Sambal Goreng Jawa
Salam semua, berjumpa lagi kita...Ok untuk N3 terakhir malam ni, mat letak lah resipi biasa2...Exceli masak siang tadi, saja je nak letak malam... Kalau tengok rupa "sambal goreng jawa" yang mat buat ni, sah2 ramai makcik2..akak2..abang2..jawa yang kutuk aku, yelah rupa macam tak cukup bahan...tapi memang betul, tak cukup bahan2...guna apa yang ada dalam peti sejuk. Tapi kan, janji "tempe" ada....yang tu kalau tak de, hilang seri ke"jawa"an nya..tak caya tanya "Hana" yang dok Jepun tu..kan hana...kan..kan.. Kali ni mat campur dengan pedal ayam. Kalau perhatikan terdapat pelbagai versi sambal goreng, ada yag berkicap, kemerahan, putih dan yang biasa2 jeee....mat punya ni jatuh dalam kategori "biasa2" jeeee (sebab tak cukup bahan).... Bila tengok sambal goreng teringat nasi ambeng...nanti lah satu hari akan ku laksanakan juga projek nasi ambeng nihh.....

BAHAN-BAHANNYA :-)
10 ketul pedal ayam muda
10 tangkai kacang panjang
1 keping fucuk (tauhu kering), potong kecil dan rendam
3 keping tempe, potong kiub
1/2 cekak soo hoon, kerat pendek2 dan rendam hingga lembut
1/2 inci belacan, dilarutkan dalam 1/3 cawan air
1/4 cawan jus asam jawa
1/4 cawan pati santan
Garam dan gula secukup rasa
6 biji bawang merah, hiris
2 ulas bawang putih, hiris
1 biji cili merah, hiris halus
1 biji cili hijau, hiris halus
2 keping hirisan lengkuas
1 batang serai, dititik

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Pedal ayam dihiris, cuci bersih dan gaul dengan sedikit serbuk kunyit dan garam. Kacang panjang dihiris serong, tempe digoreng hingga kuning keemasan, angkat dan toskan. Ketepikan.
  2. Panaskan minyak dalam kuali, masukkan pedal ayam dan goreng sekejap hingga masak. Masukkan bawang merah, bawang putih, serai dan lengkuas. Tumis hingga harum. Tuang belacan dan jus asam jawa. Kacau rata.
  3. Masukkan fucuk, tempe goreng, kacau dan tuang santan. Masak hingga hingga pekat. Tambah soo hoon (toskan dulu), hirisan cili merah/hijau, kacau rata, masukkan garam secukup rasa dan secubit gula. Kacau dan masak hingga kering sedikit. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi hangat sebagai lauk sampingan.....