BEN ASHAARI

Monday, October 5, 2015

DONUT LEMBUT GEBU UNTUK MINUM PETANG..

rsz_dlg
Salam semua. Terrajin sikit hari ni, maka sebelum che mat tertidur, nak masukkan entri kuih donat yang lembut dan gebu. Ia lebih kenapa doh roti tapi dijadikan donat. Resipi che mat ambik di blog Kak Azlita dan resipi asal dari Chef Asma. Ikut resipi asal agak banyak hasilnya. Sebab che mat kat sorang buat ketika ini, maka ku bikin 1/2 dari adunan asal dan menghasilkan kurang lebih 12 biji donat saiz sederhana. Tapi untuk resipi nanti che mat tulis resipi asal. Kalau anda ada breadmaker, anda boleh uli doh dalam BM, biarkan sambil anda boleh bikin kerja2 lain. Lepas 1 jam 30 minit, doh dah siap, tinggal keluarkan tumbuk2 buang angin dan bentukkan atau terap guna acuan donat. Kalau nak bikin pau sambal atau burger Malaysia pun boleh guna resipi ni. Seperti disyorkan dalam resipi, che mat guna tepung roti, kalau takde, guna tepung gandum pun boleh. Kalau nak mencuba, che mat kongsikan resipi...

BAHAN-BAHANNYA :-)
500 gram tepung roti
10 gram instant yeast
1 camca besar rata bread softerner (optional)
60 gram mentega
60 gram gula halus
2 camca besar susu tepung
1 camca besar susu pekat manis
2 biji telur (dipukul sedikit)
1/2 camca teh garam
200 ml air dari peti sejuk
Gula kastor atau gula aising untuk menyalut donat
Minyak untuk goreng terendam

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. KAEDAH BREAD MAKER :- Masukkan air, telur dan kesemua bahan2 kecuali minyak dan gula untuk menyalut donat, ke dalam bread maker. Pilih setting untuk 'dough' dan tekan 'on'. Tunggu hingga siap (kebiasaannya setting untuk 'dough' akan menguli adunan hingga menjadi doh selama 30 minit, kemudian akan memerap doh hingga kembang selama 1 jam, ini bergantung pada breadmaker yang anda gunakan).
  2. KAEDAH GUNA TANGAN :- Masukkan semua bahan ke dalam mangkuk besar, kecuali air, telur, gula kastor untuk salut donat dan minyak untuk menggoreng. Gaul hingga semua bahan2 tadi rata. Buat lubang di tengah2 bancuhan. Tuang telur yang telah dipukul dan gaul dengan bahan2 lain. Tuang air sedikit demi sedikit sambil diadun hingga menjadi doh yang kenyal dan tidak melekat dimangkuk adunan. Uli selama 15 minit hingga doh licin dan kenyal. Bulatkan doh, dan bungkus mangkuk adunan dengan plastik bersih dan biar doh naik sekali ganda.
  3. UNTUK DONAT LEMBUT GEBU :- Tabur sedikit tepung pada meja kerja. Keluarkan doh, tumbuk untuk membuang udara. Canai kurang lebih 1 cm dan terap dengan acuan donat. Alihkan ke dalam dulang yang telah ditabur sedikit tepung gandum. Anda boleh juga bagikan doh sama banyak kurang lebih 40 gram setiap satu dan bulat2kan, Susun dalam dulang yang telah ditabur sedikit tepung, pastikan anda jarakkan. Buat hingga siap dan perap 10 - 15 minit. Kemudian tekan sedikit biar leper dan buat lubang ditengah2 untuk mendapat bentuk donat.
  4. Panaskan minyak untuk goreng terendam, pastikan minyak tidak terlalu panas. Goreng donat tadi dan balikkan agar masak sekata. Goreng hingga keemasan, angkat dan toskan. Boleh salut dengan gula kastor atau gula aising. Jika suka boleh disalut dengan coklat dan sebagainya (che mat makan donat kosong dengan sambal tumis)....Selamat mencuba!!..


5 comments:

MG schmidt said...

boleh try nnti ni :)

Mommy Kemai said...

dah banyak kali try ..donut che mat ni memang gebu dan sedap! tak rugi cuba!

careno said...

lan suke donut kakak lan buat dulu... kulit die garing tapi dlm lembut... haaa suke yg gitu... tp paling tak suke mkn donut yg gulanya tak dikisar... kasarrr...

careno said...

lan suke donut kakak lan buat dulu... kulit die garing tapi dlm lembut... haaa suke yg gitu... tp paling tak suke mkn donut yg gulanya tak dikisar... kasarrr...

Julia Johari said...

woww gebus betul donut

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.