Taugeh Soya Goreng Berudang
Salam semua, dah makan tengah hari ke... Pernah makan taugeh soya atau taugeh kasar?. Ada orang tak suka, tapi mat, suka teramat sangat, rasa lemak2 dan rangup pada kekacang soya tu yang buat rasanya unik dan lemak2 manis. Ada juga yang mengasingkan kepala kekacang tu dan dimasak hingga lembut baru letak badan taugeh, tapi pastikan ekornya dibuang, sebab keadaan ekornya agak kasar sedikit. Boleh dipelbagaikan gaya masakan, nak masak lemak dengan tauhu pun ok, goreng dengan udang pun sedap atau ikut kreativiti masing2. Walau pun resipi ni biasa2 jee, mat tulis lah juga...sedia maklum, yang masuk blog mat ni pun dari pelbagai peringkat umur, ada tu yang baru2 nak belajar masak, ada tu pulak dah otai...yang otai tu mat kena lah menuntut dengan mereka pulak....

BAHAN-BAHANNYA :-)
500 g taugeh soya @ taughe kasar
10 - 15 ekor udang sederhana besar
1 biji bawang besar, hiris
2 ulas bawang putih, hiris
1 camca besar sos tiram
1 biji cili merah, hiris
1 biji cili hijau, hiris
Garam dan secubit gula
Sedikit air

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Taughe, dibuang ekor, cuci bersih dan toskan. Udang dikupas kulit, tinggalkan bahagian ekornya, kelar belakang udang dan buang uratnya, buat hingga siap, cuci dan toskan.
  2. Panaskan sedikit minyak, tumis bawang besar, bawang putih, cili merah dan cili hijau, kacau rata hingga layu, masukkan udang dan sos tiram, kacau dan tuang sedikit air.
  3. Tambah taugeh, gaul rata, perasankan dengan garam secukupnya dan secubit gula jika suka. Masak hingga taugeh lembut, angkat dan hidangkan segera bersama nasi hangat