BEN ASHAARI

Wednesday, April 29, 2015

JEMPUT MAKAN MI KARI...

rsz_curry_mee

Assalammualaikum, salam Rabu semua. Memandangkan bonda che mat masih dalam mood berpuasa hingga esok (Khamis), jadi untuk makan tengah hari che mat masak mi kari sudah lah, yang senang dan mudah disediakan. Mi kari ada macam2 gaya, dan sebenarnya kita sendiri boleh pelbagaikan cara memasaknya. Kalau tak makan ayam, anda boleh guna udang atau ketam. Boleh guna daging (nak sedap guna daging tetel) dan ayam, macam che mat bikin ni guna ayam dan bebola ikan. Bagi yang takut nak guna santan, toksah khuatir, boleh guna susu cair. Selain mi kuning, anda bebas nak guna mi hoon, kuey teow, spaghetti atau pun mi laksa. Tapi kebiasaannya mi kari paling sesuai guna mi kuning. Che mat guna 2 keping peha ayam bersaiz besar dan bebola ikan kurang lebih 10 biji. Biasanya mi kari tidak lah pedas sangat, setakat rasa pedas ringan2 saja. 

rsz_curry_mee1

Perasan tak daun yang kelihatan dalam gambar atas ni, che mat takde stok sawi, tapi daun salad ada, maka ku gunakan saja daun salad sebagai bahan 'hijau2' untuk mi kari, masih ok, masih sedap , kan kita buat dia. Kuah mi kari ada yang suka pekat dan ada yang suka tidak berapa pekat. Che mat lebih suka kuah yang sederhana, kalau pekat sangat dah serupa mi rebus pulak. Biar kuah dia agak cair sedikit tapi bukan cair sangat. Ada yang tambah kentang lecek untuk memekatkan kuah, tapi che mat masukkan buah keras saja. Bahan2 tambahan anda boleh gunakan kerang jika suka, tak jadi masalah ikut selera masing....Bagi yang berpuasa dan tatau nak masak apa petang nanti untuk berbuka, apa kata cuba masak mi kari....in sha Allah pasti ia tidak mengecewakan anda....Resipi seperti berikut.

BAHAN-BAHAN KUAH MI KARI :-)
2 keping bahagian peha ayam bersaiz besar, potong kecik, cuci dan toskan
10 biji bebola ikan (che mat guna jenama Mushroom)
3 camca besar rempah kari daging (baba's)
1 camca besar cili kisar*
1 batang kayu manis*
1 kuntum bunga lawang*
2 biji buah pelaga*
5 kuntum bunga cengkih*(*rempah tumis)
3 biji bawang merah, hiris
2 ulas bawang putih, hiris
400 ml pati santan
1.5 liter air rebusan ayam 
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN-BAHAN KISAR HALUS :-)
6 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1/2 inci kunyit hidup
4 biji buah keras, hiris
1.2 inci lengkuas

BAHAN-BAHAN LAIN :-)
Mi kuning secukupnya, cuci dan celur sekejap, toskan
Hirisan daun bawang
Hirisan cili merah
Hirisan cili hijau
Tauhu, digoreng dan hiris
Telur, direbus, kupas dan belah 2
Taughe, dibersihkan, cuci dan tos
Limau kasturi, dibelah 2
Sawi, dicelur dan toskan (che mat guna daun salad butterhead dan tak perlu dicelur)
Bawang goreng secukupya

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. UNTUK KUAH MI KARI :- Bancuh rempah kari dan bahan2 kisar halus, kacau rata hingga menjadi pes, tambah sedikit air jika perlu. Panaskan minyak dalam periuk (anggaran 1/3 cawan). Masukkan bawang merah dan bawang putih yang dihiris serta rempah tumis (*), masak hingga wangi dan bawang kekuningan. Masukkan cili kisar dan kacau rata. Masak sekejap.
  2. Tambah pes rempah, kacau rata dan masak hingga naik minyak. Gunakan api kecil dan kacau selalu. Masukkan ayam, gaul rata dan biar hingga ayam kecut. Tuang air rebusan ayam (atau anda boleh guna 1 kiub pati ayam maggi dan 1.5 liter air). Kacau rata dan biar mendidih dan masak hingga ayam epuk. 
  3. Masukkan bebola ikan dan pati santan. Kacau rata dan biar mendidih, perasakan dengan garam secukupnya dan sedikit gula. Biar hingga pecah minyak, rasa dan jika ok boleh matikan api. Ketepikan untuk kegunaan kemudian.
  4. UNTUK MI KARI :- Ambik secukupnya mi kuning dan isikan ke dalam mangkuk sesuai. Jika anda guna daun salad, susun daun salad atas mi tadi dan curahkan kuah kari panas atasnya bersama isi ayam dan bebola ikan. Tabur taugeh, hirisan cili merah, cili hijau, daun bawang, bawang goreng, telur rebus dan perahkan jus limau kasturi sebelum anda makan, selamat menjamu selera semua!!....

Tuesday, April 28, 2015

AYAM MASAK MERAH...LAGI!

rsz_red_ciken
Assalammualaikum, salam Selasa semua. Bagi yang masih berpuasa sunat bulan Rejab, selamat berpuasa. Hari ni che mat masukkan lagi sekali entri ayam masak merah. Entah kenapa ia mendapat permintaan pulak. Anak buah che mat pun suka, mungkin sebab tak pedas. Cuma bagi yang suka ia manis sedikit, anda boleh tamba gula. Dan gula itu juga salah satu faktor masak merah menjadi 'merah' gelap. Selain ayam, anda bole juga guna daging atau kalau nak test guna udang pun boleh. Tak cuba tak tau yea dak. Masak merah boleh dikatakan femes di Johor dan sering disajikan bersama nasi minyak atau nasi briyani. Makan dengan nasi putih pun sedap. Kali ni che mat guna 1/2 ekor ayam saiz besar dan anda boleh potong ikut suka, jangan lah besar sangat, pada saiz sederhana baru lah comel, tapi ikut saiz ayam yang anda guna. Kalau anda buntu nak masak apa hari ni, jomm cuba masak merah yang muda disediakan ini...

BAHAN-BAHANNYA :-)
1/2 ekor ayam potong ikut suka, cuci bersih dan toskan*
1 camca teh serbuk kunyit*
1/2 camca teh lada sulah serbuk*
1 camca teh garam*(*gaul rata dan perap sekejap)
1 biji bawang besar, hiris bulat dan leraikan
2 batang serai, diketuk
2 camca besar cili kisar
2 camca besar sos cili
3 camca besar tomato puree
1/2 cawan kacang tanah, goreng sekejap dan toskan
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
Garam dan gula secukup rasa
Air secukupnya
Hirisan daun bawang, untuk hiasan

BAHAN KISAR HALUS :-)
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1/2 inci lengkuas

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ayam digoreng hingga masak, tak perlu sampai garing, goreng lembap2 saja. Angkat dan toskan, Cedok keluar minyak dan tinggalkan dalam 1/3 cawan. Tumis serai, kayu manis dan bunga lawang hingga harum, masukkan bahan2 kisar dan masak hingga naik minyak.
  2. Tambah cili kisar dan sos cili. Kacau rata dan masukkan tomato puri. Kacau dan masak dengan api kecil hingga naik minyak. Masukkan kacang tanah dan tuang air (anggaran 1 cawan), biar mendidih hingga pekat sedikit.
  3. Masukkan ayam, gaul rata, tambah bawang.p Prasakan dengan garam dan gula secukup rasa (yang ni terpulang pada anda, nak rasa manis, taruk lebih, kalau tak nak, taruk kurang, che mat guna 1 camca besar penuh). Kacau dan masak hingga pekat. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Tabur hirisan daun bawang sebelum dihidangkan.....Selamat mencuba!

Sunday, April 26, 2015

URAP PEDAS PUCUK TURI

rsz_turi_urap
Assalammualaikum, salam semua. Hari ni che mat kongsikan satu lagi menu tradisi yang agak terkenal di kalangan masyarakat Jawa. Tapi rasanya untuk tekak anak2, mereka kurang menerima. Bila che mat kongsikan resipi2 macam ni, bukan nak 'paksa' sesiapa bikin, sekadar nak memelihara resipi2 yang biasa orang2 kita makan. Buat anak2 muda, kalau tak makan tak pe, janji anda tau macam mana rupa 'urap' setidak2nya bila nampak ia terhidang, tidak lah rasa jakun dan berwajah pelik sangat. Kalau sebut urap, ia boleh dibuat menggunakan pelbagai jenis sayur2an seperti taugeh, pegaga, pucuk ubi, pucuk beremi, pucuk paku hijau, kacang botol, daun selom, bunga betik jantan dan pelbagai lagi. Bahan utama urap sudah semestinya kelapa parut, selain bahan perencah dan sayur2an. Ada yang tanya urap dengan kerabu tu sama ke, ia lebih kurang sama, tapi tak sama. Kerabu kalau anda perhatikan ada yang tak letak kelapa atau ada yang campur kelapa goreng yang ditumbuk kasar. Tapi urap, kelapa adalah bahan wajib...

