RESIPI HATI LEMBU GORENG BEREMPAH

rsz_hgr
Assalammualaikum, salam semua. Hari ni che mat masak hati lembu. Lama juga tak makan hati lembu, kali terakhir che mat makan, masa sakit tu hari, itu pun sebab darah kurang dan doktor syorkan makan hati lembu dan kerang selain makan ubat tambah darah. Biasanya kalau beli hati lembu, pastikan hati yang bewarna kemerahan dan bukannya yang warnanya pucat dan nampak kecoklatan. Hati lembu yang telah lama akan memberi rasa yang kurang enak dan hamis. Satu tips untuk mengelakkan hati lembu menjadi keras ketika dimasak, ialah jangan dimasak terlalu lama selain tu kita boleh rebus setengah masak hati tadi dengan halia, bawang putih dan serai. Kemudian baru dihiris dan dimasak. Kaedah ini lebih cepat dan tak perlu dimasak terlalu lama. Che mat gunakan kurang lebih 400 gram hati lembu, boleh juga kalau nak cukupkan 500 gram, terpulang pada anda....Resipi seperti dibawah ini...

BAHAN-BAHANNYA
400 gram hati lembu, hiris nipis, cuci dan toskan*
1 camca besar tepung gandum*
1 biji limau nipis, perah jusnya*
1 camca besar garam*(*disatukan dan gaul rata, perap selama 20 minit, cuci kembali dan toskan)
1 inci halia, ditumbuk
3 ulas bawang putih, ditumbuk
1 batang serai, dititik
1 biji  bawang holland, dipotong bulat dan leraikan
1 biji cili merah, hiris
1 biji cili hijau, hiris
1 pokok daun ketumbar, hiris
1 pokok daun bawang, kerat kasar
1 kiub pati daging lembu Maggi
Sebesar ibu jari, gula melaka
Garam secukup rasa

BAHAN-BAHAN TUMBUK HALUS
5 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 inci kunyit hidup
1 inci halia
1 camca teh lada hitam
1 camca besar ketumbar
1 camca teh jintan manis
1 camca teh jintan putih

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Hati lembut yang telah dicuci bersih tadi, digaul dengan halia dan bawang putih tumbuk, diamkan selama 20 minit lagi. Didihkan air, kemudian celur hati lembu selama 30 saat, tos dan ketepikan. Jangan celur lama sangat nanti keras.
  2. Panaskan minyak dalam kuali, tumis serai dan bahan2 tumbuk halus hingga wangi dan naik minyak. Masukkan gula melaka, kiub daging lembu (hancurkan) dan kacau rata. Tambah hati lembu, kacau dan masak selama 3 - 4 minit dengan api besar. Masukkan hirisan bawang holland, cili merah dan cili hijau. Gaul hingga rata.
  3. Perasakan dengan garam secukupnya dan akhir sekali masukkan hirisan daun ketumbar dan daun bawang, kacau dan rasa, jika ok boleh matikan api. Hidangkan dengan nasi panas dan lauk2 lain. Selamat mencuba!

Post a Comment

2 Comments

  1. Dah cuba semasa buka puasa semalam. Saya tak pernah masak hati lembusebab baunya. Tapi permintaan dari suami dan time covid pulak. Alhamdulillah resepi ini memang sangat sedap dan hati tidak berbau. Terimakasih cik mat gebu.

    ReplyDelete

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.