Udang Sanggul
Salam semua, apa khabar...Hari ni Isnin kan?..Hmmm macam lemah jee memasing, tu belum puasa lagi. Lepas ni mat kurang lah xtvt memasak, tapi petang kena juga memasak, biasa lah the bibik's memang macam tu. Ok, pernah makan udang sanggul?..Excelikan mat tak pernah makan, yelah kita ni kan dok pendalaman, ulu, jadi xpose agak kurang, nasib baik ada tenet, kalau tak pak tua mu ini masih ala2 katak dibawah tempurung...oppss, silap, tukar2..katak dalam teko..haaaa yang tu sesuai. Kadang2kan idea memasak ni boleh datang secara spontan, tapi pastikan jangan terlebih kreatif, takut terjadi sebaliknya. Pada mat, resipi ni cepat dan ringkas, sesuai untuk bulan puasa ni, budak2 suka, tapi syaratnya kena goreng hampir2 waktu nak berbuka, baru rangup....

Udang Sanggul
Ada ke rupa sanggul?...Ok lah kan, cun juga...Apa..jari mat gebu cun?..alah hai luu ni buat malu guaa siaa...jari gebu macam terung telunjuk tu mana lah ada cunn nya...ala2 tangkai daun betik sia , besau2 koo..hahaha, tak pelah syukur alhamdulillah, Allah bagi 10 jari yang sempurna aminn. Udang sanggul ni makan dengan cili sos pun ok, kalau nak makan dengan mayonnaise pun ok juga atau campur mayonnaise dengan cili sos sikit, mustard sikit, bawang putih cincang dan jeruk gherkins, waaa lagi sedap koo... Ok jom mat share resipi teramat senang tapi hasilnya cute bangett....

BAHAN-BAHANNYA :-)
12 ekor udang besar
1/2 camca teh serbuk lada hitam yang baru dikisar
Sedikit garam
2 keping mee telur "CINTAN" (kalau tak de boleh guna mee maggi)
Sedikit serbuk lada hitam
Hirisan daun bawang untuk hiasan
Sos pilihan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Udang dikupas kulit, tinggalkan bahagian ekornya, buang urat belakang, cuci dan toskan. Buat hingga siap. Kemudian lap kering dengan paper towel. Lumur udang tadi dengan 1/2 camca teh serbuk lada hitam dan sedikit garam. Gaul rata dan ketepikan.
  2. Celur mee telur tadi hingga lembut (biar mee panJang2, jangan kerat), toskan dan gaul dengan sedikit minyak masak. Biar sejuk sedikit. Bahagikan mee tadi kepada 12 bahagian.
  3. Ambil 1 ekor udang tadi dan balut dengan 1 bahagian mee, seperti sanggul. Kepal2 kan sedikit biar elok bentuknya. Alih dalam pinggan. Buat hingga siap.
  4. Panaskan minyak untuk goreng terendam. Ambil 1 udang sanggul dan berhati2 masukkan ke dalam minyak tadi, pastikan anda menggoreng 3 atau 4 sekali goreng. Biar kuning keemasan dan gunakan api sederhana.
  5. Angkat dan toskan. Letak atas paper towel dan biar minyaknya terserap. Buat hingga selesai. Tabur hirisan daun bawang dan serbuk lada hitam sebelum dihidangkan bersama sos pilihan....Selamat mencuba..