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 cekak pucuk turi, dilurut dari tangkainya, cuci dan toskan
1 cawan kelapa parut putih
2 ekor ikan selayang, dibersihkan, bakar dan ambil isinya
2-3 biji cili padi, dihiris untuk hiasan
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN-BAHAN TUMBUK HALUS :-)
4 biji bawang merah kecil
1 ulas bawang putih
1 genggam ikan bilis, dibersihkan, rendam dalam air panas sekejap dan toskan
1 biji cili merah
7 - 8 biji cili padi hijau
1/2 inci kunyit hidup
1 inci isi cekur
1/2 inci belacan, dibakar

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Dalam satu bekas, gaul rata kelapa parut, isi ikan selayang (tinggalkan sedikit untuk hiasan), cili padi hiris dan bahan2 tumbuk halus hingga rata. Perasakan dengan garam secukupnya dan sedikit gula (kalau anda guna serbuk perasa, tak payah taruk gula). Kemudian gaul daun turi hingga mesra.
  2. Panaskan kuali, masukkan urap tadi dan goreng tanpa minyak hingga daun turi lembut. Matikan api, taburkan baki ikan selayang tadi dan sedikit cili padi hiris sebelum dihidangkan. Sedap dimakan bersama nasi panas dan lauk2 lain...Selamat mencuba!

Saturday, April 25, 2015

BBQ CHICKEN WRAP

rsz_bbq_ciken_wraps
Salam semua, sebenarnya ini sarapan che mat pagi tadi. Alah benda2 mudah saja, bukan apa sangat. Bila entri macam ni che mat taruk malam, kira ini idea untuk anda bikin sarapan esok hari. Che mat guna wraps MISSION, tapi kalau agak sukar nak dapat di tempat anda, anda boleh guna capati atau roti canai (tapi rasanya zaman sekarang ni tak susah da nak jumpa benda2 macam ni, Tesco, MyDin, Aeon Big, Giant semua ada jual...). Untuk inti tu anda bole taruk apa2 saja yang anda suka. Che mat bikin ayam BBQ dan baki dia guna untuk inti wrap. Kalau nak bikin untuk bekal anak2 anda ke sekolah pun boleh juga, buat dan potong 2 atau 3. Untuk mengelakkan ia terbuka, anda boleh cucuk dengan lidi sate. Guna sosej pun pun boleh, daging burger pun ok atau jika anda bikin salad, masukkan daging ayam yang direbus, kemudian bungkus guna wrap. Jika anda tambah keju dan nak ia meleleh, boleh digrill sekejap, tapi pastikan wrap anda bukan jenis berinti ada sayur2an segar....nak mencuba?...jomm kita mulakan.

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 keping dada ayam, cuci bersih dan cucuk2 dengan garfu*
1/2 camca teh garam*
1/2 inci halia, tumbuk halus*
2 ulas bawang putih, tumbuk halus*
1 camca teh madu*
1/2 camca teh kicap pekat*
1/2 camca teh lada hitam kisar*(*gaul rata dan perap 30 minit)
2 keping wrap jenama MISSION 
Sedikit trafficlight capsicum dihiris memanjang
1 biji timun jepun saiz kecil, hiris memanjang
1 biji bawang besar, hiris bulat dan leraikan
Daun salad secukupnya (che mat guna butterhead salad)
Mayonnaise atau sebarang sos kegemaran anda
Keju  cheddar dihiris nipis, jika suka

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan sedikit minyak dalam non-stick pan (che mat guna minyak zaitun dalam 1 camca teh), kemudian taruk dada ayam yang diperap tadi. Masak dengan api kecil hingga ayam masak (kurang lebih 4-5 minit untuk setiap bahagian). Tutup permukaan pan untuk mempercepatkan proses memasak. Angkat sejukkan sekejap dan hiris memanjang. Ketepikan.
  2. Panaskan sekejap wrap dalam kuali. Keluarkan dan letak atas pinggan atau papan pemotong. Sapu sedikit sos kegemaran anda, kemudian susun daun salad, trafficlight capsicum, timun, keju dan hirisan ayam bbq tadi. Taruk beberapa gelelang bawang, paipkan dengan sedikit lagi sos dan gulung wrap anda, boleh cucuk dengan lidi sate atau bungkus dengan kertas minyak macam che mat bikin tu. Buat kaedah sama untuk baki wrap dan bahan2. Hidangkan segera..

AYAM KAMPUNG MASAK KURMA.

rsz_kurma_ciken
Assalammualaikum, salam semua. Hari ni masak menu permintaan Bak, iaitu masak kurma. Menu yang agak senang dimasak dan che mat guna seekor ayam kampung. Memang che mat masak lebih, sampai esok pun boleh makan. Masakkan macam ni, lepas sehari lagi sedap, cuma anda kena jaga betul2, sebab masakan kurma antara masakan yang cepat rosak atau basi. Jika anda panaskan, pasti ia menggelegak dengan sempurna dan kacau sekali sekala. Jangan tutup periuk rapat2 ketika lauk masih panas, ini akan menyebabkan wap air yang terkumpul, menitik balik dalam lauk akan buat masakan kurma cepat basi. Ini petua yang che mat selalu amalkan untuk semua jenis masakan bersantan. Kuah kurma biasanya agak pekat. ini terpulang pada anda nak yang berkuah atau pekat. Dan selain ayam, boleh guna daging lembu, daging kambing atau pun telur rebus (telur rebus kasi goreng sekejap sebelum dimasak kurma). Sedap dimakan bersama nasi putih atau sebarang nasi berperisa. Cicah roti canai, roti jala atau lempeng pekak pun sedap. Bahan2 nampak agak banyak, tapi percayalah, membuatnya amat mudah....

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 ekor ayam kampung, potong ikut suka, cuci dan toskan
4 - 5 biji kentang, kupas belah 4 setiap 1 dan rendam
3 camca besar penuh rempah kurma Baba's (atau sebarang jenama)
1 cawan pati santan (atau susu cair)
2 camca besar kerisik
1 biji tomato masak ranum, cincang halus
1 biji cili merah, belah 2 tapi tak putus
1 biji cili hijau, belah 2 tapi tak putus
1/2 camca besar gula melaka
1 camca besar minyak sapi
Garam secukup rasa
Air secukupnya

BAHAN-BAHAN KISAR HALUS :-)
1 biji bawang besar
5 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia
2 biji cili hijau
3 biji buah keras, hiris
1 camca teh lada hitam

BAHAN-BAHAN TUMIS :-)
1 biji bawang besar, hiris
2 ulas bawang putih, hiris
2 tangkai daun kari, dilurut
1 helai daun pandan, disimpul
1/2 camca teh jintan kasar
1/2 camca teh jintan halus
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
5 kuntum bunga cengkih

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Bancuh rempah kurma sama bahan2 kisar halus dan kacau rata hingga menjadi pes, tambah sedikit air jika perlu. Ketepikan. Panaskan minyak dalam periuk (anggaran 1/3 cawan), masukkan minyak sapi dan biar minyak sapi cair. Masukkan semua bahan2 tumis dan masak hingga wangi dan bawang perang. Tambah bancuhan pes rempah, kacau dan masak hingga naik minyak. Guna api kecil dan kacau sentiasa.
  2. Masukkan tomato cincang, gaul rata dan tambah ayam. Gaul hingga mesra dan masak hingga ayam kecut. Tuang air secukupnya (hingga ayam tenggelam). Kacau dan biar mendidih, masak hingga ayam empuk, tambah air panas jika kuah kering tapi ayam masih keras.
  3. Masukkan kentang (toskan) dan masak hingga kentang empuk. Tambah kerisik dan pati santan (atau susu cair). Kacau rata, perasakan dengan garam secukupnya dan masukkan gula melaka. Masak sekejap dan akhir sekali masuk belahan cili merah dan hijau. Biar mendidih seketika dan rasa, jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi atau roti...Selamat mencuba!!.

