P1240213
Assalammualaikum, N3 terakhir sebelum kita bertemu lagi esok, insya allah. Kalau tengok gambar2 yang mat gebu ambik semuanya "standard" kan, tak de yang single look, semua ada teman2 dia, hmm ntah lah, mat pun tak pasti samada anda bosan ke tak, tapi tak pe...janji mat kongsi resipi dengan ikhlas, sebut pasal keikhlasan ni, anda pernah tak menghadapi situasi di mana keikhlasan sebenar sukar untuk kita laksakan, kecuali di mulut, tapi hati sungguh beku, ketat dan keras, lagi lah kalau seseorang tu pernah mencemar nama baik kita. Mat mengaku, benda itu perah terjadi dan amat sukar untuk memaafkan secara ikhlas 100%....Ntah lah tapi memaafkan manusia tanpa rasa ikhlas dalam diri kita, lagi lah beban...hmmm

P1240216
Berbalik pada resipi kek batik biskut marie ni. Resipi mat ambik dari blog kak ummi kuantan yang comel tu, di sini... Tapi seperti biasalah mat dah derhakakan sikit, jangan tatau, bukan apa, mat buat 1/2 dari resipi asal dan guna bahan yang ada di rumah, seperti pernah mat cerita dalam N3 lepas, memasak ni perlukan kreativiti walaupun pada tahap minima, lagi satu nak derhaka pun kena fikir dari segi logiknya. Contoh, kata lah serbuk koko tak de, kat rumah ada MILO, hmm pendapat anda macam mana, sesuai tak ditukar ganti?..Sesuai kan...ha macam tu lah lebih kurang keserasian dari segi logik, mat nak cerita banyak, mat gebu sendiri pun bukan lah terhasil dari mana2 institut kulineri hebat, setakat belajar dari pengalaman, perkongsian dan pembacaan saja, minta maaf yea sebab N3 ini terlebih intro...

BAHAN-BAHANNYA :-)
250 gram biskut marie, dipatah 4 (mat gune jenama Munchies)
125 gram mentega
2 biji telur gred A, dipukul sedikit
3/4 cawan susu pekat manis
1/2 cawan MILO
1 1/2 camca besar penuh serbuk koko
1/4 cawan air
3/4 camca teh esen vanilla

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Satukan semua bahan2 diatas kecuali biskut marie dan mentega, dalam satu bekas, kacau dengan whisk hingga semua sebati, tuang dalam kuali, masukkan mentega dan pasang api pada kadar sederhana.
  2. Kacau tanpa henti bancuhan tadi hingga pekat. Masukkan biskut marie, gaul rata2 sehingga kesemua bahagian biskut tersalut dengan bancuhan. Matikan api.
  3. Tuang dalam tin berukuran 4 inci x 8 inci yang telah dialas dengan plastik cling, tekan adunan tadi padat2, bungkus dengan plastik cling dan biar hingga hilang wap panas. Simpan dalam peti sejuk 1 jam atau hingga boleh dipotong. Hidangkan.