RENDANG PEDAS PERAK IKAN TONGKOL

rsz_rppik
Assalammualaikum, salam Khamis semua. Hari ni che mat masak rendang pedas Perak ikan tongkol. Che mat guna seekor ikan tongkol putih (ada yang kata ni tongkol hitam, tatau lah nak kata, che mat pun orang yang jual ikan tu yang kasi tau ini tongkol putih). Resipi asal dari seorang kenalan FB che mat iaitu Datin Asima Abdul Latiff atau lebih mesra dipanggil 'mama'. Che mat tertarik dengan resipi ni sebab dari senarai bahan2 yang digunakan, kita dah dapat bayangan rasanya, pedas, beraroma dan pastinya sedap. Seperti anda nampak dalam gambar, rendang che mat agak kurang berminyak mungkin santan yang che mat guna kurang pekat. Mengikut resipi, rendang ini tidak ditumis dan disebabkan guna ikan, anda perlu lebih berhati2 ketika mengacaunya, tak boleh ganas2, nanti ikan hancur. Apa2 pun terima kasih che mat pada Mama kerana sudi berkongsi resipi warisan ini....Bagi yang ingin mencuba, resipi seperti di bawah...

BAHAN - BAHANNYA :-)
1 ekor ikan tongkol (kurang lebih 500 gram)
400 ml pati santan (dari sebiji kelapa)
2 helai daun kuyit, dimayang halus
5 helai daun limau purut, dimayang halus
5 camca besar kerisik (che mat taruk 4 )
1 camca besar penuh cili kisar
2 keping asam gelugor
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN - BAHAN KISAR HALUS :-)
2 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
2 inci lengkuas
4 inci halia
2 inci kunyit hidup
20 biji cili padi
5 batang serai, hiris
1 camca teh jintan manis (jintan kasar)
1 camca besar lada hitam

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ikan tongkol dipotong ikut suka, cuci bersih dan toskan (kalau dapat guna ikan tongkol saiz kecil sedikit dalam 2 ekor). Masukkan semua bahan2 kisar, cili kisar, asam gelugor dan pati santan ke dalam kuali. Kacau rata dan masak dengan api sederhana hingga naik minyak.
  2. Masukkan kerisik, kacau rata dan masuk ikan tongkol tadi, pastikan api kecil. Balikkan ikan tadi agak rata dengan ramuan2 rendang. Perasakan dengan garam secukupnya dan sedikit gula, kacau perlahan.
  3. Akhir sekali masukkan daun kunyit dan daun limau purut. Masak sekejap dan rasa, jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi panas dan kicap lemak manis JALEN....ehemm..tu style che mat lah yea... Selamat mencuba!

Post a Comment

4 Comments

  1. Tq che mat. Klu beli ikan ni selalu blur tak reti nk masak apa selain kari atau goreng

    ReplyDelete
  2. As salam Che Mat, first time tgk rendang pedas masak dgn ikan. Mmg selalu masak rendang pedas ni, next time boleh try ganti dgn ikan tongkol. Thanks for sharing.

    ReplyDelete
  3. Assalam Che Mat. Jazakallah, share resepi ni. Nostalgia...arwah mak selalu buat rendang ni bila hari raya. Sedap, kome!!!! InsyaAllah kan cuba buat.

    ReplyDelete
  4. Tk atas resepinya. Moga En dpt ditinggikan taqwa krn sudi kongsi resepi yg sedap sedap.

    ReplyDelete

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.