BEN ASHAARI

Monday, January 30, 2017

RESIPI KEK MARBLE @ KEK MARMAR

rsz_kmlg
Assalammualaikum, salam semua. Hari ni che mat nak kongsikan satu resipi kek marble atau kek marmar yang boleh dikatakan agak mudah dibuat. Rasa yang cukup sedap, wangi dan lembut. Berturut2 che mat bakar kek, semalam buat untuk meraikan kunjungan Sue Joshua sekeluarga dan anak buah dia. Hari ni che mat bakar lagi sebiji, kali ini merai Kak E, kenalan lama geng masak2 sejak era My Resipi lagi. Alhamdulillah kami masih berhubung seperti dulu. Kak E sebelum ini menetap di England agak lama juga, bila dia sekeluarga pulang ke Malaysia, mereka sempat luangkan masa singgah ke pondok che mat. Moga ukwah berpanjangan...in sha Allah..

rsz_kmlg1
Bercerita pasal kek marble, kali ini teknik membuatnya seperti kita mengadun kuih baulu atau sponge cake. Hasilnya, cukup lembut dan mantap. Resipi che mat dapat dari IG. Disebabkan bahan2nya agak simple, tu yang rasa rajin nak buat. Kek akan naik tinggi bila dibakar, tetapi bila masak ia akan turun sedikit. Untuk resipi ini, che mat gunakan tin kek berukuran 8 inci x 8 inci x 3 inci, sebelum ni che mat bakar dalam bunt-pan. Kalau guna bunt-pan atau acuan belubang tengah, pastikan acuan dilanser dengan mentega rata2, kemudian tabur sedikit tepung hingga rata dan ketuk keluar lebihan tepung tadi. Tujuan untuk memudahlan kek keluar dari acuan bila telah masak. Satu lagi, nak dapat kek yang sedap dan wangi, kalau boleh guna mentega berkualiti tinggi seperti anchor, scs, golden churn dan sebagainya....Resipi seperti berikut..

BAHAN - BAHANNYA :-)
200 gram mentega berkualiti tinggi, dicairkan dan biar sejuk
180 gram gula pasir (resipi asal guna 200 gram)
200 gram tepung gandum*
1 camca teh rata baking powder*
1 camca besar penuh susu tepung*(*disatukan dan ayak)
5 biji telur gred A
2 kuning telur gred A
1 camca teh esen vanilla
1 camca teh perisa mocha
1 camca besar penuh serbuk koko, diayak

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan oven pada suhu 175C, lenser tin berukuran 8 inci x 8 inci x 3 inci dengan mentega. Alas dasar tin dengan kertas minyak dan lanser juga kertas tadi dengan mentega. Ketepikan. Masukkan telur, kuning telur dan gula pasir ke dalam mangkuk pengadun. Kacau rata dan putar dengan kelajuan tinggi selama 10 minit hingga adunan kembang seperti adunan kuih baulu. 
  2. Masukkan tepung secara bertahap, buat 3 bahagian. Masukkan 1 bahagian, kacau perlahan menggunakan spatula hingga rata, kemudian tambah satu bahagian lagi, kacau rata dan seterusnya. Pastikan dikacau perlahan untuk mengelakkan adunan kehilangan udara.
  3. Masukkan esen vanilla ke dalam mentega cair, kacau rata. Ambil lebih kurang 2 cawan bancuhan kek dari no. 2 dan masukkan ke dalam mentega cair tadi, kacau rata dengan whisk. Kemudian masukkan bancuhan tadi ke dalam mangkuk berisi adunan kek, gaul perlahan dengan spatula hingga rata dan sebati.
  4. Ambil 1/3 bahagian adunan kek, masukkan perisa mocha dan serbuk koko yang telah diayak tadi. Kacau hingga rata. Sendukkan 1/2 bahagian adunan kosong ke dalam tin kek. Kemudian sudukan beberapa bahagian adunan koko di atasnya, tutup dengan baki adunan kosong dan sudukan baki adunan koko. Menggunakan chop stick atau pisau, lorekkan untuk membentuk corak marble. Bakar selama 50 minit atau hingga masak. Sejukkan kek 5 minit sebelum dikeluarkan dari tin. Biarkan kek sejuk atas jaringan sebelum dipotong dan dihidangkan. Selamat mencuba!!.

4 comments:

1001petua.com said...

p/s : hi.. sy dtg untuk blogwalking n sy dh follow blog awk ni.. :D lau sudi.. silalah follow balik blog sy ye..nk minx tolong sikit boleh? Boleh tlg check x sama ada blog bru sy ni www.1001petua.com berat atau ringan ye.. Mksud sy.. cpat atau lmbt loading.. tq..

Nina Mirza said...

Cantik kejadian nya.. Nampak terlajak gebus tuu che Mat
Save bookmark!

Cukai Pendapatan said...

sangat menarik untuk dicuba!

Cukai Pendapatan said...

sangat menarik untuk dicuba!

http://kiracukaipendapatan.blogspot.my/2016/12/dah-buka-fail-cukai-pendapatan.html

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.