Sup Labu Dengan Kuchai
Luncai terjun bersama labu-labunyaa...biarkan..biarkan...tapi kan si luncai tah macam mana tercicir koo sebiji labu dalam sampan dia. Maka hanyut lah sampai ke tepi muara...dann tiba2 labu si luncai tertonggok di dapur mat gebu..ahaks...Assalammualaikum semua...dah tamat dah cerita dongeng tu. Tadi saja2 lah belek labu, plan nak buat sesuatu, tanya pada kak ummi kuantan pasal "sup labu" dia kata no idea sebab kat office penuh dengan kertas kerja, kalau kat rumah dia di kelilingi dengan periuk semua, jadi idea melimpah2 gitu..betul jugak kan...eh tiba2 rabbit melompat di "garden' mat gebu laaahh... dia masuk dalam pokok serai...haha...

Sup Labu Dengan Kuchai
Ni mat buat sikit je, mungkin 3 orang makan macam tu. Roti garlic bread tu pun..hmm macam roti tak dak mood saja, exceli tu roti bai, dah yang tu je ada, aku belasah jee lah. Nak buat dah tak sempat..Rasa dia kan macam mana nak kata yea...ala2 mushroom sup tapi manis sedikit kerana labu dan ada bau harum kuchai, sesuai sungguh makan dengan garlic bread tu. Kalau pekat anda boleh lah tambah sedikit air lagi. Kata kak ummi, labu ni kalau makan, banyak angin..hmm macam tu kenalah letak lada hitam lebih sikit masa makan, bagi buang angin...hehehe..

BAHAN-BAHANNYA :-)
2 cawan isi labu manis yang telah didadu kecil
1 inci kulit kayu manis (optional)
1 camca besar mentega
800 mililiter stok ayam
200 ml susu sejat "IDEAL"
1 biji bawang besar, didadu
2 ulas bawang putih, dicincang
Serbuk lada hitam secukupnya
1 pokok kuchai, cuci bersih, lap kering dan hiris halus2
Roti perancis, hiris serong
1 camca besar mentega*
1 ulas bawang putih, cincang halus*
1/2 camca teh hirisan parsley*(*disatukan dan kacau rata2)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan mentega, masukkan kayu manis, bawang besar dan bawang putih, masak hingga layu, masukkan labu dan goreng sekejap. Tuang stok ayam dan biar mendidih hingga labu lembut. Keluarkan kayu manis dan biar suam. Kisar dalam blender hingga halus.
  2. Tuang dalam periuk, masukkan susu cair, serbuk lada hitam dan kuchai, kacau rata dan jika pekat masukkan sedikit air. Biar mendidih. Tambah garam secukup rasa dan biar masak sekejap dengan api perlahan. Rasa dan jika ok boleh matikan api.
  3. Sapu hirisan roti perancis tadi dengan bancuhan mentega + bawang putih + parsley, rata dan panggang dalam frying pan hingga harum dan keperangan. Hidangkan bersama sup labu tadi....