P1240285
Salam semua, Khamis kan hari ni, malam ni malam Jumaat kan, wahh malam penuh keberkatan..ehem ehem, ok hari ni tak de N3 sarapan, sebab makan biskut kering siaa. Oleh kerana masak apa yang ada, jadi lepas melakukan penyelongkaran bahan2 mentah, maka tergolek lah 2 biji jantung pisang, atas permintaan ayahanda, mat gebu memasak lah lemak cili padi jantung pisang, letak tulang ikan kurau masin. Nama je masak lemak cili padi, tapi tak pedas mana, abah mat kan tak tahan pedas, tu yang masak ala2 masakan kanak2, yelah dah tak tahan pedas kan, nak buat macam mana.. Ok jom kita semak resipi, ni typical masakan kampung..

BAHAN-BAHANNYA :-)
2 biji jantung pisang nipah, buang kulit luar hingga jumpa bahagian yang cerah dan lembut
5 ketul tulang ikan masin kurau, rendam
1 kuntum bunga kunyit (optional), belah 2 dan rendam
2 helai daun kunyit, disiat
300 ml pati santan
750 ml santan cair
2 keping asam gelugor
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN TUMBUK HALUS :-)
1/4 cawan cili padi kampung, hijau
1 inci kunyti hidup
1 inci ubi cekur
1/2 inci belacan
7 biji bawang merah
2 ulas bawang putih

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Jantung pisang dibelah 4 setiap 1 biji, rendam dalam air. Dalam periuk masukkan bahan2 tumbuk halus, bersama santan cair, asam gelugor dan tulang ikan masin kurau. Masak hingga mendidih.
  2. Masukkan jantung pisang dan bunga kunyit, masak hingga jantung lembut. Tambah santan pekat, garam secukup rasa dan secubit gula. Akhir sekali masukkan daun kunyit, masak sekejap dan rasa, jika ok boleh matikan api. Hidangkan segera bersama nasi hangat..