Dalam cuaca tak menentu ni kan, makan sup2 memang sedap...Jadi hari ni mat masak sup tauhu dengan cendawan, makan dengan nasi hangat, sambal belacan dan goreng pulak ikan pekasam...adoiii, tak menoleh kiri dan kanan dahhh, tunduk jeee, mak mertua lalu pun tak perasan (yelah mana nak perasan, mak mertua pun tak daaa!!!...hehehehe)... Jadi kalau sesapa macam kering idea nak masak apa, boleh leer mencuba yea....
BAHAN-BAHANNYA :-)
2 tube tauhu jepun, potong 8 setiap tube
250 g cendawan telinga tikus, jenis segar, dipotong kecil
100 g fucuk, potong kecil dan rendam hingga lembut, toskan
1 camca besar udang kering, rendam 10 minit dan tumbuk kasar
1 cekak soo hoon, potong dan rendam hingga lembut
1 biji bawang besar, dihiris halus
3 ulas bawang putih, diketuk
Garam secukup rasa
Secubit gula
Air secukupnya
Hirisan daun sup/daun bawang*
Bawang goreng*
Lada kicap*(*bahan sampingan)
CARA MEMBUATNYA :-)
- Panaskan sedikit minyak dalam periuk, tumis bawang besar, bawang putih dan udang kering tumbuk hingga harum. Masukkan air secukupnya (anggaran 1200 ml). Biar mendidih.
- Masukkan tauhu kering (fucuk) dan cendawan tadi. Masak hingga fucuk lembut, masukkan soo hoon dan tambah garam secukup rasa dan secubit gula. Kacau rata. Biar mendidih perlahan dan masukkan tauhu.
- Masak 5 minit lagi dengan api kecil, rasa dan jika ok boleh matikan api. Tabur hirisan daun sup/daun bawang dan bawang goreng sebelum dihidangkan. Kalau nak pedas boleh tambah sedikit lada kicap....Selamat menjamu selera....
10 Comments
sedapnya nampak sup tu! geramm!
ReplyDeletecik mat, sedap tu buat hirup2 ....
ReplyDeletedah terliur dah nie...
ReplyDeletesalam ziarah...
jom join contest kat blog saya...
mat..lauk biasa2 dah nampak cam luar biasa dah..sedappp ni mat.Meh k.ct carikan mak mertua untuk mat nak tak mat hahahaha
ReplyDeletekena bambu ngan mak yah k.ct ni kang hahaha
alamak c.mat..wpun sup..ttp nampak mengancam...
ReplyDeleteMama kalau ikan pekasam tu, tak boleh masuk la. Apesal agaknya eh? Kenapalah dipanggil cendawan tu dengan nama tu ek? Buat kembang je tekak...hehehe...
ReplyDeleteApa-apa pun, sup Mat tu memang nampak menyelerakan.. Kalau ma jadi mak mertua Mat, jangan buat buat tak nampak lak bila ma lalu sebab mama kalau lalu, mama make sure Mat perasan ma lalu! Ahakss....
sedappppp ..
ReplyDeletesekarang ni kerap masak sup sbb cuaca panas kot :)
salam cik mat, kita masak sup cendawan semlm.. tp cendawan kelabu tu jer.. hehe... hari ni mood kita x berapa baik la.. ada masalah sikit... mmm ...
ReplyDeleteamboi sedaap nyer :)
ReplyDeleteabg mat, dah try tadi...tapi cendawan telinga tikus tak jumpa...so bubuh suhun,tauhu ngan fucuk je..nice
ReplyDelete