P1240520
Assalammualaikum, yuu huu, apa khabar semua, sihat ke? Hari ni masak menu palinggg tak berapa nak rajin, tapi mat gebu suka. Kalau tengok gambar jee dah tau, tak payah tulis resipi pun ramai dah tau. Kalau setakat Kacang bunci goreng rangup dan juga singgang rebus macam bawah ni sapa yang tak tau buat...betul tak?. Lauk mudah ni kalau masak tak sampai 30 minit dah siap, nak cepat, sebelum masak tu kita masak nasi dulu, sementara lauk2 masak, nasi dahh masak. Tinggal makan je selagi hangat. Petua orang dulu2, nasi harus dimasak dahulu, kira perkara pertama macam tu.

P1240524
Perasan tak kacang buncis kat atas tu mat goreng dengan ikan bilis tamban..hmm sedap lah, rasa ikan bilis tu lemak. Singgang tu kan..hmm nak cerita pun sedey, ikan tu adalah tangkapan terakhir abang mat sebelum dia meninggal hari tu..huhu (al-fatihah). Kalau terpandang ikan tu, teringat kat arwah...aduhh, sayu hati. Tu hari kalau tak silap mat ada yang tanya, cik mat tak de ke resipi diet..hmm singgang rebus tu boleh dikategorikan sebagai resipi kurang kolestrol, sesuai lah kan untuk yang berdiet. Hari ni kita masakan sempoi sangat2, jadi pada yang sudi tinggalkan komen membina, mat ucapkan terima kasih....tanpa anda, DTS tiada makna.. ;-)

KACANG BUNCIS GORENG RANGUP.....

BAHAN-BAHANNYA :-)
250 gram kacang buncis, cuci, toskan dan hiris serong
1 keping tahu, dadu kecil
1 genggan ikan bilis tamban, buang sisik, belah, buang tulang dan rendam
1 biji cili merah, hiris
1 biji cili hijau, hiris
1 biji bawang besar, hiris
2 ulas bawang putih, hiris
1/2 camca besar sos tiram
Garam dan secubit gula

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Tauhu digoreng hingga kuning, angkat dan toskan. Tinggalkan sedikit minyak dalam kuali, tumis bawang besar, bawang putih, cili merah dan hijau hingga naik bau dan layu. Masukkan ikan bilis tamban (toskan), bersama tauhu. Kacau rata.
  2. Tambah sos tiram dan sedikit garam serta secubit gula, kacau dan masukkan kacang buncis, kacau hingga rata, gunakan api besar. Bila kacang layu sedikit, matikan api, rasa dan jika ok boleh alihkan dalam bekas sesuai. Hidangkan segera..

SINGGANG REBUS IKAN SELAR....

BAHAN-BAHANNYA :-)
5 ekor ikan selar (boleh guna ikan kembong), siang dan bersihkan
2 biji cili hijau, belah dua tapi tak putus setiap biji
1 biji sederhana bawang besar, hiris
3 ulas bawang putih, diketuk
1 keping hirisan halia, dititik
1 keping hirisan lengkuas, dititik
1/2 inci kunyit hidup, hiris
2 keping asam gelugor
1 kiub ikan bilis maggi (optional)
Garam secukup rasa
Air secukupnya

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Satukan semua bahan2 di atas kecuali ikan, cili hijau dan garam ke dalam periuk, jerang atas api hingga mendidih. Masukkan ikan, biar mendidih perlahan.
  2. Masukkan cili hijau dan perasakan dengan garam dan secubit gula. Garam tu jangan banyak2, sebab kalau guna kiub ikan bilis, ianya sudah masin. Biar mendidih hingga ikan masak. Rasa dan jika ok boleh matikan api...