Friday, April 24, 2015

SPAGHETTI OLIO BERKUPANG..

rsz_spaghetti_kupang
Assalammualaikum, salam Jumaat yang mulia. Hari ni kita taruk entri spaghetti saja. Yang mudah dan senang dimasak. Spaghetti Olio Berkupang bukan susah nak disediakan dan satu yang che mat suka dengan spaghetti olio ialah dari segi rasa yang asli dan tidak membebankan. Anda boleh masukkan apa saja dan seperti anda nampak spaghetti olio bukan lah jenis berkuah dan terlampau kaya dengan bahan2 perasa. Minyak zaitun paling penting dalam memasak spaghetti olio. Kupang tu anda boleh ganti dengan udang atau pun ayam. Sotong rasanya tak sesuai, kalau scallop boleh. Kupang che mat guna dalam 6 ekor (errr...kupang penjodoh bilangan dia 'ekor' ke eks?...). Ada beberapa bahan yang che mat guna, anda boleh beli di pasaraya2 besar dan mana yang takde tu boleh abaikan saja. Ok, Jommm kita mula memasak....

BAHAN-BAHANNYA :-)
100 gram spaghetti rebus hingga lembut dan toskan
10 biji buah zaitun hitam (black olive)
1 camca teh jeruk capers, cincang halus
2 biji cili padi, cincang halus
1/4 bahagian traffic light capsicum (merah, hijau, kuning) didadu
3 ekor jeruk anchovies, cincang halus
6 ekor kupang saiz besar
1 biji bawang besar, cincang 
2 ulas bawang putih, cincang halus
Sedikit garam
Minyak zaitun secukupnya
Sedikit air (guna air dari rebusan spagetti)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan 2 camca besar minyak zaitun, tumis bawang besar dan bawang putih hingga ayu. Masukkan cili padi cincang. anchovies dan jeruk capers cincang. Kacau rata dan masukkan trafficlight capsicum dan buah zaitun. Masak sekejap.
  2. Masukkan kupang, kacau dan tuang sedikit air (anggaran 1/4 cawan). Tambah sedikit garam dan masukkan spaghetti, gaul rata2 dan masak hingga kering, rasa dan jika ok boleh matikan api. Alihkan ke pinggan sesuai dan jika suka boleh drizzle sedikit extra virgin olive oil sebelum dihidangkan.....Selamat mencuba!!.

Thursday, April 23, 2015

PUCUK TURI MASAK LEMAK SAMA KACANG HIJAU

rsz_pucuk_turi_kacang_hijau

Assalammualaikum, salam Khamis.  Selamat berpuasa bagi yang berpuasa. Hari ni che mat masak satu menu yang agak unik dan orang Johor biasa masak gaya macam ni. Pucuk turi masak lemak sama kacang hijau. Pucuk turi atau belah2 utara panggil pucuk geti sedap dimasak lemak, dibikin urap dan ada juga yang masak asam (yang ni che mat tak pernah cuba). Ada yang suka disimpul seperti selalu che mat masak. Tapi kali ni kita masak seperti biasa, iaitu daun turi dilurut dari tangkainya. Ada beberapa jenis daun turi, ada yang bunga putih dan ada yang bunga bewarna ungu kemerahan. Bagi yang tak biasa makan pucuk turi, mesti tertanya2 rasa dia macam mana. Rasa pucuk turi lemak dan selalunya guna daun yang lembut saja untuk dimasak...

rsz_pucuk_turi_kacang_hijau1

Ini pertama kali che mat masak sendiri pucuk turi dicampur dengan kacang hijau. Pernah sekali dulu che mat pergi ke rumah saudara dan beliau masak dalca, disebabkan kacang dhal habis, dia ganti dengan kacang hijau. Che mat mula2 pelik, macam was2 nak cicah roti canai, lepas dia kasi tau  kacang dhal habis, ganti dengan kacang hijau, baru lah che mat berani rasa..dan serius sedap ,agak unik. Menu ini cara memasaknya mudah dan untuk rencah terpulang pada anda, samada nak guna ikan bilis atau udang kering. Jangan lupa sambal belacan dan ikan goreng atau ikan masin sebagai pelengkap hidangan. Resipi seperti berikut..

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 cekak pucuk turi, asinglan dari tangkainya, cuci dan toskan
1/3 cawan kacang hijau, rebus hingga kembang
1 camca besar udang kering, rendam sekejap, toskan dan tumbuk hancur
1 biji bawang besar, hiris
4 ulas bawang putih, diketuk
1 biji cili merah, hiris
1 kiub ikan bilis Maggi (optional)
1200 ml santan cair
400 ml pati santan
Garam dan gula secukup rasa
Air jika perlu

CARA MEMBUATNYA :-)

  1. Masukkan santan cair, udang kering tumbuk, bawang besar dan bawang putih ke dalam periuk. Kacau dan masak hingga mendidih. Masukkan pucuk turi dan masak hingga pucuk turi lembut, Tambah air jika perlu.
  2. Masukkan kiub ikan bilis, hancurkan (jika guna) dan kacang hijau rebus tadi. Kacau perlahan dan tuang pati santan. Perasakan dengan garam secukupnya dan sedikit gula. Kacau perlahan dan biar mendidih, kacau sentiasa. Akhir sekali masukkan hirisan cili merah, dan masak sekejap. Rasa, jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi panas, sambal belacan dan ikan goreng @ ikan masin..

Tuesday, April 21, 2015

AYAM MASAK MERAH

rsz_ayam_masak_merah_pak_uteh
Salam semua, ingatkan nak taruk entri ni esok, tapi takpe lah, buat untuk malam ni punya. Sekarang ni che mat hanya mampu satu hari satu entri saja, sebab tak berapa masak sangat dah...tak kencang macam dulu, dah tua kan, Tapi hari ni, petang tadi che mat masak ayam masak merah, sebab utama, bonda berpuasa dan Bak pulak siang tadi tak nak makan kata dia, jadi malam dia makan. Takkan nak jamu dengan lauk2 semalam, tak bess lah kan. Jadi tu yang che mat bikin ayam masak merah. Guna 5 ketul kepak ayam saiz besar, bila dah potong 2 setiap 1, dapat lah 10 bahagian. Terpulang pada anda nak guna mana2 bahagian sekali pun. Nampak tak ada kacang tanah dalam masak merah tu...Ini sala satu bahan tambahan untuk menyedapkan ayam masak merah. Teringat arwah Pak Utih (al-fatihah) che mat bila masak ayam masak merah, arwah akan masukkan kacang tanah. Che mat guna kacang tanah saiz besar yang telah dibuang kulit, anda goreng sekejap kacang tu dalam 40 saat dalam minyak panas, kemudian baru masukkan dalam kuah masak merah. Ok jomm kita lihat resipi..

BAHAN-BAHANNYA :-)
5 ketul kepak ayam saiz besar, kerat 2 setiap 1, cuci dan toskan*
1 camca teh serbuk kunyit*
1/2 camca teh garam*
1/2 camca teh serbuk lada sulah*(*gaul rata dan perap 15 minit)
1 biji bawang besar, hiris bulat dan leraikan
1 genggam kacang tanah saiz besar, dibuang kulit dan goreng 40 saat, angkat dan toskan
3 camca besar cili kisar
2 camca besar penuh tomato puree
1 camca besar penuh sos cili
2 batang serai, diketuk
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
1/2 cawan air
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN-BAHAN KISAR HALUS :-)
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1/2 inci lengkuas

CARA MEMBUATNYA :-)

  1. Goreng ayam hingga masak, tak perlu sampai garing, biar lembap2 saja. Cedok keluar minyak gorengan dan tinggalkan kurang lebih 1/3 cawan saja. Tumis serai, kayu manis dan bunga lawang hingga harum. Masukkan bahan2 kisar halus dan masak hingga wangi.
  2. Tambah cili kisar, sos cili dan tomato puree, kacau rata dan masak hingga naik minyak, guna api kecil dan kacau sentiasa. Masukkan kacang tanah goreng dan ayam, gaul rata. Tuang air dan masak hingga mendidih. Perasakan dengan garam secukupnya dan gula (selalunya masak merah manis sedikit). Kacau rata.
  3. Masak hingga pekat. Masukkan bawang besar dan gaul rata. Masak sekejap lagi, sesuaikan rasa dan bila bawang layu, boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi dan lauk2 lain.

