RESIPI AYAM RICA-RICA - Dapur Tanpa Sempadan...

Wednesday, August 29, 2018

RESIPI AYAM RICA-RICA

rsz_arrin
Assalammualaikum, salam sejahtera buat semua pengunjung blog tiffin biru. Minta maaf jika sekarang ni amat kurang dah che mat kemas kini blog. Bukan apa, bila masak menu yang sama, rasa macam tak berbaloi pulak taruk kat blog. Jadi sekarang ni kalau che mat masak menu yang jarang atau pertama kali cuba, baru kita kongsikan di sini. Tapi kalau di Instagram che mat di sini, ada juga resipi2 yang dikongsikan termasuk sedikit video masak2. Hari ni kita cuba masak satu menu dari tanah seberang, dari Indonesia. Resipi diberi nama ayam rica-rica, dan cukup kena dengan citarasa tekak che mat. Resipi asal mereka gunakan seekor ayam, tapi che mat guna 5 kepak ayam saiz besar yang setiap satu, dikerat 2, jadi dapat 10 bahagian. Boleh juga guna peha ayam. Kebiasaannya, dalam masakan Indonesia, daun jeruk (daun limau purut), serai, kemiri (buah keras) dan daun selasih antara bahan2 penting. Seperti resipi ayam rica-rica ni, bahan2 tadi harus anda untuk mendapat rasanya yang asli. Meh che mat kongsikan resipinya di bawah ini, jangan lupa mencuba...

BAHAN-BAHANNYA :-)
5 keping kepak ayam saiz besar, dikerat 2 setiap 1, cuci dan toskan*
1 camca teh serbuk kunyit*
3/4 camca teh garam*
1/2 biji limau nipis, perah jusnya*(*disatukan, gaul rata dan perap 20 minit)
1 helai daun pandan, disimpul
3 helai daun limau purut, dikoyakkan
1 genggam daun selasih
1 batang serai, dititik
1/2 biji limau nipis, diperah jusnya
Garam dan gula secukup rasa
Air secukupnya

BAHAN-BAHAN KISAR HALUS :-)
5 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1/2 inci lengkuas
4 biji buah keras, hiris
1 inci kunyit hidup
3 tangkai cili merah
10 tangkai cili padi merah

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ayam yang diperap tadi, digoreng hingga masak tapi jangan sampai garing, angkat dan toskan. Keluarkan minyak dari kuali dan tinggalkan anggaran 1/4 cawan. Tumis serai dan daun pandan, masukkan bahan2 kisar halus, masak hingga naik minyak, gunakan api sederhana dan kacau sentiasa.
  2. Masukkan ayam dan gaul rata. Tuang air hingga ayam tenggelam. Kacau perlahan dan bila mendidih, boleh tambah daun limau purut. Masak hingga kuah pekat sedikit. Perasakan dengan garam secukupnya dan sedikit gula. 
  3. Akhir sekali masukkan jus limau nipis dan daun selasih. Kacau rata dan masak sekejap. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan menu ayam rica-rica dengan nasi panas, sambal dan ulam-ulaman, selamat mencuba!

No comments:

Peringatan

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.