BEN ASHAARI

Saturday, October 3, 2015

PUCUK UBI TUMIS PEDAS SAMA CENDAWAN KUKUR

rsz_pugp
Assalammualaikum, salam Sabtu semua. Hari ni che mat masak nasi dan masak juga asam pedas ikan pari, pucuk ubi tumis pedas dan telur dadar. Resipi serba ringkas untuk che mat. Pucuk ubi biasanya kita masak lemak atau direbus, makan sama kuah kacang. selain tu ada juga yang bikin rendang dan urap/kerabu pucuk ubi. Jarang ada yang goreng pucuk ubi seperti sayur2 lain walaupun memang ada. Memandangkan pucuk ubi tengah subur ditepi rumah che mat, maka ku petik 1 cekak pucuk yang muda dan goreng atau tumis cili padi, campur pulak cendawan kukur dalam 1 genggam (yang kering). Che mat guna pucuk ubi yang tangkainya hijau dan boleh juga guna pucuk ubi pulut (berdaun halus). Rencah che mat taruk ikan bilis. Anda boleh guna udang hidup atau udang kering, jika suka. Sedap dimakan panas bersama nasi putih. Resipi memang cukup senang, dan che mat kongsikan di sini jika anda ingin mencuba....

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 cekak pucuk ubi yang muda
1 genggam cendawan kukur (yang kering), rendam hingga kembang
1 batang serai, diketuk
1/2 camca besar sos tiram
1 cawan air
Sos ikan secukup rasa

BAHAN-BAHAN TUMBUK KASAR :-)
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
15 biji cili padi kampung
1 camca besar ikan bilis, dibersihkan, rendam sekejap dan toskan
1/2 inci belacan, dibakar

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Pucuk ubi diasingkan dari tangkainya, cuci dan toskan. Rebus dalam air mendidih yang dimasukkan sedikit garam. Rebus hingga pucuk ubi lembut. Toskan, biar sejuk, perah dan hiris kecil. Cendawan kukur toskan dan bersihkan dari sebarang kotoran, cuci sekali lagi perah dan tumbuk sedikit tapi jangan hancur, sekadar memar2kan saja. Ketepikan.
  2. Panakan 2 camca besar minyak dalam kuali, tumis serai hingga harum. Masukkan bahan2 tumbuk hancur, kacau dan masak hingga wangi, guna api kecil dan kacau sentiasa. Masukkan sos tiram, kacau dan tuang air. Biarkan mendidih. 
  3. Masukkan cendawan dan masak hingga cendawan lembut. Tambah pucuk ubi rebus yang telah dihiris tadi. Kacau rata dan perasakan dengan sos ikan secukup rasa (boleh ganti dengan garam). Masak sekejap lagi dan rasa, jika ok boleh matikan api. Hidangkan segera bersama nasi putih....Selamat mencuba!


1 comment:

Sheila Adziz said...

gambar masakan en mat mmg membuatkan saya sentiasa lapar...

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.