Assalammualaikum semua...salam pagi Ahad. Arghh, mat tak suka lahh macam ni...Semalam petang, tiba2 tergerak hati nak rembat majalah saji, secara jujur, majalah saji memang menjadi bahan rujukan mat sejak dulu, ingat lagi majalah Saji pertama, depa guna wajah "Sofea Jane" sebagai cover girl. Lepas tu mat terus setia membeli hingga lah hujung tahun 2009, mat skip beli, ada kala beli, ada kala tidak....sebab dah lama tak beli, mat rembat lah satu hari ni, masa selak2 majalah tu, sekali kann...mat ternampak gambar....bukan gambar mat gebu..tapi gambar "Kek Kukus Buah2an" yang mat buat, tertera di muka surat 46, dalam ruangan "tetamu saji".. Setau mat mat lah, tak de pulak pihak majalah saji minta izin untuk memuatkan gambar tu dalam majalah mereka. Yelah sebagai sebuah majalah tersohor dan ternama, gunakan lah etika yang sepatutnya, anda kan pihak media..tak kan tak tau...at least minta izin ke, lain juga. Walau pun hanya 1 keping gambar, tapi itu "hak milik" blog tiffinbiru dan mat gebu. Bukan nak kecoh, jika kita tak ambik prihatin kes macam ini, lama2 orang majalah (segelintir yeaa.. bukan semua) makin senang, nak gambar cantik sebagai selingan di majalah2 mereka, cuma perlu on-line, masuk mana2 blog atau fotopages yang memiliki gambar lawa2, ambik atau bahasa berhemahnya "CURI", lepas tu edit sikit kasi buang watermark..boleh lah siarkan di majalah masing2...Come on laaa beb!...guna akal sikit yeaa...ini hasil kerja kami..walaupun hanya tersiar diblog yang hanya dipandang dingin, ianya tetap milik blog tersebut. Jadi selepas ni mat berharap sangat lah, supaya merek2 ini lebih berhemah dalam melakukan pekerjaan..ingat kerja itu satu ibadah, anda suka ke bahan2 yang diambil itu tidak "halal"?....

Ok..ini gambar asal kek kukus yang mat letak N3 nya pada hari Rabu, 23 September 2009, dan di publish pada jam 2.24 am.(link disini...) Bak kata pepatah melayu, sekilas ikan di air, dah tau jantan betina, begitu juga hasil kerja kita...sekali imbas macam tau, 2 kali imbas sah2 betul hasil kita. Apa2 pun moga kejadian ini tidak berulang lagi, dan untuk geng2 blogger dan juga fotopages, kena lah lebih prihatin dengan hasil kerja kita....dulu dipandang remeh, dingin dan macam tak berfaedah..sekarang sudah mula di"rompak" untuk kepentingan individu....ampon dan maaf jika terkasar bahasa, kita berhak bersuara..sebab kita rakyat Malaysia.....