RESIPI URAP PUCUK UBI

rsz_1upu
Assalammualaikum, salam Isnin. Lama juga che mat tak bikin urap pucuk ubi, disebabkan Bak berpantang makan benda2 laut seperti udang kering, ikan bilis, belacan dan sebagainya, urap kali ini memang khas untuk mereka yang tak boleh makan seafood disebabkan gaot. Selain makanan laut, beberapa jenis sayur juga tidak digalakkan makan seperti kacang panjang dan taugeh yang mana kedua2nya biasa che mat masukkan ke dalam urap. Jadinya urap kali ini kelihatan 'togel'. Takpe lah yang paling penting ia sedap ditekak dan tidak memudaratkan. Untuk rencah che mat guna ikan kembing rebus, tapi kalau takde, anda boleh guna ikan kembong biasa kemudian kukus atas bakar. Ambik isinya dan masukkan dalam urap. Che mat juga guna sedikit isi ikan masin tenggiri sebagai penyedap rasa, tapi yang ni anda tak taruk pun takpe, optional. Nak resipi? Anda boleh lihat dibawah ini..

BAHAN - BAHANNYA :-)
1 cekak pucuk ubi (kalau dapat pucuk ubi pulut, daun halus tu lagi sedap)
6 helai daun cekur
1 ekor saiz besar ikan kembong rebus @ ikan kembong segar
1 cawan kelapa parut putih
Garam dan gula secukup rasa
Sedikit hirisan cili padi merah untuk hiasan

BAHAN - BAHAN TUMBUK HALUS :-)
6 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
2 inci isi cekur
1/2 inci kunyit hidup
6 biji cili padi kampung warna hijau
1/2 inci isi ikan tenggiri jeruk, digoreng

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Pucuk ubi diasingkan dari tangkainya, cuci dan rebus dalam air mendidih yang dimasukkan sedikit garam dan sedikit minyak makan. Rebus hingga pucuk ubi lembut, toskan dan bilas bawah air paip. Perah, kemudian hiris halus. Ketepikan.
  2. Ikan kembong rebus dibersihkan, buang isi perutnya, cuci dan goreng sekejap. Sejukkan dan ambik isinya. Kemudian ditumbuk kasar. Ketepikan ( kalau guna ikan kembong segar, anda boleh bakar atau goreng tapi jangan sampai garing, nanti keras isinya, goreng embal2 sudah memadai).
  3. Gaulkan bahan2 tumbuk halus dengan kelapa parut. Masukkan isi ikan, perasakan dengan garam secukupnya (rasa dulu baru masukkan garam sebab dah ada isi ikan tenggiri masin) dan sedikit gula. Masukkan daun cekur dan pucuk ubi rebus yang dihiris tadi, gaul hingga semua rata. Kemudian sangai atau goreng tanpa minyak dalam kuali hingga suam. Matikan api, tabur hirisan cili padi merah dan isi ikan kembong sebagai hiasan. Boleh hidangkan.

Post a Comment

1 Comments

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.