KUIH BAKAR PANDAN

rsz_kueh_bakar_pandan

Assalammualaikum, salam Selasa. Hari ni che mat masak lambat dan dalam masa yang sama ada juga rasa agak kurang rajin nak masak. Sebab lauk semalam masih berbaki, jadi che mat masak nasi dan masak yang simple2 sudah memadai. Dalam masa sama, teringin pulak nak makan kuih bakar pandan, nak kuih bakar yang lembut dan sesuai untuk yang kurang gigi....ehhh..silap2 bukan kurang gigi, tapi gigi belum habis tumbuh, maklumla baby...baby tua kerepot..haha. Ini resipi biasa yang che mat selalu bikin, dan kalau tak silap resipi asal dari sorang teman blog masak yang sekarang tidak berblog lagi...terima kasih 'Joe'. Kuih bakar pandan atau ada yang panggil kuih bingka atau bengkang merupakan kuih tradisi orang melayu kita dan kaum peranakan baba nyonya. Antara kuih tradisi popular di Malaysia dan Singapura...

rsz_kueh_bakar_pandan1

Che mat bikin dalam acuan kuih baulu, tapi leceh sikit. Nak senang bakar dalam bekas besar saja sudah. Cuma kalau bikin dalam bekas comel, nak hidang pun nampak senonoh dan menarik. Rasanya in sha Allah sedap, nak2 kalau ia berkerak sikit dan garing. Kuih bakar akan naik tinggi semasa dibakar, tapi bila masak ia akan turun dan sedikit mengecut. Anda boleh bakar dalam acuan 4 segi, 8 inci x 8 inci x 3 inci. Kalau guna acuan kuih bakar bunga pecah 6 atau 8, anda mungkin dapat 4 - 5 biji bergantung pada saiz acuan anda guna. Susah ke nak bikin?...Serius tak susah, anda boleh kisar dalam blender saja, tapi sebelum tu meh che mat tuliskan bahan2 serta cara membuatnya....Jommmm!

BAHAN-BAHANNYA :-)
6 helai daun pandan, cuci dan hiris kecil*
300 ml air*(*dikisar hingga hancur dan tapis jusnya)
600 ml santan segar (atau anda boleh guna santan kotak dan campur air untuk cukupkan)
3 biji telur gred A
1 cawan gula (che mat cedok keluar 1 camca besar rata)
2 camca besar penuh mentega, cair dan sejukkan
2 cawan tepung gandum
1/3 camca teh garam
Sedikit pewarna hijau makanan
Bijan secukupnya untuk hiasan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan oven pada suhu 190C, lenser tin berukuran 8 inci x 8 inci x 3 inci dengan mentega dan alas dengan aluminium foil, lenser juga aluminum foil tadi, pastikan anda lebihkan aluminium foil tadi hingga ke tepi tin, tujuannya agar mudah anda nak keluarkan kuih bila masak nanti. Ketepikan.
  2. Dalam satu bekas, masukkan telur dan gula, kacau rata dengan whisk hingga gula hancur. Tuang santan dan jus daun pandan. Kacau rata, tambah tepung gandum sedikit demi sedikit dan kacau hingga sebati.
  3. Tambah garam, pewarna hijau makanan dan mentega cair. Kacau hingga sebati dan tapiskan. Ketepikan sekejap. Masukkan tin pembakar dalam oven dan biar 10 minit. Berhati2 keluarkan tin dari oven dan tuang bancuhan kuih (kacau dulu sebelum dituang dalam tin). Tabur bijan rata2 dan bakar 45 - 50 minit atau hingga masak. 
  4. Untuk mendapatkan permukaan kuih bakar yang berkerak, tukar fungsi api oven pada 'grill' dan bakar 5 - 6 minit hingga permukaannya keperangan (pusing2kan tin untuk mendapat warna sekata), pastikan anda jaga selalu untuk mengelakkan permukaan kuih hangus.
  5. Keluarkan dari oven, biar hingga kuih sejuk sedikit dan keluarkan dari acuan, sejukkan sepenuhnya atas jaringan sebelum dipotong....Selamat mencuba!!..

Monday, April 20, 2015

IKAN KELI SALAI LEMAK TEMPOYAK SAMA PUCUK UBI SIMPUL..

rsz_kslcp
Assalammualaikum, salam Isnin. Hari ni che mat masak lewat sikit. Sebab bonda berpuasa dan che mat malas nak masak awal. Yang tak puasa santap aje lah apa yang ada...ada biskut, sila makan biskut, ada roti sila makan roti yea. Hari ni kita bikin ikan keli salai lemak tempoyak sama pucuk ubi simpul. Nama bukan main menjela panjang, tak muat surat beranak. Ikan keli anda boleh salai atas bara api, taruk sabut biar banyak asap untuk dapat rasa 'salai' yang lebih ampuh. Atau boleh juga salai dalam kuali ajaib. Cuma kalau guna kuali tu, takde lah rasa 'salai' yang asli, rasa ke asap an. Menu tradisi orang Negeri Sembilan ini biasanya menggunakan santan kelapa yang pekat sekurang2nya dari 2 biji kelapa untuk jumlah ikan seperti dalam gambar (2 ekor ikan keli saiz besar). Tapi che mat guna sebiji sudah lah. 

rsz_kslcp2
Tahap kepedasan bergantung pada selera dan ketahanan mental anda. Tapi identiti masakkan seperti ini memang kena pedas dan berapi, cuma jangan sampai masuk hospital sudah lah. Che mat guna cili padi kampung dalam segenggam, atau kurang lebih 35 biji, banyak ke?...errr...boleh kurangkan, toksah khuatir. Bahan2 dia pun kalau anda tengok mudah dan 'asas' sahaja. Serai che mat taruk 3 dan perasan tak daun kunyit yang guna untuk alas ikan salai tu?...Yang tu pun che mat campakkan sekali dalam piuk. Jangan membazir...zaman gst ni kena jimat cermat..

simpul
Bagi yang tak berapa pasti nak simpul pucuk ubi, che mat kongsikan gambarnya (ni gambar lama). Guna pucuk ubi yang muda (terpulang nak guna pucuk ubi batang hijau atau merah atau pucuk ubi pulut, tapi pastikan guna pucuk yang muda sahaja). Asingkan pucuk ubi dari tangkainya, cuci dan toskan. Kemudian ambik 2 - 3 helai pucuk yang lembut, gentel skit kasi lembut (nanti bila masak cepat empuk, sebab kita tak rebus dulu pucuk ubi tadi), dan simpul seperti dalam gambar. Tak susah kan (kalau tak kuasa, tak yah simpul pun boleh, cuma kurang ke asli annya sikit...ehemm)....Ok jom kita mula masak...

BAHAN-BAHANNYA :-)
2 ekor ikan keli saiz besar (che mat guna ikan keli liar)
1 camca teh serbuk kunyit*
1/2 camca teh garam*
1 camca teh minyak masak*
3 batang serai, diketuk
1 camca besar penuh tempoyak
1 helai daun kunyit, dihiris halus
1 keping asam gelugor (kalau saiz kecil, guna 2)
20 tangkai pucuk ubi (atau secukupnya), cuci, toskan dan disimpul
1 liter santan cair
500 ml pati santan
Air jika perlu
Garam secukup rasa
35 biji cili padi kampung (boleh kurangkan)
1 1/2 inci kunyit hidup

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ikan keli disiang, kerat 2 atau 3 bahagian bergantung pada saiz ikan keli, bersihkan. Kemudian gaul dengan sedikit tepung gandum, biar 5 minit dan cuci bersih. Perap sekali lagi dengan jus limau nipis sekalam 10 minit. Cuci bersih, toskan dan gaul dengan bahan2 bertanda (*) hingga rata. Panggang atau salai ikan keli tadi atas api bara yang ditambah sabut kelapa (untuk mendapat bau aroma asap). Salai hingga ikan keli masak, balik2kan sentiasa agar masak rata. Ketepikan.
  2. Dalam alam pengisar (blender), masukkan cili padi, kunyit hidup (hiris kecil), tempoyak dan 1/2 cawan santan cair. Kisar hingga halus dan tuang ke dalam periuk. Tambah serai titik dan asam gelugor. Tuang baki santan cair, kacau dan masak hingga mendidih.
  3. Masukkan ikan keli salai dan pucuk ubi simpul tadi. Kacau perlahan dan masak hingga pucuk ubi lembut, tuang sedikit air jika perlu. Kemudian tuang pati santan dan masukkan hirisan daun kunyit. Kacau perlahan dan perasakan dengan garam secukupnya. Masak dengan api kecil dan kacau sekali sekala hingga mendidih. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi dan lauk2 lain.


