GENAP SEMINGGU BAK PERGI, AL - FATIHAH

Assalammualaikum, salam Jumaat yang mulia. Hari ini seminggu lepas che mat berada dalam keadaan amat sedih teramat sangat, malah semasa menulis entri ini air mata tetap bertakung. Bak che mat Hj Ibrahim Bin Rajiman telah pergi selama2nya. Allah ketika itu semangat che mat seperti diragut, jiwa kosong sebentar, bingung dan rasa tak percaya Bak telah pergi, Namun janji Allah itu pasti, tidak awal atau lewat seminit pun. Apa2 pun syukur alhamdulillah, Allah perancang maha sempurna, dijemputnya Bak pulang pada hari mulia, Jumaat 8 Julai 2016 (bersamaan 3 Syawal 1437 Hijrah ). Dan diberi peluang pada kami memohon ampon dan maaf di pagi Syawal itu. Walaupun masa Bak macam kurang sedar, tapi Bak mengerti dan air mata Bak meleleh, paling sedih ketika itu dah tentu bonda che mat. Kata bonda lebih 50 tahun dia telah hidup bersama tanpa berenggang. Begitulah aturan Allah, dalam kegembiraan diuji kita dengan kedukaan. Namun sebagai Muslim, kita kena redha dengan ketentuan Allah dan terima dengan berlapang dada....

Bak sakit tak lama kurang lebih 1 bulan 15 hari saja. Asalnya Bak terjatuh di bilik air ketika nak wudhu solat maghrib. Bak takde sakit yang serius, kencing manis, darah tinggi semua takde, cuma Bak ada sakit gaout yang dialami sejak 4 - 5 tahun lepas. Semasa di bawa ke Hospital, disahkan buah pinggang Bak kurang elok ekoran uric acid yang amat tinggi (gambar terakhir yang sempat che mat ambik ketika Bak di Hospital). Di sebabkan tiada sakit lain, kami bawa Bak pulang ke rumah. Disebabkan gaout Bak agak seirus, che mat rasa amat sedih, nak2 ketika menukar lampin pakai buang, dia akan menjerit (sendi2 Bak bengkak dan panas)...huhu, sampai sekarang ni masih terdengar2 walaupun Bak tiada. Tapi kuasa Allah, hari demi hari gaout Bak makin ok, bengkak makin kurang tapi masih sakit. Di saat2 akhir Bak kurang mengadu sakit ketika che mat tukarkan lampin pakai buang. 

Hari2 terakhir Bak, Allah jemput pulang dengan tenang, di pagi Jumaat, cuaca redup berangin dan hujan renyai2, kurang lebih jam 10 pagi, che mat masuk nak tukarkan lampin pakai buang Bak, che mat lihat Bak tarik nafas sekali dan menghembus dengan perlahan. Che mat pegang wajah Bak, dia senyap. Che mat sentuh tangan Bak, dia senyap (selalu Bak akan jerit sebab tangan sakit). Che mat mula panik, degupan jantung mula kencang, air mata mula bertakung, jiwa bergetar. Che mat panggil bonda dan panggil abang long che mat. Dan seperti dijangka Bak telah pergi selama2nya. Innalillah Hiwainailah Hirojiun...maka hilanglah insan keramat yang berada disisi che mat selama 40 tahun. Hilanglah doa barakah seorang insan mulia yang che mat panggil Bak, buat selama2nya..

Al-fatihah Bak - Hj Ibrahim Bin Rajiman. Moga Bak tenang di sana. Ya Allah kau ampunkan segala dosa2 Bak, tempatkan Bak di kalangan hamba2 mu yang soleh dan masukkan Bak ke syura  mu ya Rabb...... Dalam setiap gerak nadi kita, wajah Bak tak pernah hilang, dalam hela nafas kita, bau Bak tetap ada, dalam setiap kelip mata kita Bak sentiada ada di sisi, sehingga Allah menjemput kita satu hari nanti. Moga kita dapat berjumpa di sana nanti yea...

