BEN ASHAARI

Friday, January 27, 2017

RESIPI VADEY @ MASALODEH

rsz_vadeyy
Assalammualaikum, salam semua. Pheww, punya lah sibuk hari ni, macam nak sambut tahun baru cina pulak dah. Tapi dalam sibuk2 tu sempat juga bikin vadey atau masalodeh. Ceritanya bermula 2 hari lepas kalau tak silap che mat, masa tu dah tengah2 malam, boleh mengidam nak makan vadey, dasat betul, dah macam pembawak budak pun yea juga. Jadi malam tu juga bangun, rendam kacang dhal. Perancangannya nak buat esok pagi. Tapi bila dah pagi, ada hal lain yang tak dapat dielakkan. Maka kacang dhal tadi, kenalah simpan dalam peti sejuk, che mat toskan dulu. Pagi tadi, sambung rendam. Memang che mat rendam lama, sebab nak kasi kacang tu lembut sikit, faham2 ajerlah pakcik ni kan tiang pagar dah lohey, tak berapa nak kuat, bila makan yang keras2 tu agak masalah sikit. Jadi vadey kali ini kena bikin yang halus dan lembut, senang cerita, yang mesra di gusi. Che mat gunakan kurang lebih 300 gram kacang dhal, dan dapat dalam kurang lebih 20+ biji (ikut besar mana anda buat). Dan rezeki sedara che mat juga, kebetulan petang tadi dia datang berziarah, maka kita jamulah dengan kopi O dan vadey mesra di gusi...Resipi memang mudah, meh che mat kongsikan...

BAHAN - BAHANNYA :-)
300 gram kacang dhal, cuci dan rendam 5 - 6 jam
1 biji bawang besar, cincang halus
1 camca teh jintan manis
1 camca teh jintan putih
2 tangkai daun kari, dilurut
2 tangkai cili kering, cuci, lap kering dan hiris halus dan buang bijinya
1 biji cili hijau, hiris halus
1/2 camca teh gula (optional)
Garam secukup rasa

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Toskan kacang dhal, masukkan ke dalam mesin pengisar makanan atau food processor. Kisar hingga separuh hancur. Masukkan gula, garam (anggaran 1 camca teh), daun kari, jintan manis dan jintan putih. Kisar lagi hingga kacang dhal halus dan sebati dengan bahan2 lain. Matikan food processor dan alihkan ke dalam mangkuk.
  2. Masukkan bawang besar, hirisan cili hijau dan hirisan cili kering. Gaul rata menggunakan senduk. Rasa dan jika kurang masin, tambah sedikit lagi garam. Sediakan dulang yang dialas dengan plastik bersih. Ambil 1 camca besar adunan (atau secukupnya), bulat2kan dengan tangan dan leperkan sedikit seperti membuat begedil. Susun dalam dulang beralas plastik tadi. Buat hingga siap.
  3. Panaskan minyak untuk goreng terendam. Perlahan2 ambil sekeping vadey yang siap dibentuk tadi dan masukkan ke dalam minyak panas, berhati2 agar vadey tidak hancur. Goreng untuk 5 - 6 keping sekali goreng. Biar sekejap hingga kekuningan, baru dibalikkan. Masak hingga kuning keemasan, balik2kan agar masak sekata. Angkat dan toskan minyaknya. Buat hingga selesai dan boleh hidangkan. Selamat mencuba!

5 comments:

Nadia Nurul said...

sedapnya masalodeh ni..

AJIM said...

Ya Allah mengidam lak rasanya nak makan vadey ni! biasa kat kafe tempat kerja selalu jual benda ni. now dah tak de. sobss

Ajim singgah sini!

Nina Mirza said...

Huishh.... sedap ni makan panas-panas!

Nina Mirza said...

Huishh.... sedap ni makan panas-panas!

Cik Za said...

Masuk blog che mat memang best semua pasal resepi..
Cikza memang silent reader nak terjah resepi..

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.