Sunday, April 19, 2015

ASAM REBUS NENAS IKAN SEPAT MASIN..

rsz_nenas_asam_rebus
Assalammualaikum, salam Ahad. Hari ni che mat masak asam rebus nenas ikan sepat masin. Ini menu untuk Bak, kali ni betul2 asam rebus, sebab tak de guna minyak bagai, kalau ada selalu che mat akan tulis asam rebus 'tumis'. Plan asal nak guna ikan selar, tapi Bak suruh taruk ikan masin sepat. Che mat guna sebiji nenas madu saiz kecil. Ada sedikit kelainan asam rebus kali ini, che mat guna cili merah hidup sebiji saja, kemudian ditambah cili kisar dalam 1 camca besar penuh. Kalau suka pedas anda boleh tambah cili atau cili merah diganti dengan cili padi merah. Menu ini boleh dikatakan dalam kategori makanan sehat. Ada sambal belacan, telur dadar. ikan goreng dan sedikit ulam, sudah ngam sangat. Macam mana nak masak?....ok, jomm kita lihat resipi...

rsz_nenas_asam_rebus1

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 biji nenas madu saiz kecil
2 ekor ikan sepat masin
1 camca besar penuh cili kisar
1 keping asam gelugor
1 kiub pati ikan bilis (Maggi)
Garam dan gula secukup rasa
Air secukupnya

BAHAN-BAHAN KISAR HALUS :-)
5 biji bawang merah kecil
2 ulas bawang putih
1/2 inci kunyit hidup
1 biji cili merah

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Nenas dikupas, belah 4 buang empulur dan hiris sederhana tebal. Ikan masin sepat dibersihkan, kemudian kerat dua setiap satu (ikan sepat masin che mat guna saiz besar) dan rendam. Ketepikan.
  2. Masukkan bahan2 kisar halus, cili kisar dan asam gelugor ke dalam periuk. Tuang air secukupnya (anggaran 1.2 liter). Kacau dan masak hingga mendidih. Masukkan nenas dan kiub pati ikan bilis, jika guna. 
  3. Tambah daun kunyit, ikan sepat masin (ditoskan), garam secukup rasa dan sedikit gula. Kacau perlahan dan masak sekejap hingga nenas lembut. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi dan lauk2 lain....Selamat mencuba!

Saturday, April 18, 2015

KARI KAMBING UNTUK HARI INI...

rsz_kari_kambengg (1)
Assalammualaikum, salam Jumaat. Malam baru dapat nak mengadap laptop. Sekarang ni memang che mat lena awal. Resipi hari ni yang mudah2 saja. Kari kambing, alah benda biasa yang anda juga pernah buat, tapi yang makan kambing lah yea. Che mat cicah dengan roti, Ingat esok nak buat lempeng pekak pulak untuk sarapan..ehemm. Seperti biasa, che mat kalau masak benda2 macam ni selalunya guna periuk tekanan atau pressure cooker. Periuk tekanan tidak lah bahaya juka kita guna dengan betul, dan sebenarnya periuk tekanan sebelum merdeka lagi memang dah ada di pasaran, jangan tatau. Tapi nak masak guna periuk biasa pun boleh, cuma makan masa sikit nak2 kalau guna kambing yang agak berumur. Ok, tanpa banyak bicara, che mat kongsikan resipi kari kambing...

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 kg kambing
4 biji kentang
1 keping asam gelugor
3 camca besar rempah kari daging
1 camca besar ketumbar serbuk
2 camca besar cili kisar
300 ml pati santan
Garam secukup rasa
Sebesar ibu jari, gula melaka
Air secukupnya

BAHAN-BAHAN KISAR HALUS :-)
7 biji bawang merah kecil
3 ulas bawang putih
2 inci halia
1/2 inci lengkuas
1/2 inci kunyit hidup
2 batang serai, dihiris
5 biji cili padi (opitonal)

BAHAN-BAHAN TUMIS :-)
4 biji bawang merah, hiris
2 ulas bawang putih, hiris
2 tangkai daun kari, dilurut
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
6 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Daging kambing dicuci, kemudian gaul dengan 1 camca besar tepung jagung, gaul rata dan perap 15 minit, kemudian cuci hingga bersih dan toskan. Kentang dikupas, kemudian belah empat setiap satu, rendam. Bancuh bahan2 kisar halus sama rempah kari dan serbuk ketumbar, kacau hingga menjadi pes. Ketepikan.
  2. Panaskan minyak dalam periuk (anggaran 1/3 cawan). Masukkan bahan2 tumis dan masak hingga bawang garing. Tuang pes rempah dan kacau rata2, masak hingga naik minyak. Guna api kecil dan kacau selalu.
  3. Masukkan kambing, gaul rata dan masak hingga daging kambing kecut. Tuang air hingga daging kambing tenggelam. Masak hingga menggelegak dan sederhanakan api, terus memasak hingga daging kambing empuk. Tambah air panas jika kuah kering tapi daging belum empuk.
  4. Masukkan kentang (toskan), dan masak hingga kentang 1/2 empuk. Tuang santan, masukkan asam gelugor dan masak hingga kentang empuk. Tambah gula melaka dan perasakan dengan garam secukupnya. Masak sekejap lagi, rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi, roti atau lempeng...

Friday, April 17, 2015

KERABU TELUR DADAR...

rsz_egg_kerabu
Assalammualaikum, salam Jumaat semua. Che mat hari ni tak masak sangat, cuma masak asam pedas dan pucuk paku tumis belacan. Menu yang anda nampak ni che mat bikin 2 hari lepas, dan terlupa nak masukkan dalam blog. Tadi periksa2 file ternampak ada yang tertinggal. Jadi untuk hari ni dari takde entri, kira boleh lah kan kerabu telur dadar che mat jadikan entri hari Jumaat. Resipi mudah dan boleh dianggap sebagai pelengkap untuk santapan anda. Kerabu telur sedap dimakan sejurus anda siapkan. Makan sama nasi panas dan ikan goreng pun dah cukup sangat. Bila kita bikin kerabu, tak kesahlah apa jenis kerabu sekali pun, keseimbangan rasa masam, manis, pedas dan masin itu perlu ada dan anda lah sebagai penentunya. Di resipi hanya cadangan dan selebihnya ikut deria rasa kita yang akan menikmati hidangan tersebut. Kalau anda suka pedas, boleh tambah hirisan cili padi, tapi che mat dah guna cili pada dalam 'bumbu' untuk kerabu, jadi che mat tak taruk hirisan cili padi lagi. Kalau dah bersedia, jomm kita lihat resipi mudah, kerabu telur dadar...

BAHAN-BAHANNYA :-)
3 biji telur gred A*
1/2 camca teh lada hitam*
1 camca teh tepung jagung*
Secubit garam*(*disatukan dan kacau hingga semua sebati)
1 biji bawang besar, hiris nipis
1 kuntum bunga kantan, mayang halus
1 genggam pucuk daun kesom, mayang halus
1 biji tomato, buang biji dan hiris kecil
1 genggam ikan bilis, dibersihkan, cuci dan goreng garing
2 - 3 biji limau kasturi, perah jusnya
Sedikit sos ikan
Sedikit gula 

BAHAN-BAHAN TUMBUK HALUS :-)
1 biji cili merah
10 biji cili padi
1 ulas bawang putih, dibakar
1/2 inci belacan, dibakar

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan non-stick pan bersaiz 10 inci dengan sedikit minyak (che mat celop tissue dapur bersih ke dalam minyak masak dan sapukan atas pemukaan pan). Tuang 1/3 bancuhan telur dan lenggangkan hingga mendapat telur dadar yang nipis. Masak dengan api kecil, bila permukaan telur dadar pucat dan kering bila disentuh, boleh angkat. Buah kaedah sama dengan baki telur tadi hingga siap (tak perlu terbalikkan telur tadi). Biar sejuk.
  2. Ambil sekeping telur dadar, gulung dan kemudian hiris halus, buat hingga selesai. Alihkan ke dalam mangkuk besar. Tambah hirisan bawang besar, bunga kantan, daun kesom dan tomato. Masukkan  bahan2 tumbuk halus, gaul rata2 dan renjiskan sedikit sos ikan (jangan banyak2, nanti masin). Masukkan sedikit gula, jus limau kasturi dan akhir sekali ikan bilis goreng. Gaul rata2 dan sesuaikan rasa, jika ok boleh hidangkan bersama nasi panas dan ikan goreng... Selamat mencuba!!.

Thursday, April 16, 2015

LEMAK PUCUK UBI, SAMBAL BELACAN DAN IKAN MASIN...

rsz_pucuk_ubi_masak_lemak
Assalammualaikum, salam Khamis semua. Hari ni che mat masak awal dan sepantas kilat. Sebab jam 8 pagi tadi temankan Bak ke pusat rawatan mata, dan che mat dengan kuasa power ranger segala, ku rentap2kan pucuk ubi yang ada kat tepi rumah, parut kelapa dan terus on masak lemak pucuk ubi. Bak suka masak lemak macam ni, dan che mat terpaksa guna rencah udang kering sebab ikan bilis habis..huhu. Balik dari pusat rawatan mata, terus goreng ikan masin tenggiri jeruk dan sambal belacan tu bonda dah siapkan awal2. Masak lemak pucuk ubi ada macam2 style, boleh masak lemak kuning, taruk cili, tambah kupang dan kerang. Boleh juga campur dalam masak lemak cili padi ikan salai.Tapi masakan yang ada campur kupang, kerang atau ikan masin, che mat suka ia dimasukkan sedikit kunyit (samada serbuk kunyit atau kunyit hidup) dan rencah2nya seperti bawang. cili dan sebagainya dikisar halus. Kalau nak lagi sedap, masukkan tempoyak....boleh pengsannn!!...Ishh dah leer, me che mat kongsiakan resipi tradisonal nih....

