P1240080
Salam petang semua, sebab cuaca di Johor ni agak panas, jadi mat sajikankan dengan creamy carrot juice, ala2 carrot susu juga, tapi mat guna vanilla ice cream sebagai pengganti susu, hmm sedap dan nyaman jee bila masuk dalam tekak. Cuma kaler dia kurang menyerlah sikit. Kebetulan lobak merah cuma ada 2 batang saja, kalau ada 3 lagi sedap, terasa ke"lobak"kannya. Tapi yang ni masih sedap dan terrasa nyaman bila sampai di tekak, apa yang penting kena hidang sejuk. Ok nak cerita sikit laa...

Tadi kan di chat box, ada sorang "guest" bertanya pada mat, pada pasal hubungan mat gebu dengan ben ashaari, soalannya berbunyi begini--->"Guest salam MG....maaf btanya...anda ada apa-2apa ke ngan Ben Asaari nie...pelik sgt la melihatkan kemesraan luar biasa anda untuknya...jgn marah yaa.".. Hmm, nak tanya, betul ke "style" kemesraan Mat - Ben ni "luar biasa"?..Pada mat ianya hanyalah satu perhubungan sahabat maya yang kebetulan berjiran di blog serta kami sering membantu antara satu sama lain dan selama berblog ni pun cuma 2 kali je kami bersua muka, itu pun ben yang singgah ke rumah mat bersama isteri beliau...Masalahnya nampak serong ke perbuatan mat gebu yang sering menyebut nama Ben, ada kala dalam N3, link kan ke blog BA?..Mat tak kesah dengan isu2 macam ni tapi kan tolong lah jangan buat spekulasi, blog DTS milik mat gebu, jadi terpulang pada tuan punya blog untuk melakukan apa sahaja selagi tidak membangkitkan isu2 politik, ugama, ugutan dan melanggar adap susila..Lagi satu, mat nak pesan, sebanyak mana resipi nak ambik sila, mat halal kan dunia dan akhirat, tapi tolong lah jangan libatkan hal2 peribadi dengan bertanya soalan2 aneh lagi pelik...

Mat sendiri pernah merasa dulu, ada sorang blogger masak2 (wanita) dilarang oleh suami beliau untuk bertegur sapa dengan mat di blog, waima singgah di blog DTS pun dia tak bagi. Tapi itu hak dia sebagai suami, kita berblog ni tak boleh nak larang sapa yang nak singgah, kecuali blog itu di private kan. Pada "guest" yang dimuliakan, jawapan yang pasti telah mat beri di chat box, jadi jangan lah buruk sangka antara mat gebu dan ben, saya faham soalan "guest" tu, mat gebu walaupun duduk kampung terceruk, tapi masih boleh berfikir secara waras, soalan2 macam tu sebenarnya boleh merosakkan reputasi kami sebagai blogger, harap faham lahh...Oh yea, "Guest"..kenapa tak guna "nama" yang lebih indah selain "GUEST"?....Ok selesai sudah hujah mat gebu, jom kita tengok resipi menyejukkan badan pulak...

BAHAN-BAHANNYA :-)
2 batang lobak merah
400 ml air mineral @ air masak
3/4 camca besar gula atau ikut manis
6 scoop ais krim perisa vanilla
Ais kiub secukupnya
Hirisan lobak merah sebagai hiasan
Daun pudina sebagai hiasan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Lobak merah dicuci bersih, kerat dan kisar dengan 400 ml air tadi. Tapis dan ketepikan. Cuci blender tadi, masukkan kembali jus lobak, dengan gula dan ais krim vanilla, kisar hingga semua sebati.
  2. Isi beberapa ketul ais dalam gelas pilihan, tuang jus tadi dan hias dengan lobak merah yang telah dibentuk pada bibir cawan. Hias juga dengan sehelai daun pudina. Hidangkan segera..hmmmm...