Assalammualaikum, salam pagi Sabtu..Cutikan hari ni?..mesti sedap ni golek2 atas tilam. Pagi tadi mat nampak Ben buat N3 mengenai sasaran beliau tahun 2011, 10 ribu UV sehari..tidak mustahil. Jika ada usaha yang mantap, dan sokongan rakan2 insya allah. Ok, mat pun nak juga letak, walaupun dulu kata tak kesah, tapi kali nak dah mula nak kesah. Bukan apa, nak tunjuk bahawa jika usaha anda dipertingkatkan, tak mustahil bilangan pengunjung akan bertambah. seperti N3 yang mat pernah tulis dulu kat sini... Minggu lepas pada mat adalah minggu sukar, dengan peristiwa2 pahit dalam hidup, perasaan yang tak stabil dan jiwa kurang tenang, sikit banyak menjejaskan juga pretasi blog, tapi tak kesah, apa yang kita dapat, harus diiringi dengan rasa syukur....kalau rasa tak puas hati membina tu tak pelah, contohnya macam mana nak naikkan graf tu balik...betul tak..eh blog masak2 pun kena buat macam tu kalau nak menten kestabilan...seriuss waa cakap sama lu ni beb!.

Ok, sekarang kita cerita pasal jiran DTS, sapa lagi kalau bukan BA, sahh lah lepas ni ada yang gossip skandal lagi...erkkk...cukup2lah tuu...kalau tak tau duduk pekara sebenar, seeloknya diam, tengok dan ambik apa yang patut. Minta maaf pada ben sebab aku ambik koo nya graf traffic, n3 kat sini, kalau mat gebu, ben mesti tak kesah nya kan. Alahh jual pun bukan laku, yea tak?..hahahaha. Cuba perhatikan peningkatan BA, mendadakkan, ingat tak N3 mat yang ni.... baru je beberapa waktu, dan mat sendiri paling tinggi pun hampir2 8K, tapi BA dapat mengejar dengan pantas...ini menunjukkan kesungguhan beliau, serius mat cakap, mat gebu kan bukan jenis cemburu2 semua ni, kalau blogger lain berjaya, mat tumpang gembira dan bersyukur, tatau lah perasaan macam meluat atau tak suka tu, agak kurang dalam diri ku ini...aiman tak kesahhh!!...

Pesan mat pada semua blogger2, anda pun boleh macam ben (mat dah mula nampak beberapa blogger baru yang amat2 berpotensi..wahh dasat juga aku kan..hahaha), asal rajin dan berusaha, alternatif lain untuk mempromosikan blog kita semakin meriah tika ini, masa mat dulu, alah haii, ciput jee, ke aku yang bingai tatau nak promot blog sendiri?...hehe, sekarang ni kita elok hapuskan istilah otai-otai ni, kalau nak berjaya dan menempa nama, tak kira anda blogger lama, blogger baru, blogger sekolah atau blogger masak2, semua boleh....apa2 pun pada mat keikhlasan berblog itu penting dan paling utama yang sering kita perlu ingat "just be your self", kalau buat blog semata nak hentam orang lain macam kes jiran mat kena dulu, apa ada faedah, busuk di dunia satu hal, kemudian hari lagi lah kena..nak macam tu?..Ok tu saja bebelan mat gebu pagi Sabtu ni...Insya allah, N3 masakan akan menyusul nanti...Salam sayang dari DTS - Mat Gebu....