RESIPI KUIH LAPIS TRADISIONAL

rsz_klt
Assalammualaikum, salam semua. Lama betul tak melapis, errr..melapis kat sini bukan bikin kek lapis, tapi kuih tradisional, kuih lapis. Sebenarnya kalau kita lihat, kuih lapis telah mengalami olahan yang amat ketara. Orang peranakan Nyonya punya resipi tersendiri mereka dalam menghasilkan kuih lapis yang lembut dan liut. Begitu juga orang Melayu, ada pelbagai versi. Menggunakan tepung gandum, tepung beras dan ada juga yang suka mencampurkan tepung2 tadi dan ditambah sedikit tepung ubi sebagai pemangkin kuih lapis agar lembut dan kenyal. Resipi kali ini agak ringkas dan che mat tak ingat dari mana sumbernya. Sebab dah salin lama, lepas tu aku selit celah laci dapur. Kertas dia pun dah berpeta, ala2 peta harta karun. Tapi yang pasti ia menjadi dan bahan2nya cukup senang dan ringkas.

rsz_klt1
Sebabkan keluarga che mat tak ramai, maka kuih lapis ini dibuat dalam loyang bersaiz 8 inci x 4 inci x 3 inci. Dan ada dua cara membuatnya. Pertama kalau suka, kita boleh masak dulu santan, gula dan daun pandan hingga gula larut, sejukkan dan tapis. Kaedah kedua, kita boleh sekalikan semua bahan dan kacau rata dan tapis, tapi yang ni tak guna daun pandan. Untuk warna merah che mat hanya guna sirap rose cap 'double lion' dan untuk kepala dia tambah beberapa titik pewarna oren. Satu lagi kuih biar betul2 sejuk sebelum dipotong menggunakan pisau plastik yang disapu sedikit minyak makan. Kuih ini akan ada tujuh lapisan berselang seli merah dan putih. Kalau teringin nak mencuba, resipi seperti berikut...

BAHAN - BAHANNYA :-)
2 cawan santan segar
1 cawan tepung gandum
1 camca besar tepung ubi
1/2 cawan gula pasir (resipi asal 3/4 cawan, dan anda boleh tambah jika suka)
Secubit garam
1 helai daun pandan disimpul
1 camca teh sirap rose 'double lion'
Beberapa titik pewarna oren
Sedikit air

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Satukan santan, gula pasir dan daun pandan dalam periuk kecil. Masak dengan api kecil hingga gula larut, matikan api (tak perlu sampai mendidih, asal gula larut sudah cukup). Sejukkan dan tapis, asingkan daun pandan tadi. Ketepikan.
  2. Masukkan tepung gandum, tepung ubi dan secubit garam ke dalam mangkuk. Gaul rata dan tuang santan sedikit demi sedikit hingga habis sambil dikacau hingga mendapat bancuhan yang licin dan tak berbintil2. Tapis dan sukat adunan, pastikan anda dapat 700 ml, jika kurang tambah sedikit air hingga mendapat sukatan 700 ml. Ketepikan.
  3. Bahagikan adunan tadi kepada dua bahagian. Satu bahagian = 300 ml dan satu bahagian 400 ml. Masukkan sirap rose ke dalam bahagian 400 ml dan kacau rata. Ketepikan.
  4. Panaskan kukus. Lenser tin berukuran 8 inci x 4 inci x 3 inci dengan sedikit minyak masak. Alas dengan plastik bersih dan sapukan sedikit minyak masak pada permukaan plastik tadi. Panaskan tin dalam kukus selama 5 minit.
  5. Tuang 100 ml bancuhan bewarna merah, tutup permukaan tin dengan aluminium foil dan kukus selama 5 minit atau hingga permukaannya pucat. Kemudian tuang pula 100 ml bancuhan putih. Lakukan proses ini berselang seli dan pastikan anda kacau dulu adunan sebelum menuang ke dalam tin tadi.
  6. Untuk lapisan terakhir (warna merah), masukkan beberapa titik pewarna oren dan kacau rata. Tuang dalam tin, tutup permukaannya dan sambung kukus selama 20 minit, atau hingga masak. Biarkan sekejap tin dalam kukus tanpa penutup selamat 10 minit (api dimatikan). Keluar dari kukus dan biar sejuk sebelum dikeluarkan dari tin. Potong kuih bila betul2 sejuk, gunakan pisau plastik yang dioles sedikit minyak masak dan pastikan pisau dilap bersih selepas setiap potongan...Selamat mencuba!!😏

Post a Comment

3 Comments

  1. Assalam..
    Tgk resepi senang jee tu, nanti nak try la buat gak..
    Dah ada kukus beso ni, semangat sikit heheheh

    ReplyDelete
  2. oh, patutlah cantik sgt kaler merah (kepala kuih tu). Akak baru nak tanya.. mana dapat warna merah yg betul sebab selalu kalau kita letak pewarna merah ia jadi seakan merah jambu.

    ReplyDelete

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.