RESIPI ACAR IKAN SENANGIN - Dapur Tanpa Sempadan...

Tuesday, October 2, 2018

RESIPI ACAR IKAN SENANGIN

rsz_is1
Assalammualaikum, salam semua. Hari ni che mat betul2 blurr dan buntu nak masak apa dengan ikan senangin. Dah biasa sangat kalau distim, goreng masak kicap, asam pedas, lemak cili padi, masak tauco, kari dan macam2 lagi lah. Tapi dekat FB tadi ada sorang ni kasi idea suruh macam cuka. Tapi che mat oter sikit, kita masak acar, err kurang lebih macam masak cuka juga lah, cuma bahan2 dan cara masak dia lain sikit. Ada timun dan lobak merah, che mat masukkan sekali. Resipi ni boleh dikira senang nak masak. Selain guna ikan, boleh juga guna telur burung puyuh. Kalau nak guna telur ayam, pilih saiz telur yang paling kecik. Sedap dimakan dengan nasi panas atau sebarang nasi berperisa. Kiranya kalau ada yang tak makan daging atau ayam, acar ni praktikal, sebab dah ada ikan dalam dia. Haa, tak makan ikan senangin? Takde masalah, guna ikan tenggiri, ikan bawal, ikan kembong pun boleh, toksahlah risau. Resipi che mat tuliskan kat bawah ni... Selamat mencuba!

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 ekor ikan senangin saiz sederhana, disiang, kerat 4 - 5 bahagian, cuci bersih dan toskan*
3/4 camca teh serbuk kunyit*
3/4 camca teh garam*(*disatukan, gaul rata dan perap sekejap)
1 batang timun, kerat 4, buang empulur dan potong seperti anak mancis
1 batang lobak merah saiz kecil, kerat 3 dan potong seperti anak mancis
1 biji cili merah, kerat 3, buang biji dan hiris memanjang
1 biji cili hijau, kerat 3, buang biji dan hiris memanjang
8 biji bawang merah kecil, belah 2 setiap 1
4 ulas bawang putih, belah 2 setiap 1
1 inci halia muda. dimayang halus
1 camca besar penuh sos cili
1 camca besar penuh sos tomato
2 camca besar penuh gula, atau secukup rasa
4 camca besar cuka makan Jalen
Garam secukup rasa
1/2 camca teh serbuk kunyit
Sedikit bijan, untuk hiasan (optional)

BAHAN-BAHAN KISAR HALUS :-)
10 tangkai cili kering, buang biji, cuci dan rendam dalam air panas selama 10 minit, toskan
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
3 biji buah keras, dihiris

BAHAN-BAHAN TUMIS:-)
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
2 biji buah pelaga
1 camca teh biji sawi

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ikan digoreng hingga garing, angkat dan toskan. Keluarkan minyak dan tinggalkan kurang lebih 4 camca besar. Masukkan bahan2 tumis dan halia, masak hingga harum, masukkan pula bahan2 kisar halus, serbuk kunyit, sos cili dan sos tomato. Kacau dan masak hingga garing dan naik minyak, guna api kecil dan kacau sentiasa. Masukkan gula, dan cuka makan. Kacau dan masak hingga pekat.
  2. Masukkan bawang merah, bawang putih dan lobak merah. Kacau rata, biarkan masak sekejap. Perasakan dengan garam secukupnya. Masukkan ikan senangin yang digoreng tadi, kacau rata, Tambah timun, cili merah dan cili hijau. Gaul rata dan masak sekejap. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Tabur sedikit bijan sebelum dihidangkan..

1 comment:

nila anggraini said...

macam sedap je ikan ni, terbayang makan dengan nasi putih panas...fuhhh meletops.

Peringatan

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.