TY2
Salam Jumaat yang mulia untuk semua. Hari ni mat masak tom yam, sebab nak bilas tekak yang macam dah tak boleh masuk masakan bersantan. Tapikan, hari ni nya tom yam semua "UBAT", hehe, bayangkan sotong, udang dan ketam...Tiga serangkai tu beb..kalau terlupa makan ubatnya, bergaru sakan leer gamaknya. Tapi kan, benda2 segar ni memang akan menghasilkan tom yam yang manis dan sedap tanpa menambah serbuk perasa. Mat guna pes tom yam sedia pakai jenama "LIFE". Kalau nak dimasukkan ayam pun ok juga tak de masalah. Lagi satu kan, mat guna stok rebusan ayam sebagai kuahnya...Hmmm kalau teringat2 jus limau nipis yang dicampur pada saat2 akhir dalam tom yam tu, aduuhhh bikin kecur tekak guaa siaaaa...

BAHAN-BAHANNYA :-)
2 ekor ketam saiz besar, dibersihkan dan kerat 2 setiap ekor
2 ekor sotong saiz sederhana, dibersihkan dan kerat gegelang
10 ekor udang saiz sederhana besar, dibersihkan, cuci dan tos.
1/2 batang lobak merah, hiris serong
3 batang putik jagung, hiris serong
1 batang saleri, hiris serong
8 kuntum cendawan butang, belah 2 setiap kuntum
1 biji bawang besar, belah 4
2 batang serai, dititik
3 helai daun limau purut
1 biji tomato, belah 6
1 pokok daun ketumbar, dicuci bersih dengan akar2nya sekali
10 biji cili padi siam warna merah, dititik
1/2 inci lengkuas, dititik
2 camca besar penuh pes tomyam jenama "LIFE"
2 biji limau nipis, diperah jusnya
Sos ikan secukup rasa @ garam
2 liter air rebusan tulang ayam @ air biasa
Sedikit gula
Hirisan daun ketumbar untuk hiasan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Masukkan air kedalam periuk, tambah pes tomyam, serai, daun limau purut, lengkuas titik, cili padi, daun ketumbar bersama akar2nya dan bawang besar. Kacau rata dan biar mendidih.
  2. Masukkan lobak merah, saleri dan cendawan. Bila lobak sedikit lembut, masuk ketam dan udang. Kacau rata dan tambah putik jagung. Masukkan sotong dan perasakan dengan sos ikan secukupnya atau garam. Masukkan sedikit gula. Biar mendidih.
  3. Akhir sekali masukkan tomato dan jus limau nipis, rasa dan jika kurang masam tambah lagi. Biar mendidih sekejap, rasa dan jika ok boleh matikan api. Tabur hirisan daun ketumbar sebelum dihidangkan panas..