BEN ASHAARI

Friday, January 8, 2016

GENAP 40 TAHUN USIA AKU HARI INI...

Alhamdulillah bila masa berganjak ke hari baru iaitu 8 hb Januari, dengan rasminya che mat telah bertambah umur. Tahun ini dengan izin Allah swt, genaplah 40 tahun che mat menumpang hidup dalam dunia pinjaman ini. Takde apa nak dikisahkan sangat, cuma boleh kata, sejak che mat menjadi seorang blogger hampair 10 tahun, banyak perubahan berlaku. Bila usia sebegini, macam2 benda yang harus kita fikir terutama dari segi tanggungjawab. Kata orang life begins at 40, tapi pada che mat bila usia kau dah jadi 40, tu tandanya usia nyawa juga semakin pendek, semakin singkat....apa2 pun kita berserah pada Allah swt saja lah...tawakal dan terima apa jua yang ditakdirkan dengan tabah..in sha Allah..

Pada semua teman2 yang telah mengucapkan selamat hari lahir terawal sehari dua ini, che mat ucapkan terima kasih, tak menyabar sangat masing2 nak suruh aku cepat tua...hahaha. Sahabat2 blogger, FB, InstaGram dan Twitter, terima kasih juga kerana masih sudi memberi sokongan moral pada blog che mat. Sebelum che mat tamatkan coretan ini, ucapan terima kasih pada dua insan keramat, Bonda dan Bak che mat. Moga Allah swt memberi mereka kesihatan berpanjangan, dipanjangkan usia, dirahmati dunia dan akhirat... aminnn...

Mat Gebu :- Selamat hari lahir juga pada blogger Yana Azfar dan mereka2 yang menyambutnya pada hari ini...

18 comments:

Mrs. A said...

Happy birthday! Mrs. A ucapkan.
Semoga akan terus berkongsi resepi yang sedap-sedap.

notie said...

Selamat ulang tahun. Semuga Allah sentiasa memberkati dan merahmati kehidupan CMG. Semuga dipermudahkan didalam segala urusan dan Allah jaga CMG tidak kira dimana jua berada. Semuga Allah memakbulkan impian dan doa CMG setiap hari. Aamin

Shaizhar said...

Adnan Ibrahim, air tanganmu menjadi sebutan, biarpun dirimu 'bertopeng' namun dirimu begitu mulia.Semoga ada rezeki untukku menjadi tetamu di teratakmu.Selamat ulangtahun kelahiran ke 40 kalinya. Semoga di panjangkan umur dan di murahkan rezeki. Terima kasihn utk segalanya

Diya Hanun said...

Selamat ulang tahun :) semoga panjg umur & murah rezeki selalu ^^_

Suria Lekatlekit said...

selamat hari lahir cik mat.. semoga hidup di limpahi rezeki & kebahagian berpanjangan. Di beri kesihatan yang baik & di berkati Allah SWT selalu.

Mas Zull said...

assalamualaikum cik mat...selamat hari lahir cik mat semoga apa jua yg dilakukan akan sentiasa diberkati hendaknya...aamin...;)

Azura Aziz said...

sweet 40 CMG ;)

suezen said...

happy birthday en mat gebu:)

suziana mohd tahir said...

Slm alaikum Che Mat, slm ulangtahun. Semoga hari-hari yang mendatang dilimpahi kebaikan dari Allah SWT. Ada doa khusus bagi mereka yang berusia 40 tahun, Che Mat bacalah ya..kerana 40 tahun hanya sekali. Semoga Che Mat menjadi orang yang lebih bertaqwa lagi soleh..aamiin.

Faradhiba Bahruddin said...

HB CMG..moga sentiasa di bwh lindunganNya..amin

Rizziela said...

Happy birthday Mat Gebu

zana baijurie said...

Selamat hari lahir encik Mat, semoga panjang umur dengan usia yang diberkati dan semoga sehat yang berkekalan di samping dilimpahi rezeki yang banyak dan berkat, amin.

Ummu Iman Amsyar said...

Happy BirthdaY CMG! Teruskan memberi ilmu dan inspirasi kpd masyarakat :) Moga diberkati Allah hendaknya

nayfatimah rasyid said...

selamat ulang tahun kelahiran chemat gebu ;)
semoga diberi kesihatan untuk selalu update resepi yang best ;)

indai igat said...

Happy birthday cik mat

Sue Norrman said...

Selamat ulangtahun kelahiran che mat. Kita seusia tapi masih lama nak tunggu genap 40 tu. Semoga che mat di beri kesihatan yang sihat dan di murahkan rezeki. Terima kasih sekali lagi kerana banyak berjasa dan menyumbangakan idea dan resepi untuk kita. HAPPY BIRTHDAY!!

Etuza Etuza said...

Asalam alhamdulillah..syukur atas tambahan usia..best masuk usia ini..ada kemantapan..

mel said...

Hepi bday mat gebu. May Allah bestowed you with great health, wealth and happiness always.

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.