P1230815
Salam semua, ok nak share N3 sebelum masuk tidur, esok Sabtu kan mesti banyak rancangan yang telah dirancang. Mat tiba2 macam dah malas nak masak, mood pun setakat ala2 jee..masa ni dah mula lah rasa, macam nak slow down, tapi tu lah hati ku tetap bersemangat nak share dengan anda2 semua apa yg mat buat. Resipi hari ni sebenarnya mat derhaka, tapi kan tak berapa nak cun lah. Respi asal guna coklat masakan, tapi stok coklat habis, cuma ada coklat putih. Hmm, jadi keputusannya, mat belasah jee guna...waaaa, jadi juga tapi kurang seksis u..hahaha, tapi cun juga kan...

P1230819
Resipi asal dari Yani, cuma mat rasakan guna coklat putih ni, gula kena kurangkan lagi, manis lah, kalau guna coklat biasa tak perlu lah kurangkan. Resipi ni menghasilkan kurang lebih 9 biji cup cake bergantung pada saiz bekas yang anda gunakan. Hmmm, aduh nak tulis N3 pun hati berat...takpe2 esok lusa insya allah mat gebu ok....Pada jiran sepagar...terima kasih yea teguran anda....Biasalah mat gebu bukan lah insan yang sempurna, ada kala tergelincir juga, waaaa malas nak cita...boleh lah baca N3 kesedaran tu kat sini.....

BAHAN-BAHANNYA :-)
200 gram coklat masakan putih
70 gram mentega
2 biji telur gred B
50 gram gula halus (mat letak 40 gram)
60 gram tepung gandum*
1 camca teh baking powder*(*digaul rata dan diayak)


CARA MEMBUATNYA:-)
  1. Cairkan coklat secara kaedah "double - boiler" dengan api kecil hingga coklat cari, masukkan mentega, kacau rata hingga mentega cair dan sebati. Ketepikan, biar suam.
  2. Pukul telur dengan gula hingga gula larut, tak payah sampai kembang. Tuang ke dalam coklat tadi, sambil dikacau pantas hingga sebati.
  3. Masukkan tepung, kacau rata dan akhir sekali tambah esen vanilla, kacau sebati. Sudukan ke dalam muffin cup 1/2 penuh, bakar pada suhu 175C selama 20 - 25 minit atau hingga masak..
CATATAN MAT GEBU :- Lepas masak, ia akan turun sikit, tapi kalau nak cuba boleh tambah sedikit lagi tepung. Pada mat lah ini kerana coklat putih dan coklat biasa tu berbeza tahap kecairannya. Terpulang jika anda nak guna coklat masakan biasa pun tak de masalah..