JERUK KULIT CEMPEDAK @ MANDAI

rsz_man
Assalammualaikum, salam semua. Hari ni che mat masak menu yang agak 'rare', dan tak semua orang tau atau kenal terutama mereka yang muda belia. Dulu che mat sendiri agak pelik, kenapa nama dia 'mandai' pada hal ia hanya kulit cempedak yang dijeruk sama air masak dan garam. Sampai sekarang ni masih tak tau maksud mandai tu apa, mungkin orang2 Banjar boleh tolong huraikan kemisterian 'mandai' ini. Kenapa pulak orang Banjar?...Kerana mandai dikatakan makanan tradisi orang2 Banjar. Tapikan, nak cerita sikit, arwah Bak che mat dulu pernah beritahu, arwah mak Bak (nenek che mat sebelah Bak), selalu jeruk kulit cempedak. Dan kalau masak gulai atau asam pedas, dia akan masukkan jeruk kulit cempedak, sama macam kita guna sawi jeruk (pada hal mereka bukan orang Banjar). Masa tu che mat tak tau yang jeruk kulit cempedak orang panggil Mandai...Yang aku tau 'Mandai' tu nama satu tempat  di Singapura, selain 'memandai-mandai'... 😁

mandai
Dari apa yang che mat diberitahu, kulit cempedak yang bagus untuk dijeruk, ialah yang bahagian dalamnya banyak jerami. Tapi cempedek yang che mat dapat, kulit dia agak nipis dan tak punya banyak sangat jerami. Itu tak jadi masalah, cuma kalau boleh, guna buah cempedak yang punya kulit tebal sedikit, ini kerana kita perlu membuang bahagian kulit luarnya hingga habis dan tinggal yang putih sahaja. Proses menjeruk amat senang, yang tu che mat kongsikan di bawah nanti.. Cara memasak ada pelbagai cara, tapi kali ni che mat kongsikan cara memasak mandai yang paling ringkas dan mudah...Jommm kita mulakan 😉...

BAHAN - BAHANNYA :-)
1 cawan mandai @ jeruk kulit cempedak yang dihiris nipis
1 biji bawang besar, hiris
2 ulas bawang putih, hiris
1 biji cili hijau. hiris
1 biji cilimerah, hiris
10 biji cili padi hijau, hiris (optinal)
1 camca teh gula
1 genggam ikan bilis, dibersihkan dan rendam sekejap
Garam jika perlu

BAHAN - BAHAN MENJERUK MANDAI :-)
1 biji cempedak bersaiz sederhana
Air masak secukupnya (boleh guna air mineral)
4 - 5 camca besar penuh garam kasar
Bekas atau botol bersih, untuk menjeruk mandai

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. UNTUK MENJERUK MANDAI :- Cempedak dibelah, keluarkan isinya. Kemudian cempedak tadi dikupas kulit luarnya hingga tinggal bahagian putih. Potong kiub (sebenar 2 1/2 jari), cuci dan toskan. Gaulkan dengan garam kasar hingga rata. Masukkan kulit cempedak yang telah bergaul dengan garam tadi ke dalam bekas atau botol bersih. Tuang air masak atau air mineral hingga kulit cempedak tenggelam. Letak ditempah yang terlindung dari cahaya matahari dan biarkan seminggu.
  2. UNTUK MENYEDIAKAN MANDAI :- Keluarkan secukupnya kulit cempedak @ mandai jeruk tadi, cuci bawah air paip dan perah airnya. Hiris nipis dan ketepikan. Ikan bilis ditoskan dan goreng hingga garing, ketepikan. Tinggalkan kurang lebih 4 camca besar minyak. Tumis bawang besar dan bawang putih hingga layu. Masukkan hirisan cili merah, cili hijau dan cili padi (jika guna), kacau rata dan masak sekejap.
  3. Tambah mandai yang dihiris tadi, gaul rata dan masukkan gula dan ikan bilis goreng. Kacau dan masak sekejap hingga kering. Rasa dan jika perlu baru ditambah sedikit garam. Angkat dan boleh hidangkan dengan nasi panas dan lauk2 lain. Selamat mencuba!!
CATATAN MAT GEBU :- Kulit cempedak harus terendam dalam air sepenuhnya. Jika botol atau bekas yang anda guna besar. Sediakan plastik bersih yang tidak bocor. Isikan air hingga 1/2 penuh dan ikat plastik tadi, pastikan tiada ruang udara dalamnya (jangan ikat seperti belon). Kemudian taruk perlahan2 atas jeruk tadi dan ini akan memastikan kulit cempedak tenggelam. Dan masa memasak che mat tak tambah garam, kerana mandai tu dah cukup terasa masinnya..

Post a Comment

7 Comments

  1. macam sedap je...boleh la rietta cuba buat mandai nanti....kalau pun xpndai....hehehe....

    ReplyDelete
  2. Akak pun ada buat mandai hari tu. dah lama... tapi belum pos lagi ke blog. risau pulak kot kena komen dengan org Banjar kot2 mandai akak tak jadi... hahaha.. tapi serius.. sedap & berselera dpt makan mandai ni kan... akak pun baru first time buat masa tu.. nnt ada pos plak ehh.. konfiden sikit nak pos lepas chemat dah buat entry ni... hehe...

    ReplyDelete
  3. Assalam Mat..

    Mat, simpan sikit, nnti aku dtg aku nak rasa hehehe

    ReplyDelete
  4. Nampak sedap je che mat.. Nanti nak try lah..mesti ummph pekena nasi panas ni. Tq resipi

    ReplyDelete
  5. Mandai ni kalau makin lama dijeruk makin sedap dan rangup bila dibgoreng.
    Kalau baru dijeruk isinya keras.

    ReplyDelete
  6. Tumpang tny, brape lama proses menjeruk mandai ni utk kita noleh makan? Peram dlm peti sejuk atau luar peti sejuk?

    ReplyDelete

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.