P1240486
Salam senja semua, wahh dah senja baru masuk N3, maklumlah baru sempat tulis. Sedenak hujan sekarang ni, hujan rahmat. Hmm, mat susah hati lah, sekarang ni kan kawasan kampung kami sibuk dengan kes pecah rumah. Nak tinggal rumah memang tak boleh dah, tu pun nasib juga rumah kami dilengkapi sistem alarm, at least rasa terjamin sikit. Petang tadi mat saja, buat roti dari buku roti Alex Goh. Tapi mat buat 1/2 dari resipi asal. Rasanya sedap dan sesuai untuk minum petang dan sarapan. Makan dengan jem atau seri kaya pun sedap, cicah kopi O atau teh susu pun enak juga. Mat memang sejak dari hari perginya arwah abang, hati ni rasa berat dan mood untuk berblog atau masak hilang separuh dari jiwa...masak pun tak mood, ada je yang terlupa nak masukkan, walhal dan semak resipi 3-4 kali..huhu...

P1240491
Resipi "english cottage bread" pada mat ianya agak ringan, ringan disini maksudnya tak guna banyak bahan sangat. Kalau dimakan begitu sahaja pun sedap dengan rangup kerak2nya. Perasan tak roti tu potongan dia tak senonoh sikit, hmm tu lah sebab nak cepat, roti tu masih suam sebenarnya. Pada mat, kalau potong roti guna pisau bergerigi akan menghasilkan potongan yang cantik dan kemas. Tapi tu cuma mat yang kata, kalau tak de, belasah guna pisau siang sayur pun boleh..tak de masalah..Ok jom semak resipi..

BAHAN-BAHANNYA :-)
200 gram tepung roti
50 gram tepung gandum
30 gram gula halus
5 gram garam halus
10 gram susu tepung
1/2 camca teh bread improver
1 3/4 camca teh instant yeast
30 gram telur (kacau 1 biji telur, dan timbang)
130 ml air sejuk (dari peti ais)
30 gram mentega
Sedikit mentega, untuk disapu*
Sedikit gula untuk ditabur*

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Satukan bahan diatas kecuali yang bertanda (*) dan mentega. Gaul hingga semua sebati dan menjadi doh. Tambah mentega dan terus menguli hingga mendapat adunan yang kenyal dan lembut. Bulat2kan doh, letak dalam bekas dan bungkus bekas tadi dengan plastik, perap 1 jam atau hingga naik sekali ganda. KAEDAH LAIN :-Masukkan semua bahan untuk doh ke dalam Breadmaker, kecuali bahan bertanda (*). Pilih setting untuk "doh" dan tekan "on". Tunggu hingga siap.
  2. Gris acuan berukuran 8 inci x 5 inci x 5 inci dengan mentega. Ketepikan. Keluarkan doh, tumbuk untuk membuang udara. Kemudian gulung doh tadi seperti swiss roll, kemaskan dan masukkan ke dalam acuan tadi. Biar kan selama 45 minit hingga naik.
  3. Dengan menggunakan pisau tajam, toreh memanjang permukaan roti tadi. Sapu sedikit mentega dan tabur dengan gula. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 190C selama 30 minit atau kuning keemasan bergantung pada oven masing2.
  4. Bila roti masak, keluar dan sejukkan atas jaringan sepenuhnya...