CATATAN MAT GEBU :- Dalam kesempatan ini che mat ingin mengucapkan jutaan terima kasih pada teman2 Blog, FB dan IG yang memberi ucapan Takziah dan mendoakan arwah Bak che mat sama ada di FB, IG dan Wassap. Tak lupa pada Sis Linn sekeluarga, Sue Suraya sekeluarga, Kak Ct Delima sekeluarga, En. Azman  (Kasawari) dan seluruh saudara mara dan kenalan yang sudi datang menziarah arwah Bak tempoh hari....Terima kasih sekali lagi yea....

Post a Comment

36 Comments

  1. Moga Che Mat & Bonda tabah selalu.. "Ya Allah kau ampunkan segala dosa2 Bak, tempatkan Bak di kalangan hamba2mu yang soleh dan masukkan Bak ke syuramu ya Rabb" - YB Shehan

    ReplyDelete
  2. Al fatihah. Semuga keluarga Che Mat kuat dan tabah menghadapi dugaan ini. Semuga Allah ampunkan dosa aruah. Aamin

    ReplyDelete
  3. salam takziah buat che mat sekeluarga.. semoga bak ditempatkan diklgn org2 yg beriman. Al-fatihah.

    ReplyDelete
  4. Che Mat, takziah pada che mat dan seluruh keluarga dan semoga roh Bak dicucuri rahmat dan ditempatkan dilkalangan orang2 beriman...amin..

    ReplyDelete
  5. Innalillahi wainnailaihirojiuun...
    Begitulah CM. Allah sudah berfirman "Kullunafsin zaiqotulmaut" setiap yg bernyawa pasti akan menemui mati. Masa Bak sudah tiba kita entah bila. Moga Bak ditempatkan bersama kalangan para syuhada..

    Khususon ila ruhi almarhum Hj Ibrahim bin Rajiman al-fatihah...

    ReplyDelete
  6. @ YBShehan - aminn...terima kasih yea

    ReplyDelete
  7. Innalilah ..
    Mengalir airmata ketika aku membacanya Mat . Bak dh mcm aku anggap keluarga aku, jd aku rasa jg kehilangannya. Dan jg aku faham perasan yg kau hadapi, bkn mudah nk ubat sakit rindu bila sesaorg pergi tgglkn kita, lbh² lg org tu yg pling kita cintai .
    Kau bykkn sabar dn istighfar yer Mat.
    InsyaAllah Bak memunggu kau di sana Mat .

    *bole smlm sedih bgl aku nk mkn rempeyek teringat Bak .. Huhuhu ����

    ReplyDelete
  8. Moga engkau terus kuat tempuh hari nendatang mat!

    -suejoshua-

    ReplyDelete
  9. Innalillahiwainnailaihirrojiunn... Salam takziah dari kak MaDiHaA buat mat sekeluarga di atas pemergian Bak. Semoga roh Bak dicucuri rahmat & ditempatkan bersama para solehin... amin..

    Pada mat.. moga tabah dengan ujian berat ini..

    ReplyDelete
  10. Takziah ya... moga roh Bak Che Mat berada di tempat terbaik di sisiNya.

    ReplyDelete
  11. Alfatihah..moga dtempatkan dikalangan org2 yg beriman..amin..takziah che mat..

    ReplyDelete
  12. Takziah...semoga roh Bak tenang dan ditempatkan dikalangan orang yg beriman.

    ReplyDelete
  13. Salam Takziah dari saya kepada Che ma sekeluarga...

    ReplyDelete
  14. salam takziah dari saya buat che mat sekeluarga
    semoga roh beliau ditempatkan dikalangan org yg beriman dan beramal soleh
    al-fatihah...

    ReplyDelete
  15. salam takziah CM dan family. Semoga arwah ditempatkan dikalangan insan yg beriman. Amin..

    ReplyDelete
  16. Takziah Che Mat.. Alfatihah.. semoga che mat sekeluarga tabah.. sedih sangat baca entry ni.. it touches my heart..

    ReplyDelete
  17. Al Fatihah...salam takziah che mat..moga diampunkan segala dosa arwah, dilapangkan kuburan, dijauhkan dari seksa azab kubur, ditempatkan di kalangan org yg beriman dan beramal soleh...

