RESIPI ASAM PEDAS DAGING TETEL

image-2018-05-04
Assalammualikum, salam Jumaat semua. Hari ni che mat masak asam pedas daging tetel, style orang Melaka. Banyak beza asam pedas daging tetel ni dengan asam pedas biasa. Bahan-bahan boleh dikatakan meriah terutama penggunaan rempah ratusnya. Resipi che mat dapat dari FB Kak Ida Kitchen yang memang pakar memasak dan yang paling penting Kak Ida ni ori orang Melaka. Menurut kak ida, selain penggunaan daging, boleh juga dicampur dengan paru, limpa dan hati dalam resipi asam pedas ini. Che mat guna daging tetel dalam sekati ( kurang lebih 600 gram). Resipi kat FB kak ida takde tulis sukatan, jadi kena pandai2 budgetlah yea. Sedap ke asam pedas daging tetel ni? Pada che mat, ia amat sedap dan yang utama bila kau sebut asam pedas, rasa masam dan pedas dia mesti nak terasa atau kata orang, seimbang, barulah air liur boleh meleleh. Terima kasih sekali lagi pada kak ida sudi berkongsi resipi dan minta izin che mat kongsikan pula di blog. Oh yea, amacam rupa blog che mat yang baru ni, ok ke tak?.... Jomm kita semak resipi dan kalau ada masa, boleh lah mencuba..

BAHAN-BAHANNYA :-)
600 gram daging tetel (atau daging lembu biasa)*
1 inci halia, hiris*
4 ulas bawang putih, diketuk*
1 camca teh garam*
1/2 cawan jus asam jawa, atau secukupnya
1+ cawan cili kisar
2 biji tomato, dibelah 4 setiap sebiji
3 biji cili hijau, hiris serong
1 camca teh lada hitam, ditumbuk halus
4 helai daun limau purut
2 batang serai, diketuk
1/2 camca teh halba
Garam dan gula secukup rasa
Air secukupnya (che mat guna air rebusan daging tetel)

BAHAN-BAHAN KISAR HALUS :-)
7 biji bawang merah kecil (resipi asal guna bawang besar)
3 ulas bawang putih
1 inci kuyit hidup
1 inci halia
1/2 inci lengkuas
1 1/2 camca teh ketumbar biji
1/2 camca teh jinta manis

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Daging tetel dicuci, kalau besar, potong pada saiz sederhana, kemudian rebus dengan bahan-bahan bertanda (*), hingga daging tetel lembut. Kalau guna periuk tekanan atau pressure cooker, rebus 15 - 20 minit daging tetel dah empuk. Asingkan tetel dan air rebusannya.
  2. Panaskan minyak dalam periuk (anggaran 1/4+ cawan), tumis halba dan serai yang dititik hingga harum, masukka bahan2 kisar halus dan masak hingga wangi. Tambah cili kisar, kacau rata dan masak hingga cili garing dan naik minyak. Gunakan api sederhana dan kacau sentiasa.
  3. Masukkan daging dan lada hitam, kacau rata dan masak sekejap. Tuang air secukupnya (che mat guna air rebusan daging dalam 4 cawan dan tambah air masak secukupnya). Biarkan mendidih dan masukkan jus asam jawa secukup rasa, kacau rata dan tambah daun limau purut. Perasakan dengan garam secukupnya dan sedikit gula. Biarkan menggelegak.
  4. Akhir sekali masukkan tomato dan cili hijau, kacau perlahan dan masak dengan api sederhana. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan asam pedas daging tetel dengan nasi panas, telur dadar dan ulam-ulaman, selamat mencuba!!



Post a Comment

3 Comments

  1. Nak cari tetel nak cari tetal..
    Sedap oii Mat..esok cecah lempeng ...

    ReplyDelete
  2. Salam...Che Mat dah update blog ya. cantik

    ReplyDelete
  3. alhamdulillah dah cantik bloggg!!!
    skrg lg fresh

    ReplyDelete

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.