Salam untuk semua, apa khabar....Lepas2 raya ni tiba2 kan nak buat rendang ayam lah pulak, seperti biasa, kali ni rendang ala2 Negeri Sembilan tapi sedikit berbeza, tapi senang saja membuatnya. Kalau nak buat guna itik pun boleh juga (sesiapa yang makan itik lah yeaa...), tapi pada mat, rendang ni sedap guna ayam, kalau daging tu ok juga tapi kurang sikit kot. Sesuai dimakan dengan nasi, lemang, ketupat atau roti. Kalau masak lebih pun tak pe, isi dalam tupperware, boleh di dingin beku, nak makan, masuk je dalam microwave...mudah kan untuk orang2 yg bekerja...
BAHAN-BAHANNYA :-)
1 ekor ayam, dipotong 16
700 ml santan pekat
300 ml air kelapa
2 helai daun limau purut
2 kuntum bunga kantan, belah dua setiap kuntum
4 helai daun kunyit, mayang halus
2 keping asam gelugor
2 camca besar kerisik
Garam dan sedikit gula
80 g cili padi hijau (boleh kurang kalau tak tahan pedas)*
8 biji bawang merah*
3 ulas bawang putih*
2 inci halia*
5 batang serai, hiris halus*
1 inci kunyit hidup*(*dikisar halus)
CARA MEMBUATNYA :-)
BAHAN-BAHANNYA :-)
1 ekor ayam, dipotong 16
700 ml santan pekat
300 ml air kelapa
2 helai daun limau purut
2 kuntum bunga kantan, belah dua setiap kuntum
4 helai daun kunyit, mayang halus
2 keping asam gelugor
2 camca besar kerisik
Garam dan sedikit gula
80 g cili padi hijau (boleh kurang kalau tak tahan pedas)*
8 biji bawang merah*
3 ulas bawang putih*
2 inci halia*
5 batang serai, hiris halus*
1 inci kunyit hidup*(*dikisar halus)
CARA MEMBUATNYA :-)
- Dalam kuali, satukan bahan kisar halus, air kelapa, santan, daun limau purut dan asam gelugor. Kacau rata dan masak hingga mendidih. Masukkan ayam tadi dan masak hingga pekat.
- Tambah kerisik dan bunga kantan, perisakan dengan garam dan sedikit gula. Kacau sekali sekala dan tambah hirisan daun kunyit bila rendang hampir kering. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi hangat, kutupat dan lemang.
12 Comments
petua untuk cepat lembutkan ayam tua or daging... bunjutkan biji selasih...buh je dlm periuk or kuali...cepatje dah lembut...
ReplyDeletemannira...
ReplyDeleteTerima kasih sudi kongsi petua....saya cuba buat nanti yeaa...
kat umah ada ayam kg, boleh ler try resipi cik mat dan petua mannira!
ReplyDeletemenyelerakan :)
ReplyDeletekecut air liur mama tgk rendang mat gebu ni...
ReplyDeletebaru nak start diet...
huuuuuuaaaaaaaaaa
salam cikmat...rendang cikmat nih posing camne pon mmg menggoda...tgk bhn cam simple je...leh msuk list nih...tq cikmat...
ReplyDeleteuihhh.. sodap eh ...
ReplyDeletecik mat..hari tuh member buat guna ayam pencen...nasib baik x tcabut gigi..tp SODAPPPPPPPPP..fuhh..malataopppppp...chemp nak cubalah..kompem...melatop dapao nieh..hiihih
ReplyDeletenpk sedap & "menggiurkan" hehe... cikmat ader tak resepi rendang negeri sembilan yg asli? dh lama teringin nk wat tp taktau resepi sbb sayer bkn owg nogori....
ReplyDeleteIyo la Mat, mmg eden tengok pun teraso-raso kat tokak nih..kesodapannya..!! Eden mmg suko nar rondang2 nih!..Nanti nak toraii la..Makan dongan puluiitt la baru terangkat, yo x Mat? Hehee...**belum makan dh tergeliat lidah akak cakap nogori :D
ReplyDeletebest 3x
ReplyDeleteKitappun baru masak rendang gak tau!!!!
ReplyDelete