biar mengeras sedikit, hancurkan telur tadi dan gaul rata. Tuang jus asam jawa.
  3. Masukkan roti canaidan taugeh, gaul. Tambah sediki gula dan garam (jika perlu), masak sekejap lagi. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan dengan menabur hirisan daun bawang dan bawang goreng.