    ReplyDelete
  18. Al-fatihah buat ayahnda che mat dan salam takziah buat keluarga. sesungguhnya janji Allah itu pasti dan bak che mat insan terpilih disisinya dan pergi begitu tenang dan di hari yang penuh barakhah.. Semoga arwah tenang disana Amin..

    ReplyDelete
  19. Innalillahi wa inna ilaihi raji’un.. Allahummaghfirlahu warhamhu wa ‘afihi wa’fu’anhu Semoga Che Mat sekeluarga tabah. Saya boleh merasakan kesedihan dan kehilangan yang Che Mat alami.

    ReplyDelete
  20. Al Fatihah. Semoga Allah SWT mencucuri rohnya & menempatkannya di dalam syurga. Aamiinn.

    ReplyDelete
  21. Takziah Che Mat, moga beliau ditempatkan di kalangan para solihin.

    ReplyDelete
  22. Takziah che mat... terharu sungguh dengan keprihatinan che mat... che mat memang anak soleh... moga syurga lah ganjaran kalian..insyaAllah..

    ReplyDelete
  23. Innalillah...
    Alfatihah...
    Dah lama xblog walking, saya baru resign kerja, ingat nak continue blogging semula, hari ni datang disambut dengan berita yang mengejutkan ini. Semoga Bak Che Mat ditempatkan bersama2 orang yang beriman, dan bahagia & sejahtera di syurga Allah. Amiin yra..
    Diharap Che Mat & bonda tabah dan sabar menghadapinya.

    ReplyDelete
  24. إنا لله وإنا إليه راجعون..

    ReplyDelete
  25. Assalamualaikum Che Mat.
    Saya dah lama menjadi pengikut blog dan IG Che Mat. Ini pertama kali saya nak komen. Saya ucapkan Salam Takziah. Sebenarnya saya nak berkongsi pengalaman saya sendiri. Pada tahun 2010, bapa saya meninggal dunia pada 30 Ramadan. Sedang kita umat Islam tengah gembira sangat nak menyambut 1 Syawal pada keesokkan harinya, Allah telah menduga dan memberi ujian yang paling hebat pada saya dan keluarga. Sama juga macam bapa Che Mat, bapa saya cuma sakit (yang pada awalnya ingat demam) hanya lebih kurang satu minggu sebelum meninggal dunia.
    Di sini ingin saya katakan yang saya sangat-sangat memahami apa yang Che Mat rasa. Tahun ni dah masuk 8 tahun, tetapi ingatan dan rindu pada arwah bapa saya masih mendalam setiap hari. Semoga Che Mat bertabah ye. Al Fatihah.

    ReplyDelete
  26. Moga Bak tenang dan damai bertemu-Nya... kita akan menyusul jua, walau tak tahu bila, tapi janji Allah itu pasti. Innalillahiwainnailaihiraajiuunnn....

    ReplyDelete
  27. Salam takziah utk che mat dan keluarga. Semoga Allah melimpahi rahmat dan kasih sygNya buat arwah pakcik.

    ReplyDelete
  28. Salam takziah utk che mat dan keluarga. Semoga Allah melimpahi rahmat dan kasih sygNya buat arwah pakcik.

    ReplyDelete
  29. semoga pcm dan family kuat dengan ujian ini , dan semoga arwah bak tenang di sana bersama org2 yang beriman ..

    ReplyDelete
  30. salam takziah
    semoga rohnya dicucuri rahmat
    7 tahun lepas saya merasai apa yang chemat rasa

    ReplyDelete
  31. salam takziah..patutla CM da lama xupdate blog..huhu...

    ReplyDelete
  32. Saya mengambil kesempatan juga untuk mengucapkan Salam Tahziah. Semoga arwah berada dalam pemeliharaan-Nya.

    ReplyDelete
  33. Semoga arwah ditempatkan bersama kalangan hambaNya yg soleh, diampuni segala dosa.Che Mat kuatkan semangat ye..dan teruskan berkongsi di tiffinbiru.

    ReplyDelete

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.