BEN ASHAARI

Friday, March 11, 2016

KHAS UNTUK WANITA - KONGSI MINDA GAPAI BAHAGIA

Wanita, insan istimewa ciptaan Allah swt dan menjadi pelengkap dalam kehidupan dan juga institusi sesebuah keluarga. Di zaman modern ini wanita melangkah dengan lebih maju, berjawatan, berkedudukan dan menjadi orang penting dalam satu-satu oganisasi. Mereka juga insan hebat yang melakukan kerja-kerja seorang suri rumah, bekerjaya dan turut bersama mendidik anak-anak. Bila semua ini menjadi tanggungjawab mereka, masa untuk diri sendiri berkemungkinan terabai tanpa disedari. Dalam situasi ini, golongan wanita harus bijak merancang dan membahagikan masa untuk keluarga, kerjaya dan diri sendiri.

Justru itu, Giant Steps Event & Entertaiment  dan Huda Hana Comunications akan menganjurkan satu seminar dari wanita untuk wanita (FB di sini), membincangkan topik 'Kongsi Minda Gapai Bahagia'. Ia bertujuan memberi panduan pada wanita-wanita untuk mengurus masa dengan lebih efisyen  serta memperkasakan wanita dari sudut mental dan fizikal seiring dengan zaman yang penuh mencabar sekarang ini. Panel-panel jemputan bertauliah dijemput untuk berkongsi maklumat dan petua-petua penting sebagai penyuntik semangat para peserta seminar nanti. Selain itu peserta juga akan diajar teknik merias wajah oleh jurusolek berpengalaman. Ok, che mat kongsikan panel-panel jemputan untuk hari tersebut..
  • Dr. Robiah K. Hamzah - Pakar motivasi dan kaunselor keluarga.
  • Dato' Dr. Nor Ashikin Mokhtar - Pengasas/Pengerusi Eksekutif Pusat Perubatan PrimaNora.
  • Datin Sri Dato' Dr. Fadzilah Muhammad Ali - Pakar motivasi dan aktivis (Timbalan Pengerusi PM Melati Sdn Bhd).
  • Usahawan cemerlang dari MARA Selangor.
  • Ibu Halimah dan Tuan Syed Muhammad Ghadafi - pengasas Jamu Mak Dara.
Terbuka untuk semua golongan wanita, sama ada anda surirumah, wanita bekerjaya atau pelajar. Badan-badan korporat, agensi-agensi kerajaan, swasta dan persendirian juga digalakkan menghantar kakitangan masing-masing atau menaja peserta dikalangan ibu tunggal, golongan asnaf dan persendirian. Setiap peserta akan dikenakan bayaran RM 200. Jika mendaftar secara berkumpulan (10 orang ke atas), bayaran dikenakan RM 180 setiap peserta (berbaloi sangat dengan ilmu yang anda akan dapat nanti). Untuk yang kaki business, ada juga disediakan 10 buah gerai dengan sewaan RM 150 sehari bagi. Ini peluang keemasan untuk memperkenalkan produk perniagaan anda, tak kesah lah produk makanan ke, tudung, biskut raya dan sebagainya...

SEMINAR INI AKAN DIADAKAN PADA...

TARIKH : 27HB MAC 2016 (AHAD)

LOKASRI : KUALA LUMPUR INTERNATIONAL HOTEL, KUALA LUMPUR

MASA : 8.00 PAGI - 5.45 PETANG


ATURCARA MAJLIS SEPERTI BERIKUT...

 ff
ff1

UNTUK MAKLUMAT LANJUT ANDA BOLEH HUBUNGI...

019 2683 579 (PUAN NORMALA HAMZAH)

012 2813 848 (RAHANA MD)

012 3031 005 (HUDA HANA)

TARIKH TUTUP PENYERTAAN PADA 20 MAC 2016....

4 comments:

Ishak Ismail said...

Waaah bagus seminar ni. Rugilah kalau wanita diluar sana tak join. Mesti ada tips yang hebat untuk menjadi isteri yang excellent..

Julia Johari said...

Alhamdulilah, seminar ni dapat bantu kaum hawa untuk lebih bersedia dengan cabaran yang kian hampir byk bagi tekanan pada diri sendiri...bukan senang nak urus keja, rumah, istri, ibu dan lain2...ilmu yg sgt berguna

Nadia Johari said...

Panel jemputan semua best2..bolehbdatang ramai2 ni

Diana Rashid said...

yang ada peluang dan dekat elok la pergi..pengasas jamu mak dara tu saya pernah baca kisah perit hidup dia zaman muda bersama anak lelaki dia.boleh nangis baca..Mesti banyak pengalaman yang akan dia kongsi dalam seminar ni nanti..

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.