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 cekak pucuk ubi
1 genggam udang kering, rendam sekejap
2 batang serai, diketuk
1 biji bawang besar, hiris
4 ulas bawang putih, diketuk
1 biji cili merah, hiris
1200 ml santan cair
400 ml pati santan
3/4 camca teh lada hitam, tumbuk halus (optional)
Garam dan gula secukup rasa

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Pucuk ubi diasingkan dari tangkainya, cuci, toskan dan rebus hingga empuk. Toskan dan cuci bawah air paip. Perah sedikit dan potong kecil, masukkan ke dalam periuk. Udang kering ditoskan, tumbuk sedikit (tak perlu sampai hancur), masukkan ke dalam periuk berisi pucuk ubi tadi bersama2 serai titik, hirisan bawang besar dan bawang putih.
  2. Tuang santan cair, kacau dan masak hingga mendidih. Tambah lada hitam tumbuk (jika guna) dan pati santan. Kacau perlahan, perasakan dengan garam secukupnya dan sedikit gula. Kacau rata dan biar mendidih perlahan sambil dikacau sentiasa dan tambah hirisan cili merah. Masak sekejap lagi, rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama sambal belacan dan ikan masin goreng.....yumm..yumm..


Wednesday, April 15, 2015

KARI TELUR REBUS...

rsz_telurr_kari1

Assalammualaikum salam semua. Phewww...sejak 2 - 3 hari lepas payah sangat nak update blog, dengan line internet seterimix yang begitu perlahan. Berkali2 edit gambar nak letak watermark, dia cuma muncul setengh bahagian. Panas gak hati, nak tulis satu entri dari siang melantak ke malam, tak siap2. Kita ni blogger masakan kena ada gambar sebagai bukti, bukan boleh main tulis resipi macam tu saja, lepas tu ambik mana2 gambar kat internet dan tepek. Etika kena jaga jangan jadi seperti setengah2 page FB yang gasak berkongsi resipi dari blog tanpa memberi tau sumber dari mana, dah lah tu, mix n match kan pulak dengan gambar dari blog lain, biadap! Hari ni che mat masak kari telur. Teringat sorang teman blogger pagi tadi tiba2 buat permintaan kari telur. Dan sebab ia senang dibuat, ok lah che mat bikin. Guna telur saiz kecil dalam 8 biji (saiz D). Kalau telur saiz besar 5 - 6 biji pun dah ok, bergantung pada berapa ramai penduduk rumah anda. Kalau dulu, kari telur guna telur rebus yang kita dapat dari rumah pengantin, tapi sekarang pengantin pun tak kasi telur dah, diganti dengan jajan yang aneh2. Bagi yang nak masak kari telur rebus, jomm che mat kongsikan resipinya..

BAHAN-BAHANNYA :-)
6 - 8 biji telur, direbus dan kupas
1 biji cili merah, belah 2
1 biji cili hijau, belah 2
1 keping asam gelugor
1/2 kiub pati ayam Maggi (optional)
1/2 cawan santan
2 camca besar rempah kari daging
1 camca besar rempah kurma
4 biji bawang merah, hiris
2 ulas bawang putih, hiris
1 tangkai daun kari, dilurut
Garam dan gula secukup rasa
Air secukupnya

BAHAN - BAHAN KISAR HALUS :-)
6  biji bawang merah kecil
2 ulas bawang putih
1/2 inci halia
3/4 inci kunyit hidup
2 biji cili merah

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Bancuh bahan2 kisar halus, rempah kari dan rempah kurma dan kacau hingga menjadi pes. Ketepikan. Panaskan minyak dalam periuk (anggaran 1/3 cawan), tumis hirisan bawang merah, bawang putih dan daun kari hingga layu perang. Masukkan pes rempah, kacau rata dan masak hingga naik minyak. Guna api kecil dan kacau selalu.
  2. Tuang air secukupnya (anggaran 2 cawan), kacau dan biar mendidih. Masukkan telur rebus, asam gelugor dan kiub ayam (hancurkan). Kacau rata dan masak sekejap. Tuang santan, kacau perlahan dan biar mendidih.
  3. Masukkan cili merah dan hijau. Perasakan dengan garam secukupnya dan sedikit gula. Kacau dan biar mendidih perlahan selama 5 - 6 minit. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi panas, sambal belacan dan ikan goreng. Boleh juga dicicah lempeng atau roti..


Tuesday, April 14, 2015

UNGKEP AYAM HUTAN @ AYAM DENAK

rsz_ungkep_ayam_hutan1

Asalammualaikum, salam Selasa. Entri hari ini che mat kongsikan satu menu tradisi orang Jawa yang bole  diatakan agar terkenal di Johor dan juga negeri2 yang punya penduduk berketurunan Jawa. Kebiasaannya ungkep ayam menggunakan ayam kampung, ayam tua (ayam pencen) dan ayam hutan (ayam denak). Tu hari jiran che mat kasi seekor ayam hutan yang telah siap disembelih dan dibersihkan. Tinggal siang dan masak saja. Ayam hutan seperti anda tau saiznya agak kecil dan kata orang2 tua, ayam hutan ni ada 'penjaganya'. Wallah hualam. Bagi yang kurang pasti apa maksudnya 'ungkep'. Berdasarkan dari maklumat orang2 jawa lama, ungkep itu bermaksud menutup makanan yang sedang dimasak hingga ia betul2 masak. Contohnya macam ayam ni, kita masak dan tutup dan atas penutup tadi, letakkan benda berat seperti lesung batu dan sebagainya. Dan masak dengan api kecil hingga ayam empuk. Gitu lah lebih kurang maksudnya. 

rsz_1ungkep_ayam_hutan2
Menu ini tidak menggunakan santan dan sesuai untuk dimakan bersama nasi panas atau ketupat. Masak untuk dibawa bekal juga sesuai, kerana ia lebih tahan dari rendang kerana tak guna santan. Ada macam2 resipi sebenarnya, dari komen2 yang che mat terima, mereka kata, ada yang masukkan tomato dan kentang. Che mat lebih suka ungkep ayam lebih 'asli' dan tradisional. Apa2 pun tak jadi masalah jika anda nak tambah bahan2 yang seperti che mat kata tadi. Ada satu cara lagi bagi yang nak cepat, anda boleh masak ungkep dalam periuk terkanan, kemudian keringkan dalam kuali. Lebih jimat masa dan jimat gas. Nak cuba masak ungkep?....che mat kongsikan resipinya seperti berikut..

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 ekor ayam hutan (boleh guna ayam kampung dan ayam pencen)
3 helai daun salam (boleh guna 'bay leaf)
1 keping asam gelugor
1 camca besar gula melaka
1 camca besar ketumbar biji*
1/2 camca teh jintan manis*
1/2 camca teh jintan putih*
Garam secukup rasa
Air secukupnya

BAHAN-BAHAN KISAR HALUS :-)
7 biji bawang merah kecil
3 ulas bawang putih
2 batang serai, dihiris
4 biji buah keras, dihiris
8 - 10 biji cili padi merah thai
1 biji cili hijau
1/2 inci halia
1/2 inci lengkuas
1 inci kunyit hidup

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ayam hutan dipotong pada saiz sederhana (sebab ayam hutan saiz kecil, che mat potong 12 bahagian). Cuci dan toskan. Rempah2 bertanda (*) digoreng tanpa minyak hingga harum, kemudian tumbuk hingga halus. Ketepikan.
  2. Panaskan 4 camca besar minyak masak dalam kuali, tumis bahan2 kisar halus hingga harum. Masukkan rempah yang ditumbuk halus tadi, kacau rata. Masukkan ayam, gaul dan masak hingga ayam kecut. Tuang air secukupnya (hingga ayam tenggelam), masukkan sedikit garam dan tutup kuali tadi. Masak dengan api kecil hingga ayam empuk.
  3. Jika ayam masih keras, tuang sedikit air panas. Tambah daun salam, asam gelugor dan gula melaka. Kacau rata dan rasa, jika perlu baru tambah sedikit lagi garam atau secukup rasa. Masak hingga sedikit kering dan boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi atau ketupat..
CATATAN MAT GEBU :- Anda boleh masak dalam periuk tekanan, caranya sama cuma tak perlu taruk air banyak sangat. Selepas 15 minit (bergantung pada periuk tekanan yang anda guna), alihkan ke dalam kuali dan keringkan. Pastikan jangan taruk garam banyak sangat, cukup 1/2 camca teh. Bila dan dikeringkan dalam kuali, anda rasa dan baru tambah garam secukup rasa. Selamat mencuba!!..

