BEN ASHAARI

Thursday, April 7, 2016

TERUNG SOS HOISIN

rsz_tsh
Assalammualaikum, salam semua. Entri hari ni amat mudah dan menjadi kegemaran che mat. Selain cepat dimasak, ia juga sedap dimakan bersama nasi panas yang dimasak lembut. Kebetulan pokok teruang yang bonda che mat tanam berbuah dalam 3 biji, tapi saiz dia takde lah besar mana. Dan dalam peti sejuk ada pulak sebiji lagi terung ungu, saiz agak besar. Kiranya kalau anda nak buat, boleh guna 2 biji terung saiz sederhana. Biasanya che mat masak kicap, tapi kali ni nak cuba guna sos hoisin tapi dalam masa sama, tambah juga sedikit kicap pekat untuk mendapat warna yang cantik. Kalau suka pedas, boleh tambah cili padi, ketuk2 dan campakkan dalam kuali. Soo hoon tu optional, kalau tak suka, tak payah taruk. Ok, jomm kta lihat resipi muda ini..

BAHAN - BAHANNYA :-)
2 biji terung ungu, saiz sederhana
1 biji bawang besar, hiris
2 ulas bawang putih, hiris
1 biji cili merah, hiris memanjang
1 biji cili hijau, hiris memanjang
1 keping fishcake, hiris (optional, che mat taruk sebab kebetulan dah ada)
1/2 cekak soo hoon, kerat pendek dan rendam
1 camca besar sos hoisin (jenama LIFE)
1 camca besar sos tiram
1 camca besar kicap pekat
1/3 cawan air
1/3 camca teh lada sulah
Hirisan daun bawang untuk hiasan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Cuci terung, kemudian hiris serong memanjang pada saiz sederhana tebal. Kemudian gaul dengan sedikit garam. Goreng terung dalam minyak panas hingga warna bertukar dan terung lembut sedikit. Angkat, toskan dan taruk atas tissue dapur dan biarkan minyak terserap. Kemudian susun dalam pinggan sesuai. Ketepikan.
  2. Dalam kuali yang sama, keluarkan minyak dan tinggalkan anggaran 3 camca besar. Tumis bawang besar, bawang putih, cili merah dan hijau hingga layu, Masukkan sos tiram, sos hoisin dan fishcake. Kacau rata dan masak sekejap.
  3. Tambah kicap pekat dan air, kacau dan bila mendidih, masukkan soo hoon (toskan airnya). Masukkan serbuk lada sulah, kacau rata dan masak sekejap dengan api kecil hingga soo hoon lembut. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Tuang atas terung yang telah disusun dalam pinggan tadi. Hias dengan hirisan daun bawang dan hidangkan segera bersama nasi panas..

2 comments:

PCL said...

Wahhh cik mat, saya terus teringin nak buat lagi guna sos hoisein ni.. dulu tahun lepas ada try menu mcm ni ..lazatt!!

Ummi Khalif said...

Nampak menyelerakan. Terima kasih share resipi. Nnt nak try. Jemput blogwalking d blog sy.

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.