BEN ASHAARI

Thursday, January 19, 2017

RESIPI GULAI LEMAK UDANG SAMA TIMUN

rsz_uudang
Assalammualaikum. Lama che mat tak menggulai udang sama timun. Ini che mat masak semalam. Menu paling nostalgia dan amat memberi kesan mendalam, kerana ia juadah kegemaran arwah Bak semasa arwah sihat dulu (al-fatihah Bak 😭). Masakan sebegini boleh dikatakan popular di negeri Johor. Biasanya kita akan gunakan timun tua (yang ada jual dipasar2raya, timun yang kulitnya warna coklat keperangan). Tapi sebab takde, che mat belasah guna timun biasa, dalam dua biji. Udang harimau pulak belen masak tu hari, berbaki dalam lima ekor. saiz dia boleh tahan besar. Kalau tak suka atau kurang minat dengan timun, boleh ganti dengan nanas, tak pun taruk kacang panjang boleh, pucuk ubi boleh, belimbing buluh pun boleh, takde masalah. Gulai lemak macam ni kalau udang semata2, che mat rasa kurang menarik sikit lah, kalau ada campuran sedikit sayur2ran, baru lah menarik dan lebih sedap....Resipi mudah sangat untuk disedia, meh che mat kongsikan...

BAHAN - BAHANNYA :-)
5 - 6 ekor udang harimau bersaiz besar
2 biji timun (@ 1 biji timun tua)
1 helai daun kunyit, disiat
2 batang serai, diketuk
1 keping asam gelugor
1 liter santan cair
400 ml pati santan
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN - BAHAN KISAR HALUS :-)
1 biji bawang besar
5 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 biji cili merah
20 biji cili padi merah atau hijau
1 inci kunyit hidup
Secubit belacan (optional)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Udang dibersihkan, gunting muncung tajamnya dan  buang kekotoran dibahagian kepala udang, cuci bersih dan toskan. Timun dikupas kulit, potong tiga dan belah empat setiap satu. Buang empulurnya, cuci dan toskan. Ketepikan.
  2. Masukkan bahan2 kisar halus ke dalam periuk bersama serai titik, asam gelugor dan santan cair. Kacau dan masak hingga mendidih. Masukkan udang dan masak hingga udang berubah warna. Tambah timun dan biarkan menggelegak.
  3. Tuang pati santan dan perasakan dengan garam secukupnya dan sedikit gula. Masak dengan api sederhana dan kacau sentiasa. Akhir sekali masukkan daun kunyit dan masak hingga timun lembut. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi putih, sambal belacan dan ikan goreng @ ikan masin...Selamat mencuba!!

No comments:

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.