Monday, April 13, 2015

KARI UDANG SAMA REBUNG MADU...

rsz_kari_udang_sama_rebung
Assalammualaikum, salam Isnin. Semalam che mat masak kari rebung sama udang, untuk dijamu pada sahabat che mat, Soleh Ahmad dan isteri Sunah Sakura. Biasanya che mat asyik masak lemak saja, habis tu nak kata apa, atas permintaan, jadi masakkan saja lah. Disebabkan rasa boring asyik masak yang sama, maka ku tukar menu, masak kari udang dan dicampurkan dengan rebung madu. Bonda pun ada kata, kita masak kari pulak lah, asyik masak lemak manjang (ehemm, rupanya kami ni punya pemikiran yang sama....hehe). Che mat guna kurang lebih 1 kg rebung madu dan 10 ekor udang bersaiz sederhana besar (udang kaki merah @ udang pengantin). Kali ni che mat gunakan rempah kari ikan Baba's dan dicampur 1 camca besar rempah kurma Baba's, untuk mendapat sedikit rasa kelainan. Selain udang, anda boleh guna ketam, kalau nak masak dengan ayam atau daging pun boleh, tapi rempah kari ikan anda ganti dengan rempah kari daging lah yea. Ok jomm kita lihat resipinya...

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 kg rebung madu yang telah siap dihiris nipis dicelur
10 ekor udang kaki merah bersaiz besar (atau boleh guna udang galah)
2 batang serai, diketuk
2 tangkai daun kari, dilurut
4 biji bawang merah kecil. hiris
2 ulas bawang putih, hiris
3 camca besar rempah kari ikan (Baba's)
1 camca besar rempah kurma (Baba's)
1 kiub pati ikan bilis (optional)
1 liter santan
400 ml pati santan
Air secukupnya
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN-BAHAN KISAR HALUS :-)
7 biji bawang merah 
3 ulas bawang putih
1/2 inci halia
1 inci kunyit hidup
3 biji cili merah

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Bancuh bahan2 kisar halus dengan rempah kari dan rempah kurma, kacau rata, tambah sedikit air jika perlu dan kacau hingga menjadi pes. Udang dibuang muncung dan kaki2nya. Cuci bersih dan toskan. Ketepikan.
  2. Panaskan minyak dalam periuk (anggaran 1/3 cawan), tumis serai, bawang merah dan bawang putih hingga harum, masukkan pes rempah, kacau dan masak hingga naik minyak. Guna api kecil dan kacau selalu.
  3. Masukkan rebung dan gaul rata. Tambah santan cair dan sedikit air. Kacau dan biar mendidih. Tambah kiub ikan bilis dan asam gelugor. Kacau rata dan masukkan udang. Masak hingga udang berubah warna.
  4. Tuang pati santan, kacau dan perasakan garam secukupnya dan sedikit gula. Masak dengan api sederhana hingga mendidih dan kacau sentiasa. Masak sekejap dan rasa, jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi dan lauk2 lain.

Saturday, April 11, 2015

AGAR - AGAR KELAPA MUDA...

rsz_agar2_kelapa
Assalammualaikum, salam semua...masa che mat hari ini agak ketat. Dan hanya dapat mengadap laptop bila malam. Siang tadi ke Kluang sekejap atas urusan tertentu, dan sebelum pergi, che mat sempat bikin agar2 kelapa muda. Kelapa muda che mat beli di Tesco, kebetulan ada jualan stok akhir, dan kelapa masih elok, che mat belilah 2 biji. Memang plan nak bikin agar2 kelapa muda macam ni. Alhamdulillah kelapa sedap, airnya manis dan isi lembut dan lemak. Tak sukar membuat agar2 kelapa muda ni. Ada yang panggil jelly kelapa. Terpulang nak panggil apa, tapi che mat kalau guna serbuk jelly, baru panggil 'jelly'. Kalau guna serbuk agar2, kita panggil agar2, Ada beza ke agar2 dengan jelly?...Selalunya, agar2 bila dia keras, kejadiannya agak kejung. Berbanding jelly, ia lebih liut dan gedik2....psst...perasan tak alas yang che mat guna untuk tangkap gambar tu...lawa kan?..anda berminat?...cuba follow instagram @krafmanis untuk maklumat lebih lanjut..ok..

rsz_agar2_kelapa1
Untuk resipi ini che mat guna 2 biji kelapa muda dan da;at kurang lebih 450 ml air kelapa muda (che mat tambah air mineral sikit dan jadikan 600 ml). Tahap kemanisan bergantung pada 'air kelapa' dan citarasa anda sendiri. Disebabkan air kelapa yang ini manis, che mat cuma tambah 2 camca besar gula pasir. Isi kelapa dicedok keluar dengan sudu dan dipotong kecil atau ikut gaya anda. Kalau suka agar2 kelapa yang plain, anda tak perlu tambah pewarna makanan hijau macam che mat bikin tu. Resipi memang mudah teramat sangat dan anda boleh guna apa2 bekas yang anda suka...Jomm buat agar2 kelapa muda...

BAHAN-BAHANNYA :-)
600 ml air kelapa muda dari 2 biji kelapa muda (tambah air mineral jika kurang)
Isi kelapa muda secukupnya
5 gram agar2 serbuk (sebarang jenama)
2 camca besar gula (atau ikut tahap kemanisan yang anda perlukan)
1 helai daun pandan.disimpul
3-4 titik pewarna hijau makanan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Sediakan acuan kegemaran anda. Isi kelapa muda dipotong kecil dan masukkan ke dalam acuan. Ketepikan. Dalam periuk masukkan serbuk agar2, gula dan daun pandan. Tuang air kelapa tadi dan kacau hingga rata.
  2. Masak dengan api kecil hingga mendidih dan gula larut. Masukkan pewarna hijau makanan, kacau hingga rata. Tapis bancuhan agar2 dan boleh tuang ke dalam bekas yang berisi isi kelapa muda tadi. Biarkan hilang wap panas dan boleh simpan dalam peti sejuk. Sedap dimakan dingin sebagai pencuci mulut....Selamat mencuba!!.


Friday, April 10, 2015

NAK BELI KUIH?..GERAIKUIH.COM KAN ADA....

Salam semua, ok, che mat nak tanya..anda pernah dengar nama 'geraikuih.com'?...Macam menarikkan bunyinya. Dan pasti ada sesuatu yang istimewa mengenai geraikuih.com...Teruja ni nak bercerita, apa tah lagi bila melibatkan kuih2 tradisional yang menjadi warisan bangsa kita. Terletak di Wangsa Melawati, Kuala Lumpur, geraikuih.com menyediakan pelbagai jenis kuih tradisional dan makanan yang siap dimasak lebih dari 100 jenis!!, banyak tu jangan memain. Satu yang menariknya, selain anda boleh beli secara terus dari gerai, anda juga boleh beli melalui tempahan atas talian atau on-line tapi dalam kuantiti yang disyaratkan. Kan mudah tu...kerja anda pun senang.

Bayangkan kuih2 yang pelbagai jenis ini menghiasi meja santapan anda ketika menerima tetamu, atau untuk jamuan petang. Juga sesuai untuk majlis keraian atau majlis kenduri kendara. Inilah masanya kita nak memperkenalkan kuih2 tradisi. Ada tu jarang anda lihat dan rasa. Nampak tak kuih samosa yang ada macam2 jenis inti tu, aduhh bikin terliur saja. Tu belum lagi pelbagai jenis kuih2 talam....boleh pengsann!..

...dan ada lagi. Ini hanya sebahagian. Kalau che mat nak bercerita ada sampai esok tak habis. Untuk pengetahuan anda, geraikuih.com dibuka setiap hari, kecuali pada hari Raya Puasa dan Raya Haji. Waktu perniagaan dari jam 6.30 pagi hingga 6.00 petang, jadi anda tak perlu risau. Oh yea, geraikuih.com milik Encik Ramli Manaf dan Isteri juga pernah disiarkan dalam Malaysia Hari Ini (MHI) di TV3 sedikit masa dahulu...anda boleh saksikan sedutan video di bawah ini....


Untuk sebarang pertanyaan anda boleh hubungi...

