P1240385
Yuu huu, assalammualaikum...Erkk dah nak tidur ke, amboihh awalnyaaa... Ok sebelum tidur tu, jeling2 dulu yea resipi terakhir malam ni. Ada orang tanya, mat ni hari2 masak ke?...Ha ah, hari2 mat gebu masak, ok tu je jawapan yang boleh ku beri. Nanti kalau mat gebu tak masak, blog ni hanya tinggal kenangan, tak de lagi resipi baru atau ulang tayang, tak de lagi juadah2 sempoi untuk berbuka puasa, tak de lagi biskut2 raya derhaka untuk cuci2 mata..hanya tinggal dalam lipatan sejarah.Tapi mat terlupa, blog lain kan banyak..alah setakat DTS ni apa lah sangat, ada ke, tak de ke, sama saja kan, mat buat blog ni bukan nak cari untung, tatau lah masa2 akan datang kan (tu duit iklan nuff lain cerita yeaa). sekadar berkongsi apa yang tau dan sambil tu bertukar2 buah fikiran. Lagi satu mat gebu tak suka nak menjawab soalan2 remah hal peribadi, mat sendiri kan serius cakap kalau bersahabat, aku takkan tanya apa2 pasal orang tu, koo dulu jahat ke, perogol bersiri ke, bekas banduan ke, itu masalah dia. Apa yang mat gebu pandang diri anda pada hari ini, itu sahaja....

P1240390
Wahh...tiba2 macam terpanas pulak kat atas tu kan..alahh biasa je, cuma pemberitahuan. Tu hari masa mat buat kueh kaswi pandan ala nyonya, kat sini... Ada sorang tu suruh letak resepi kaswi gula merah. Baik lah, memandangkan bonda berpuasa ni hari, mat buat kueh ni petang tadi. Resipi ni mudah, guna tepung gandum. Pada mat lah kan sebelum buat apa2 resipi, pastikan semua barang2 yang perlu telah disediakan, longgok semua atas meja kerja, lepas tu timbang atau sukat dan letakkan mengikut kumpulan, kalau dalam resipi ada sebut bahan A atau bahan B, baru lah nampak organize dan tak tercicir...hehehe, maaf, sebab mat selalu buat macam tu, bukan nak tunjuk pandai, kita ni sedar diri, sebab mat gebu bukan seorang yang pandai, setakat kebolehan di tahap minima saja....Ok lah jom semak resipi senang ni...

BAHAN-BAHANNYA :-)
3/4 cawan tepung gandum*
1/4 cawan tepung ubi*
1/2 camca besar tepung pulut*(*disatukan dan diayak)
1/2 cawan gula merah (mat guna gula melaka)
1/4 cawan gula pasir
1 helai daun pandan
1 1/2 cawan air
1 camca teh air kapur
Beberapa titik pewarna coklat
Kelapa parut putih
Sedikit garam

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan kukusan, balut tutup kukus dengan kitchen towel yg bersih. Alas loyang kek 7 inci x 7 inci x 3 inci dengan plastik, sapu sedikit minyak pada plastik tadi. Ketepikan.
  2. Gula merah, gula pasir dan daun pandan dimasak bersama 1/2 cawan air, kacau rata hingga gula larut. Tapis dan sejukkan.
  3. Satukan semua bahan2 diatas kecuali kelapa parut dan garam, bersama air gula merah tadi. Kacau rata dengan whisk dan tapis. Tuang dalam loyang kek tadi, kacau sedikit biar rata dan kukus selama 30 minit, dengan api sederhana.
  4. Sejukkan kueh sepenuhnya sebelum dipotong dan digolek ke dalam kelapa parut bergaram tadi. Hidangkan.