RESIPI TOMYAM AYAM

rsz_tal
Assalammualaikum, salam Sabtu. Hari ni che mat bikin tomyam ayam. Memang dah merancang dari semalam. Bahan2 ikut apa yang ada dalam peti sejuk, rasa2 yang ngam untuk masak tomyam, kita masukkan saja tanpa pantang larang. Resipi ni guna 4 keping kepak ayam saiz besar yang che mat potong 3 bahagian setiap 1. Ikut suka anda nak guna mana2 bahagian ayam, tapi bahagian peha dan kepak lebih sedap pada pendapat che mat. Tomyam perlu seimbang rasa masam, masin, manis dan paling utama aroma daun limau purut, serai dan daun ketumbar, itu yang memberi identiti tomyam. Walaupun ia makanan orang Thai, tapi sudah menjadi salah satu hidangan pilihan di Malaysia.  Anda boleh guna sebarang pes segera atau boleh juga bikin sendiri, google aje resipi pes tomyam, in sha Allah jumpa, atau boleh cari dalam blog tiffinbiru ni, ada juga. Meh che mat kongsikan resipi tomyam yang agak mudah...

BAHAN - BAHANNYA :-)
4 keping kepak ayam saiz besar, potong 3 setiap 1, cuci bersih dan toskan
1/2 batang lobak merah, potong dadu
Sebesar penumbuk bunga kobis, dipotong sekuntum2
5 batang putik jagung, kerat 4 setiap 1
1 biji tomato, potong kiub
5 kuntum cendawan butang, belah 4 setiap 1
1 pokok daun ketumbar, cuci bersih dengan akarnya sekali
4 helai daun limau purut
3 batang serai, diketuk
8 biji cili padi merah Thai, belah 2 tapi tak putus
2 biji bawang besar, belah 4 setiap 1
1 inci lengkuas, hiris nipis
2 biji limau nipis, perah jusnya
2 sudu besar penuh pes tomyam pilihan anda (che mat guna jenama LIFE)
3 camca besar sos ikan
3/4 cawan susu cair @ santan
Sedikit gula dan garam secukup rasa
Air secukupnya

BAHAN - BAHAN KISAR HALUS :-)
2 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
2 biji cili merah
1 biji tomato (pilih yang masak ranum)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan 4 camca besar minyak dalam periuk. Tumis bahan2 kisar halus dan serai hingga harum. Masukkan air secukupnya (anggaran 1.2 liter), kacau dan biarkan mendidih. Tambah pes tomyam dan lengkuas. Masak sekejap,masukkan lobak merah dan ayam. Biarkan mendidih
  2. Tambah daun limau purut, cili padi, bunga kobis, cendawan butang dan bawang besar. Kacau dan masak hingga ayam empuk dan sayur lembut. Masuk sedikit gula dan sos ikan, kacau rata. Boleh masukkan daun ketumbar (dipotong kasar). 
  3. Tuang jus limau nipis, kacau rata dan akhir sekali masukkan susu cair (@ santan), kacau perlahan dan masak dengan api kecil. Tambah garam secukup rasa (rasa dulu sebelum masukkan garam, sebab dah taruk sos ikan), masak sekejap dan boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi atau mi hoon. Sedap juga dimakan begitu sahaja.

Post a Comment

1 Comments

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.