Sotong Tiga Rasa
Assalammualaikum semua, salam Khamis, ya allah cepatnya dah Khamis, Rabu depan kalau panjang umur, dah masuk bulan Ramadhan. Perasan N3 pasal perempuan kutuk2 kata Johor HINA tu?..Mat delete dah bukan apa, tiba2 rasa macam tak sesuai dengan sifat dan intipati blog masak2 mat ni...Tapi pada perempuan tu, harap2 lain kali beradap lah sikit yeaa. Ok hari ni kan sebenarnya mat kena masak banyak tau petang nanti. Tapi untuk tengah hari ni mat share satu lauk yang senang sangat nak masak, selalu orang masak ikan 3 rasa kan, apa kata hari ni cuba sotong 3 rasa pulak...hehehe....gatal nihh, tapi ubat ada...erkk.. Eh lupa nak ucap juga Selamat Hari Lahir pada "Miss Izah"..nak tau sapa dia..klik sini....

BAHAN-BAHANNYA :-)
500 gram sotong, cuci bersih dan kelar2 tapi jangan putus
1 biji bawang besar, potong bulat
2 ulas bawang putih, hiris nipis
1/2 inci halia, hiris nipis
1 biji cili merah, hiris serong
1 biji cili hijau, hiris serong
1 camca besar cili kisar
1 camca besar sos tiram
3 camca besar sos cili thai
1 camca besar sos hoisin
Sedikit kicap cair
Hirisan daun bawang untuk hiasan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumis halia, bawang putih dan cili kisar hingga harum dan cili garing. Masukkan sos cili thai, sos hoisin dan sos tiram, kacau rata.
  2. Masukkan sotong, bawang besar hiris, cili hijau dan cili merah, kacau rata2. Masak dengan api sederhana hingga sotong masak.
  3. Masukkan sedikit kicap cair jika perlu, masak sekejap lagi, rasa dan boleh angkat. Tabur hirisan daun bawang sebelum dihidangkan bersama nasi hangat...