BEN ASHAARI

Friday, October 16, 2015

RESIPI KUIH SERABAI..

rsz_serabai

Assalammualaikum, salam Jumaat. Hari ni che mat kongsikan dengan anda resipi kuih serabai yang boleh dikatakan agak jarang orang buat. Yang che mat tau, kuih serabai ini popular di Melaka dan dikatakan ia dibuat ketika ada kematian. Tapi dari komen2 sebelum ini yang che mat terima, kuih serabai juga popular di banyak negeri dalam Malaysia. Jadi tidak boleh nak dikatakan ia kuih tradisi negeri mana, senang cakap ia kuih muih masyarakat Melayu. Dari mana asal usul ia mendapat nama 'serabai' che mat memag tak tau. Dari rupa kuih tidaklah 'serabai', elok saja, lembut dan bersarang seperti bingka ambon. Biasanya serabai akan dimakan dengan kuah seakan2 pengat. Che mat campurkan beberapa ulas durian untuk mendapatkan rasa yang lebih enak. 

rsz_1serabai1
Sebelum ini che mat pernah bikin, dalam 2 kali. Pada asalnya tengok MamaFami tayang di blog beliau. Biasalah kita geng2 blog masakan ni cepat teruja, nampak menarik saja, mesti nak cuba. Che mat guna acuan khas untuk serabai. Bentuknya bulat seperti acuan kuih baulu dan bahagian dalamnya ada 4 lubang bulat leper. Kalau dulu2 punya diperbuat dari tembaga. Jika anda takde acuan tu, boleh guna non-stick pan saiz paling kecil. Resipi yang che mat kongsikan ini akan menghasilkan kurang lebih 18 keping kuih serabai saiz comel, kalau nak lebih anda gandakan resipi. Boleh dihidangkan sebagai pencuci mulut atau untuk minum petang. Nak mencuba?...Jomm kita semak resipi...

BAHAN-BAHAN KUIH SERABAI :-)
125 gram tepung beras
75 gram nasi sejuk
325 ml santan segar
1/2 camca teh instant yeast
1/4 camca teh garam

BAHAN-BAHAN KUAH :-)
1 cawan santan
1/2 cawan air
3 camca besar hirisan gula melaka
1 camca besar gula pasir
1 helai daun pandan, disimpul
3 ulas durian
Secubit garam
1 camca besar tepung gandum*
3 camca besar air*(*disatukan dan kacau rata)

CARA MEMBUATNYA :-)

  1. UNTUK ADUNAN KUIH SERABAI :- Kisar nasi sejuk dengan 100 ml santan. baki santan dipanaskan hingga suam, tak perlu sampai mendidih. Dalam satu bekas, masukkan tepung beras, instant yeast dan garam, gaul rata. Tuang nasi kisar, gaul dan masukkan santan suam. Kacau dengan whisk hingga bancuhan rata dan licin. Tutup permukaan mangkuk dan perap selama 2 jam. Ketepikan.
  2. UNTUK KUAH DURIAN :- Masak gula melaka, gula pasir dengan 1/2 cawan air hingga gula larut. Tapiskan ke dalam periuk. Masukkan daun pandan, secubit garam dan santan. Kacau dan biar mendidih. Tambah isi durian dan masak sekejap. Masukkan bancuhan tepung gandum, kacau rata dan masak dengan api kecil hingga pekat, Rasa dan jika anda suka manis, boleh tambah gula. Matikan api dan ketepikan.
  3. UNTUK KUIH SERABAI :- Panaskan acuan kuih serabai, guna api kecil. Lenser (atau orang Johor panggil 'selet') dengan sedikit minyak masak rata2. Adunan serabai dikacau sekejap, kemudian sedukkan ke dalam acuan tadi. Pastikan jangan penuh sangat, sebab kuih serabai akan naik seperti kuih apam. Tutup permukaan acuan dengan tudung periuk, kalau dapat guna yang tutup kaca macam dalam gambar.
  4. Permukaan kuih akan berbuih2 dan biarkan hingga ia kering, tu tanda kuih anda dah cukup masak. Berhati2 keluarkan kuih dari acuan, guna lidi sate bersih untuk melonggarkan kuih serabai dari acuan. Buat kaedah sama hingga adunan habis. Jika ada kerak2 yang tertinggal dalam acuan, bersihkan dahulu, baru lenser dengan sedikit minyak.
  5. CARA MENGHIDANG :- Sediakan piring sesuai. Taruk 2 atau 3 keping kuih serabai dan tuangkan kuah durian atasnya. Hidangkan segera...Selamat mencuba!!...

7 comments:

Rozita said...

alahai..mana nak cari durian..dah xde musim...

Kakzakie said...

Betullah CMG kuihnya comel cantik kenapalah bagi nama serabai hihi..
Kakak teringin nak rasalah..

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

baru je tengok kat tv 2, 3 malam yang lepas.. masyarakat banjar panggil kuih surabi... hehe.. kalau belah Tganu panggil serabey... ikut slang masing2la kan chemat.

CT Delima said...

Dulu2 arwah mak buat dalam kuali... tutup dgn tudung periuk..tp makan dengan samal bilis aje mat.

scacuncristina said...

kena bookmark ni, time cuti nak try buat... tp apesal name pelik semacam, hohohoo............

Travel Junkie Mum said...

Owh wow everything looks so good. Saya selalu curi resepi dari blog ni dan so far tak mengecewakan ❤️

Emmy said...

mana ek nak cari acuan dia tu cik mat? kalau kat kedai kek, acuan kuih cara yang standard tu ada la...tak pernah lagi jumpa acuan serabei ni...

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.