BEN ASHAARI

Saturday, April 2, 2016

SELAMAT HARI LAHIR QHALIF IMAN

Anjakan masa begitu pantas. Empat tahun lalu, che mat cukup teruja menerima kehadiran seorang anak buah baru. Seawal usia dia telah menjejakkan diri ke Sedenak, terima kasih Ben dan Zila, sudi membawa bayi comel itu ke pondok saya. Bayi comel itu sudah semestinya anak pada Ben Ashaari dan Azila. Walaupun dunia blog yang menjadi asbab che mat bersahabat dengan mereka, tetapi keserasian menjadikan mereka sebahagian dari keluarga kami. Begitu juga Muhammad Qhalif Iman, seperti anak buah che mat sendiri.

Hari ini 2 hb April 2016, genap usia Qhaliff 4 tahun. Dari bayi comel,, sekarang sudah menjadi anak teruna kacak dan bijak. Dengan doa agar Qhalif menjadi insan yang berjaya dunia dan akhirat. Dipanjangkan usia, diberi kesihatan sempurna, dimurahkan rezeki dan dilimpahi rahmat Allah setiap masa. Jasa ibu ayah jangan sekali2 dilupakan, mereka berusaha sehabis baik untuk menjadikan mu insan yang berakhlak tinggi. Akhir kata dari paktua mat, selamat hari lahir anakanda Muhammad Qhaliff Iman Salbani...

No comments:

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.