Resipi scones dari buku "Secret Pastries".....Rasa sedap, lemak2 manis dan rapuh. Tapi untuk mendapatkan hasil yang rapuh, jangan uli adunan doh lama2,setakat bersatu sahaja sudah memadai.....
BAHAN-BAHANNYA :-)
400 g tepung halus (mat guna tepung gandum)
100 g gula aising (mat guna 70 g saja)
1 camca teh baking powder
110 g mentega
1 biji telur gred A
100 ml susu segar
2 tangaki daun bawang, hiris halus
40 g lada benggala merah, didadu kecil
75 g parutan keju cheddar (mat guna keju parmesan)
1 kuning telur, untuk disapu
CARA MEMBUATNYA :-)
- Satukan tepung, gula aising, baking powder dalam satu bekas, gaul rata. Masukkan mentega dan gaul ramas dengan hujung jari sehingga menjadi teksture seakan2 serbuk roti.
- Tuang susu sedikit demi sedikit sambil digaul hingga menjadi doh (jgn habiskan susu jika adunan sudah menjadi doh yang tidak melekat dimangkuk adunan). Tambah hirisan daun bawang, cincangan lada benggala merah dan juga keju. Gaul hingga rata. Rehatkan doh 20 minit.
- Panaskan oven pada suhu 200C, tabur sedikit tepung pada papan pencanai dan canai doh setebal 1 cm, terap ikut acuan kegemaran atau potong dengan pisau. Alihkan ke dalam dulang pembakar yang telah disapu sedikit mentega. Buat hingga siap.
- Sapu kuning telur dan bakar 25 - 30 minit hingga scones kuning keemasan. Sejukkan atas jaringan. Hidangkan untuk minum petang...
2 Comments
beautiful heart shape scones so interesting,..thanks for sharing... mat :)
ReplyDeletesalam mat gebu.. saya suka semua resepi mat gebu.. ada ke resepi cupcakes..yg ada frosting sedap leamk cream cheese tuh? thks,
ReplyDelete