MF
Salam semua, berjumpa lagi dalam N3 terakhir malam ini. Sebenarnya mat dah pernah buat resipi ni dulu, tapi atas keterujaan melihat teman se-blog mengulang tayang hasilnya, mat gebu dengan rela hati serta kerajinan yang tak berbelah bagi, telah membuatnya petang tadi, "MamaFami", kenapa dikau goda ku dengan muffin mu ituuu... Tapi mat buat 1/2 dari resipi asal, tu pun dapat 12 biji muffin saiz sederhana. Ada lah 4 biji berbaki, yang lain telah berpindah ke rumah anak2 buah ku. Pada mat resipi ni agak versatile, kalau tak letak coklat tu, jadi lah plain vanilla muffin, kalau letak blueberry dah jadi muffin blueberry dan macam2 lagi lah mengikut kreativit masing2.

MF5
Adunan muffin ini kelihata agak pekat sedikit tapi kan hasilnya lembut dan lunak, satu petua mat, esen vanila letak akhir sekali untuk mendapat rasa dan bau yang lebih mantap. Sesuai juga ni kalau dibawak berkelah, tak pun untuk majlis kecil-kecilan, kalau nak buatkan untuk anak2 sempena jamuan akhir tahun sekolah pun boleh sebab, ianya agak muai dan hasilnya pun sedap. Ok tak mo cerita banyak lagi, jom semak resipi...

BAHAN-BAHANNYA :-)
90 gram mentega
70 gram gula halus
110 gram tepung gandum*
1 camca teh baking powder*(*digaul rata dan diayak)
1 biji telur gred A
50 ml susu segar
3/4 camca teh esen vanilla
3/4 camca teh coklat emulco

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan oven pada suhu 180C, alas acuan mufin dengan paper cup atau guna muffin cup jenis keras. Ketepikan.
  2. Putar mentega dengan gula halus hingga sebati, masukkan telur dan terus memutar hingga putih dan kembang. Perlahankan speed, masukkan tepung berselang seli dengan susu segar. Putar sebati
  3. Akhir sekali masukkan esen vanilla, kacau rata dan bahagikan adunan pada 2 bahagian. Satu biar pada warna asal dan satu lagi dicampur dengan coklat emulco, kacau rata2.
  4. Sudukan adunan kosong ke dalam muffin cup tadi, diikuti adunan coklat, isi 3/4 penuh dan gunakan lidi sate atau chop stick, lorekkan sehingga mendapat kesan marble.
  5. Bakar 20 - 25 minit atau hingga kuning keemasan, sejukkan atas jaringan sepenuhnya sebelum dihidangka... Selamat mencuba untuk semua....