P1190330
Salam semua, maaf lah terlambat masukkan N3, patutnya petang tadi, tapi masa dan keadaan tidak mengizin kan, ketat sungguh laahh!!!...Ok hari ni macam malas lah nak buat apa2...selalunya hari Selasa bukan hari malas pak tua, memandangkan dalam diri ada satu "semangat" yang sering ku seru2, maka kita buat juga lah sesuatu untuk santapan minum petang selain boleh letak dalam blog masak2. Pasti semua pernah dengat "pau sambal" kan, ada juga orang panggail burger malaysia. Tapi ada sorang jiran mat dulu, dia berniaga kuih2...pau sambal ni digelar "kuih batu belah"...tapi kira logik lah juga, boleh diterima akal..kan kuih tu terbelahh...

Pau Sambal
Resipi asal mat dapat dari "Yani"...puan punya laman web masak2 femes..."MyResipi", mat dulu masa belum ada blog, kat situ lah kita share2 resipi. Kalau ikut resipi asal dapat dalam 8 biji, mat buat 9 biji, selalunya pau sambal ni kita sandwich kan dengan sambal tumis ikan bilis dan kepingan timun, rasa2nya dalam dunia masak2 ramai dah yang tau buat, dan ada pelbagai resipi. Ok mat share resipi dari Yani tu yea...terima kasih pada "Yani" juga...

BAHAN DOH :-)
200 g tepung gandum
140 ml susu segar, suam*
2 camca teh instant yeast*(*disatukan, kacau rata dan biar berbuih)
2 1/2 camca besar gula halus
1/2 camca teh garam halus
2 camca besar mentega

BAHAN LAIN :-)
Sambal ikan bilis secukupnya
Hirisan timun secukupnya

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Satukan bahan2 doh dalam satu bekas, gaul hingga menjadi doh yang tidak melekat dimangkuk adunan. Bulat2kan doh, tutup dengan plastik dan biarkan naik 2 kali ganda.
  2. Keluarkan doh dan tumbuk untuk membuang udara, bagi kan kepada 8 - 9 bahagian sama besar (mat, canai anggaran 3/4 inci dan terap dengan acuan bulat 2 inci). Biarkan naik sekali lagi.
  3. Goreng dalam minyak sederhana panas hingga kuning keemasan pada keseluruhan bahagian pau tau. Angkat, tos, letak atas paper towel, biar minyak terserap. Biar sejuk.
  4. Belah dua pau tadi tapi jangan putus, sapu dengan sambal tumis dan susun 1 atau 2 keping timun, buat hingga siap dan boleh hidangkan sebagai minum petang.....