ASAM TUMIS UBI KAYU SAMA IKAN MASIN

rsz_atuk
Assalammualaikum, salam Isnin semua. Hari ni che mat termengidam satu menu nostalgia yang pernah arwah tok che mat masak dulu (al-fatihah untuk arwah). Mungkin anda pernah makan, kalau bukan anda, ibu atau ayah anda pernah makan. Menjadi kelaziman ketika dulu, orang akan masak apa sahaja yang ada di sekeliling mereka terutama di zaman darurat. Contohnya ubi kayu, tumbuhan yang banyak berjasa pada manusia. Kata bonda zaman dulu masa beras dicatu, ada yang mencampurkan parutan ubi kayu semasa memasak nasi. Selain itu ubi kayu boleh dipelbagaikan samada menjadi kudapan atau cemilan seperti kerepek, opak dan macam2 lagi. Juga boleh dijadikan kuih-muih seperi belebat/lepat ubi, kuih bingka, kuih talam dan kaedah penyediaan paling mudah, direbus atau digoreng.

rsz_1atuk1
Kali ini che mat masak asam tumis sama ikan masin kurau, che mat guna tulang ikan kurau yang masih ada isi. Satu petua untuk mendapat rasa asam tumis ubi kayu yang sedap ialah, air rebusan ubi kayu jangan dibuang tapi dimasukkan sekali dalam masakan. Jika anda tak suka ikan masin, boleh guna ikan bilis. Dalam gambar di atas tu che mat ada juga masak rebus pucuk paku merah sama rebung madu segar. Yang tu tak perlu resipi sebab rebus gitu2 saja dan masukkan perencah yang anda suka, paling senang guna ikan bilis. Kalau suka pedas, ketuk2kan 3-4 biji cili padi. Oh yea sebelum terlupa, bekas mengkuk tingkat istimewa yang che mat guna tu pemberian YAM Tunku Besar Zabedah Sultan Iskandar, Johor...comel kan, dan pertama kali che mat guna untuk prop dalam gambar masakan...Terima kasih sekali lagi YAM Tunku atas ingatan...

BAHAN - BAHANNYA :-)
500 gram ubi kayu
4 - 5 ketul tulang ikan masin kurau yang masih ada isi
1 helai daun kunyit
1 senduk cili kisar
1/2 camca teh kunyit serbuk
2 keping asam gelugor
Garam dan gula secukup rasa
Air secukupnya
Minyak untuk menumis

BAHAN - BAHAN KISAR HALUS :-)
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1 genggam ikan bilis, dibersihkan dan rendam 10 minit, toskan

CARA MEMBUATNYA :-)

  1. Tulang ikan masin dicuci bersih, kemudian rendam 1 jam. Ubi kayu dikupas, potong berbaji (atau secara tradisinya ditakik2 pada saiz sederhana). Rebus ubi kayu hingga 3/4 empuk dan masukkan sedikit garam semasa merebus. Tak perlu ditos, ketpikan.
  2. Panaskan 4 camca besar minyak dalam periuk. Tumis bahan2 kisar hingga harum, masukkan serbuk kunyit dan kacau rata. Tambah cili kisar, kacau dan masak hingga cili garing. Masukkan air rebusan ubi dan tambah sedikit lagi air (anggaran 1 cawan), kacau dan biar mendidih.
  3. Masukkan ikan masin (toskan), asam gelugor dan juga ubi rebus. Kacau perlahan dan biar mendidih hingga ubi empuk sepenuhnya. Tambah garam secukup rasa, sedikit gula dan masukkan daun kunyit. Kacau perlahan dan masak sekejap. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi putih dan lauk pauk yang lain...Selamat mencuba!!

Post a Comment

4 Comments

  1. Bila CM kata letak ikan kurau atau ikan bilis tu rasa macam ingat2 lupa plak. tapi yg penting, bila dihidangkan dalam bekas tu, persembahannya sangat mantap dan nampak mahal walaupun cuma ubi kayu sahaja.

    Al-Fatihah buat arwah atok CM..

    ReplyDelete
  2. CMG nak kain batik tu blh? ekekekek

    ReplyDelete
  3. assalamualaikum cik mat...wah x pernah cuba ni...mesti sedap ada masa nanti nak cuba juga...:)

    ReplyDelete

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.