SMS/WASSAP : 012 974 8909 ( En Ramli Manaf )



EMAIL : ramli2020@gmail.com


Thursday, April 9, 2015

OLD SCHOOL SARDINE SANDWICH

rsz_old_school_sardine_sandwich
Assalammualaikum, salam semua. Cerita petang tadi semasa che mat menonton drama Filipina, Be Careful With My Heart (BCWMH). tiba2 termengidm nak makan sandwich sardine macam zaman dulu2 tu. Bukan yang fancy2 bagai, yang simple dan asas sahaja. Kadang2 tekak ni memang macam tu kan, yang bukan2 saja ngidamnya. Jadi lepas habis drama filipina, che mat ke dapur kejap. Stok sardine memang ada, guna sardine cap ayam saiz sedang. Kalau saiz kecil macam sikit sangat. Anda boleh guna apa2 jenama sardine kegemaran, tapi pilihan che mat cap ayam dan sardine pertima. Buat dia memang mudah dan sesuai untuk sarapan pagi sebenarnya. Tapi kat Malaysia ni dah tak kira masa, contohnya nasi lemak, dulu sinonim untuk sarapan pagi, sekarang ni tengah malam buta pun boleh makan nasi lemak. Cuma toksah selalu lah kan, kang takut gak, lepas2 makan terbongkang kat situ gak. Untuk sandwich 'old school' ni, che mat bikin 2 tingkat, anda boleh saja nak buat setingkat, takde masalah.Yang ni anak2 sekolah rendah pun boleh cuba, tak susah...Ok  jommm che mat kongsikan resipi...

BAHAN-BAHANNYA :-)
6 keping roti sandwich (boleh guna jenis biasa atau whole wheat)
16 keping hirisan nipis timun
Majerin Planta secukupnya

BAHAN-BAHAN INTI :-)
1 tin sederhana (230 gram) sardine cap ayam
1 biji bawang besar, didadu
2 ulas bawang putih, dicincang halus
2 keping nipis hirisan halia, cincang halus
2 biji cili padi, cincang halus (optional)
2 biji limau kasturi, perah jusnya
Sedikit Maggi Seasoning, contoh di sini 

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Asingkan ikan sardine dari sosnya. Panaskan 2 camca besar minyak masak, tumis bawang putih, bawang besar, halia dan cili padi hingga layu. Masukkan ikan sardine dan 3 camca besar sos ikn sardine. Kacau rata dan pecah2kan ikan sardine tadi. Masak hingga kering dan kacau sentiasa. Renjiskan sedikit 'maggi seasoning' (jangan renjis banyak2 nanti masin), dan masukkan jus limau kasturi. Gaul rata dan masak sekejap, rasa dan jika ok boleh matikan api. Sejukkan inti sardine untuk kegunaan kemudian.
  2. Roti dipotong sedikit tepi2nya, ambil sekeping, sapukan dengan sedikit majerin planta, kemudian susun 4 keping timun, sudukan 1/4 bahagian inti sardine atasnya, ratakan. Ambil sekeping lagi roti, sapukan sedikit majerin dan tutup atas inti tadi, tekan sedikit biar padat. Sapukan sedikit lagi majerin atas roti, susun lagi 4 keping hirisan timun, taruk 1/4 bahagian inti sardine dan tutup dengan sekeping lagi roti, pastikan anda sapukan sedikit majerin sebelum menutup inti. Tekan sedikit agar kemas (akan jadi seperti dalam gambar di atas).
  3. Buat kaedah sama untuk baki roti, timun dan inti. Boleh dihidangkan untuk sarapan pagi, minum petang atau bila2 masa sahaja. Kalau anda nak buat seperti sandwich biasa, anda kena tambah 2 keping lagi roti sandwich, dan dapat 4 set sandwich....Selamat mencuba!


Wednesday, April 8, 2015

TELUR MASAK TEMPRA

rsz_tempra_telur
Assalammualaikum, salam Rabu semua. Hari ni che mat nya mood nak masak ke laut sangat. Bukan malas, tapi kurang rajin. Bila dah kurang rajin, elok masak menu yang ringkas dan boleh disantap oleh semua. Ini antara salah satu yang che mat masak selain asam rebus peria katak dan donat (ehh, macam ter rajin pulak kan, siap buat donat...Untuk resipi donat tu, anda boleh lihat di Instagram che mat di @matgebu ). Telur masak tempra ni sama macam telur masak kicap, tapi orang peranakan Nyonya, panggil telur masak tempra. Che mat guna 5 biji telur yang terlebih dahulu digoreng mata kerbau. Ada dua cara, sama ada anda boleg masukkan telur dalam kuah kicap atau curah kuah kicap atas telur. Sedap dimakan bersama nasi panas dan tambah pulak sambal belacan dan ikan goreng, ehemm....meletop! Anak2 pun suka dan sesuai juga dimakan bersama nasi bubur. Orang bujang, haaa..ini resipi untuk anda, jimat pun jimat, nak masak pun senang....

BAHAN-BAHANNYA :-)
5 biji telur
1 biji bawang besar, hiris bulat dan leraikan
2 ulas bawang putih, hiris
1 biji cili merah, hiris serong
1 biji cili hijau, hiris serong
1/2 camca teh lada sulah serbuk
6 camca besar kicap lemak manis JALEN
1 camca teh kicap pekat JALEN
1/2 camca teh cuka makan JALEN
1/3 cawan air
Hirisan daun bawang untuk hiasan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Telur digoreng mata kerbau, ada dua kaedah, sama ada anda nak goreng hingga kuning telur keras atau setengah masak, terpulang pada keinginan anda. Kemudian susun dalam mangkuk sesuai (kalau ada pinggan correl ke, corning ke atau pyrex, lagi afdal yea...haha)..
  2. Panaskan 2 camca besar minyak dalam kuali, tumis bawang besar dan bawang putih hingga layu. Masukkan kicap lemak manis, kicap pekat dan air. Kacau rata dan biar mendidih. Tambah cuka makan dan lada sulah. Kacau rata, masukkan hirisan cili merah dan hijau. Masak sekejap dan rasa, jika ok boleh matikan api.
  3. Tuang kuah kicap tadi ke dalam mangkuk yang berisi telur mata kerbau tadi. Tabur hirisan daun bawang dan hidangkan bersama nasi panas, sambal belacan dan ikan goreng... Selamat mencuba!!.



Tuesday, April 7, 2015

TERUNG KUAH TAUCO...

rsz_tauco_terung
Assalammualaikum, salam Selasa semua. Sejak2 ni masak yang mudah2 dan jenis cepat siap. Sayur terung antara syaur yang menjadi kegemaran che mat (bila masak terung, teringat Kak Yatie Memories yang juga penggemar sayur terung). Terung sesuai dipelbagaikan, bikin paceri, campur dalam masak kari, asam pedas. Boleh masak lemak putih, masak kicap, salai dan dimakan bersama sambal belacan atau budu. Kalau nak nampak kreatif lagi, anda boleh buat kerabu terung (yang tu nanti kita buat yea, lain kali). Hari ni che mat bikin terung kuah tauco. Resipi mudah. Terung ungu anda salai atau goreng dalam kuali yang dilanser dengan sedikit minyak hingga lembut. Kemudian buat kuah tauco dan curang atas terung tadi. Dahh siap. Makan pulak sama ikan goreng dan sambal belacan, sedap okeh....Nak cuba?....Takde masalah, jomm lihat resipi..

BAHAN-BAHANNYA :-)
2 biji terung ungu saiz besar
1 genggam ikan bilis, dibersihkan dan rendam
1 camca besar penuh tauco
1 camca besar sos tiram
Sedikit garam jika perlu
1/3 cawan air

BAHAN-BAHAN TUMBUK LUMAT :-)
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1 biji cili merah
1 biji cili hijau

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Kupas sedikit kulit terung, kemudian hiris serong sederhana tebal, rendam dalam air yang dicampur sedikit garam selama 5 minit, toskan. Panaskan non-stick pan saiz besar. Tuang 1 camca besar minyak masak, ratakan. Kemudian masukkan terung dan masak hingga terung lembut. Angkat dan ketepikan. Ikan bilis ditoskan, perah sedikit dan goreng hingga garing, angkat dan ketepikan.
  2. Panaskan 2 camca besar minyak dalam kuali, tumi bahan2 tumbuk lumat hingga harum. Masukkan sos tiran dan tauco. Kacau rata dan masak sekejap, guna api kecil. Tuang air dan kacau rata, biar mendidih. Rasa dan jika perlu garam, masukkan sedikit garam. Kacau dan matikan api.
  3. Susun terung dalam pinggan sesuai. Kemudian tuang kuah tauco atasnya dan ratakan. Tabur ikan bilis goreng. Hidangkan segera bersama nasi putih, sambal belacan dan ikan goreng....Selamat mencuba!!..


Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.